Archive for February, 2010


Nasihat Tok Ayah


Secara peribadi saya kenal Tok Ayah Mahmud dan pernah berbual dengan beliau,beliau adalah seorang guru ugama yang agak terkenal dan mempunyai ramai murid sama ada didalam negeri mahu pun diluar negara.Terdapat beberapa kata nasihat beliau yang saya rasa patut saya kongsi bersama2

1.Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!

2.Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.

3.Cara‐cara memohon guru mursyid.

a. Selalu buat sembahyang hajat.

b. Banyakkan membaca (Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin), istighfar dan selawat.

c. Berdoa ‐ “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat para waliMu yang besarbesar. Pertemukan aku dengan orang yang Kau kasih untuk membimbing hambaMu yang dhaif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata‐mata dengan rahmatMu sahaja. Ya Allah!”.

4.Fahaman agama ini luas. Ada fahaman syariat, ada fahaman toriqat, ada fahaman hakikat dan

ada fahaman makrifat. Untuk berjalan pertama‐tama sekali kena kasih dengan syariat, kena

kasih pada Rasulullah s.a.w

5. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

6. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.

7. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca (“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”). Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.

8. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan serabut.

Gunung KAF


Saya sebenarnya lama juga nak bincangkan hal mengenai Gunung Kaf ini tetapi sering terlupa untuk membuat topik mengenainya dan lagipun tak banyak orang yang mengetahui mengenainya dan rahsianya,adakah ianya sesuatu yang misteri yang tidak diketahui oleh orang atau lebih merupakan satu mitos sahaja.Apakah Gunung Kaf benar2 wujud,jika ada dimana tempatnya dan bagaimana keadaannya dan rupanya.Minta para pengunjung yang mengetahui atau yang ada maklumat mengenainya sudi memberi sedikit komen disini.

Logo/Lambang


Logo/lambang bujur lima tulisan khat,adakah sesiapa yang tahu akan maksud lambang ini dan apakah maananya

Minyak Ambar & Misik


Dua jenis minyak ini pula sering digunakan bagi tujuan memberi wangian kepada senjata lama dan minyak ambar pula dikatakan berkhasiat untuk menghalau unsur atau anasir yang negatif.Untuk dimaharkan dengan nilai RM200.00


Terkenal kerana sering diminta atau digunakan untuk ritual menarik duit dan menarik harta.Untuk dimaharkan dengan nilai RM1525.00


Batu ular ini didapati dari alam sebelah oleh seorang guru.Kebanyakan khasiat batu ular adalah untuk pendinding diri dan penawar dari sengatan atau gigitan binatang be rbisa.Untuk dimaharkan RM450.00 bagi yang berminat


Menurut tuan punya selendang ini dikatakan milik seorang puteri dari alam sebelah dan menurut beliau lagi ianya berguna sebagai penyeri dan pemurah rezeki.Terdapat 3 warna menarik pada Selendang ini iaitu kuning,oren dan merah samar.Untuk dimaharkan kepada yang berminat.


Batu buluh ini didapati daripada jenis buluh kuning.Khasiat batu buluh selalunya dikaitkan dengan nilai perubatan dan ianya bersifat sejuk.Warna batu buluh ini adalah hijau kekuningan.Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan maharnya sebanyak RM180.00


Sesuatu yang dikira rare atau langka kerana sukar untuk mendapatkannya,rupa bentuknya yang unik dan sesuai dijadikan tongkat dan tentang khasiatnya belum diketahui.


Kayu tas yang dikatakan amat sukar didapati iaitu tas Limpanas yang dikatakan jantan betina pada satu kayu.