Archive for June, 2009


Teras Kayu


T6 (2)Terdapat 6 jenis teras yang digabungkan iaitu teras nibung,ibol,sulur bertam,bujang kalak,teras laka dan teras kelor.satu pakej yang agak baik untuk dijadikan cincin yang mempunyai nilai pembisa,ketahanan dan penawar.Untuk dimaharkan RM150.00


teras kayu ini pula adalah gabungan 5 jenis teras iaitu teras nibung,ibol,sulur bertam,bujang kalak dan teras laka.Dipercayai selain bersifat bisa ianya juga dikatakan berguna untuk ketahanan fizikal namun semuanya adalah diatas kehendak dan keizinan Allah swt.Dimaharkan dengan RM125.00T5 (2)


Teras yang terdapat ini adalah gabungan 4 jenis teras yang dianggap berbisa iaitu teras nibong.ibol,sulur bertam dan bujang kalak.ianya adalah untuk dimaharkan kepada yang berminat.Tetapi kepada yang mengunakannya perlulah beringat ingat agar jangan ringan tangan.Maharnya adalah sebanyak RM100.00T4 (2)

Salam kepada Pengunjung Blog


Sudah agak lama saya sendiri kurang membuka laman blog saya sendiri dan meletakkan gambar gambar barang yang baru.Buat masa kini saya agak sibuk menyiapkan buku saya yang bertajuk Mistikal Mistik yang kini dalam proses terakhir penyuntingan.Insyaallah akan dipasarkan tidak lama lagi.Jadi mungkin setengah soalan akan terjawap mengapa saya mahu pengunjung blog ini memberi komen terhadap setiap barang yang ada didalam blog ini.saudara Neo Iskandar,saudara Peter dan terkini saudara Radzami telah sudi memberi pendapat mereka tentang beberapa barang yang terdapat didalam blog ini.Ilmu yang saudara berikan pada saya amat saya hargai.Buku yang bakal saya terbitkan akan membicarakan hal Sejarah dan kepercayaan tentang barang mistik,sumber kekutannya,komposisi bahannya,Fungsi kegunaan dan diselitkan juga banyak gambar barang mistik untuk tatapan kita semua.Tetapi saya mohon maaf terlebih dahulu jika terdapat informasi yang salah,cara penulisan yang tidak seberapa baik kerana inilah pertama kali saya menulis.jika ada kesilapan harap tegurlah seikhlas hati agar apa yang saya ingin lakukan kemudian akan bertambah.Buku ini hanyalah sekadar bacaan bukan untuk tujuan ilmiah.Dan akhirnya jika ada kekurangan dalam isi kandungannya saya pun mohon maaf kerana saya pun masih baharu dalam bidang ini dan masih belajar dan memerlukan tunjuk ajar dari saudara saudara semua.

Wassalam