Semenjak keturunan Rasulullah saw diburu oleh beberapa pihak,kebanyakan daripada mereka telah membawa diri ke merata tempat atau negara.Ada diantara mereka(ahlul bait)membuang gelaran yang ada pada mereka disebabkan oleh keselamatan diri dan keluarga mereka.Ada diantara mereka merantau sehingga ke kepulauan melayu dan hidup ditengah2 masyarakat melayu dan berlaku pula perkahwinan campur dengan masyarakat setempat,namun begitu darah dari keturunan Rasulullah tetap mengalir pada zuriat mereka.Yang sedihnya ada diantara mereka yang hilang susur jalur mereka dan ada juga yang mengetahuinya tetapi pengetahuan yang agak samar.Semuga entri ini dapat menjejaki mereka yang telah hilang itu.Jadi kepada para pengunjung blog ini yang mengetahui atau mempunyai apa2 maklumat mengenainya atau pun anda juga mungkin salah seorang daripada susur jalurnya atau merasai ada kaitan dengannya sila beri komen anda/maklumat anda disini.

About these ads