Karimon’s Blog

misteri mistikal

Besi Leleh

DIkirim oleh karimon di 7 Februari 2010

Bongkahan Besi leleh yang dijumpa di negeri Pahang.Cirinya adalah sedikit kemerahan dan mempunyai kilauan perak dan berbintik keemasan.Kemerhan itu mungkin disebabkan kandungan red oxide yang bercampur dengan besi leleh tersebut.Tiada daya tarikan magnet.Para pengunjung blog rata2nya sudah tentu sedia maklum dengan khasiat besi leleh ini.Pemiliknya ada saudara Waliqudus.

Dikirim dalam Barang Mistik | Leave a Comment »

Buntat Bumi

DIkirim oleh karimon di 7 Februari 2010

Asalnya bulat tetapi dah tak ada rezeki pemilik maka ianya pecah.Didalamnya terdapat seketul batu bulat yang belum cukup masak/matang.Sarangnya adalah dari campuran tanah dan besi.Ini dapat dipastikan setelah serpihan itu dihancurkan.Menurut beberapa pendapat buntat bumi ini diantara khasiatnya adalah pemurah rezeki dan ketahanan kulit.

Dikirim dalam Barang Mistik | Leave a Comment »

Batu Tok Wali

DIkirim oleh karimon di 4 Februari 2010

Yang dikatakan batu Tok Wali yang dipercayai mempunyai khasiat dari sudut perubatan.Batu ini diperolehi dari selatan Thailand.Yang dipaparkan bertindak balas pada magnet.

Dikirim dalam Barang Mistik | 24 Komen »

Sejenis Logam

DIkirim oleh karimon di 4 Februari 2010

Mungkin Gambar ini lebih jelas

Dikirim dalam Barang Mistik | 10 Komen »

Sejenis Logam

DIkirim oleh karimon di 2 Februari 2010

Saya kurang pasti apakah nama barang ini atau sebutannya.Dari ciri luar ianya disaluti oleh logam dari besi khursani kuning dan didalamnya terdapat besi berbentuk bulat berwarna hitam.Ianya tiada tarikan magnet.Adakah sesiapa yang pernah melihat atau mengetahui apakah barang ini.

Dikirim dalam Barang Mistik | 37 Komen »

Tasbih Teras Delima

DIkirim oleh karimon di 31 Januari 2010

Tasbih teras delima yang menjadi batu ini mempunyai khasiat sebagai penawar.Sebanyak  36 biji terdapat pada tasbih ini.Milik seorang teman yang ingin memaharkannya sebanyak RM1500.00

Dikirim dalam Barang Mistik | 15 Komen »

Hati Besi

DIkirim oleh karimon di 31 Januari 2010

Mungkin inilah yang digelar hati besi dari rupa zahirnya memang kelihatan seperti besi namun setelah dibelah atau dipotong yang dilihat adalah hanya seperti damar.Yang tak logiknya walaupun seperti damar namun apabila cuba dipotong mata gaji besi tak lut.Diguna grind berbau hanyit seperti besi dan mengeluarkan percikan api.Akhirnya dipotong mengunakan pemotong berlian itu pun habis 2 mata pemotong berlian.Subhanallah inilah salah satu kekuasaan Allah swt.Diharap sesiapa yang mengetahui akan khasiat hati bumi ini dapat berkongsi bersama saya.Wassalam

Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen »

Bujang Semalam

DIkirim oleh karimon di 27 Januari 2010

Pada 15hb Oktober 2009 pada topik Pendapat dan Perbincangan mengenai Bujang Kalak saya ada menyebut satu lagi jenis kayu yang dipanggil Bujang Semalam.Saya mendapat tahu hal kayu ini dari bapa saudara saya tentang khasiat kayu ini dan saya mencari jenis kayu ini.Pada 26hb Jan 2010 saya telah bertemu dengan kayu tersebut apabila saya ke Melaka menziarahi Tok Sheikh,tapi sayangnya Tok Sheikh hanya ada yang pendek sahaja dan menurut beliau sendiri kayu ini memang mempunyai khasiat tertentu dan deskripsi yang diberikan oleh Tok Sheikh dari mana kayu ini didapati adalah serupa dengan yang diberitahu kepada saya oleh bapa saudara saya termasuk khasiatnya.Untuk tatapan pengunjung saya pamerkan rupa bentuk kayu tersebut.Saya tak akan dapat berjumpa dengan kayu ini kalau saya tak berjumpa dengan Tok Sheikh,inilah faedah dan manfaat bila mempunyai ramai kenalan dan terima kasih pada Tok Sheikh kerana sudi menunjukkan kayu tersebut dan izinkan saya mengambil gambarnya.

Dikirim dalam Barang Mistik | 4 Komen »

Ilmu Kebatinan

DIkirim oleh karimon di 27 Januari 2010

Assalamualaikum,kepada pengunjung blog saya.Pada blog saya kali ini komen serta feedback tentang titik 9 atau pintu 9 menjadi tajuk yang hangat selepas keris.Pada awalnya apabila saya membuka tajuk ini kurang mendapat komen dari pengunjung mungkin ada diantara mereka yang ingin melihat orang lain memulakan komen tersebut dahulu sebelum mereka.Pada hari ini apabila saya membuka blog saya terlihat oleh saya begitu banyak komen yang terpapar.Selain dari komen tentang titik 9 ada juga yang menunjukkan minat untuk mempelajari ilmu kebatinan yang ada kaitan dengan titik 9 ini.Secara kebetulan pula saya baru pulang dari Melaka menziarahi Tok Sheikh dan kebetulan pula Tok Sheikh sendiri ada belajar mengenai hal2 tersebut melalui seorang  Ustaz dan kebetulan pula ustaz tersebut mempunyai blognya sendiri.Untuk memudahkan sesiapa yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam ghaib atau titik 9 ini saya telah membuat link(pautan).Sila klik pada panel sebelah kanan untuk memasuki blog tersebut sama ada blog Tok Sheikh 7 Puteri(Perubatan Alternatif Tok Sheikh) atau blog Ustaz Syakirin(Perubatan Alternatif).Bagi sesiapa juga yang berminat dengan perubatan yang lain juga boleh juga melayari blog teman saya diBatu Pahat-Nagacimande(Pusat Rawatan Alternatif)Ketiga2 blog ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri.

Dikirim dalam Berita/Info | 65 Komen »

Titik 9

DIkirim oleh karimon di 21 Januari 2010

Sejak kebelakangan ini sering terdapat beberapa komen tentang ilmu batin,mata batin dan ada juga yang menyentuh tentang titik 9 atau nama lainnya pintu 9 yang terdapat pada tubuh kita menurut beberapa pendapat yang saya dengar.Apakah semua ini dan adakah ianya benar2 wujud serta apakah faedah mengetahui atau mempelajarinya.Diharap jika ada diantara pengunjung blog ini yang ada maklumat mengenainya sudi kiranya berkongsi pendapat atau memberi komen saudara agar manfaatnya dapat kita kongsi bersama.

Dikirim dalam Pendapat dan Perbincangan | 110 Komen »