Raja Kayu adalah satu nama yang sering dikatakan oleh beberapa orang dan ianya sejak dahulu lagi sering juga dicari dan ingin dimiliki oleh individu yang percaya pada khasiat yang terkandung padanya.Terdapat dua jenis Raja Kayu iaitu Raja Kayu Merah dan Raja Kayu Putih.Yang sering menjadi kekeliruan umum ialah tentang raja kayu merah.Ada yang mengatakan Raja kayu yang sering terdapat ialah sebenarnya damar minyak dan bukan raja kayu yang sebenar,kerana menurut beberapa orang tua jika pohon raja kayu ada disatu tempat maka disekelilingnya tidak terdapat pokok yang lain kalau ada pun jarak diantara raja kayu dan pokok yang lain adalah jauh bahkan pokok yang terdapat disekelilingnya tunduk kepada pohon raja kayu itu.Tetapi kalau dikatakan pokok damar minyak itu raja kayu agak mustahil sebab disekeliling pokok damar minyak terdapat banyak pokok lain yang tumbuh segar.Jadi manakah Pokok Raja Kayu yang sebenarnya.

Kini tentang khasiatnya pula iaitu raja kayu yang kini banyak orang miliki yang apabila dibakar mengeluarkan damar.Dikatakan berkhasiat untuk mengubati sengatan binatang berbisa,apakah benar itu salah satu khasiatnya ?Dan adakah sesiapa yang pernah disengat binatang berbisa mengunakan raja kayu ini sebagai penawarnya dan ini turut juga termasuk mengenai khasiat yang lain dan pengunaannya,adakah benar seperti yang di wawa kan.Saya sendiri pernah menguji raja kayu dari jenis damar minyak yang menurut beberapa orang jika debunya digosok pada kulit kita ianya akan meresap didalam kulit kita dan saya akui memang begitu,kerana kata orang salah satu dari ciri raja kayu ialah debunya jika digosok di kulit ianya akan meresap kedalam kulit.Tapi ada pendapat mengatakan damar minyak bukan raja kayu merah yang sebenar,raja kayu merah yang sebenarnya tidak mengandungi damar atau minyak jika dibakar.Adakah raja kayu yang sebenar juga jika digosok debunya dikulit akan meresap didalam kulit.Jadi pendapat pengunjung blog ini  amat saya hargai untuk memberi pandangan dan komen tentang manakah yang dikatakan raja kayu yang sebenar dan apakah benar tentang khasiat yang dinyatakan.Pandangan serta komen saudara amat saya hargai kerana faedahnya bukan hanya untuk saya bahkan untuk pengunjung blog yang lainnya.Saya tanyakan ini kerana dulunya heboh tentang burung cenderawasih dari kayangan tetapi banyak terdapat di Papua New Guinea dan ada dizoo indonesia sehinggakan satu ketika dahulu ramai yang tertipu dan kehabisan duit membelinya walhal bukanlah itu yang dikatakan burung cenderawasih menurut beberapa pendapat.Jadi kebanyakannya hanya membeli cerita.