Selalu digunakan sebagai tujuan pengasih
Archives
- September 2021 (1)
- November 2017 (5)
- September 2017 (7)
- January 2014 (3)
- July 2013 (1)
- April 2013 (3)
- March 2013 (3)
- January 2013 (4)
- December 2012 (1)
- November 2012 (1)
- October 2012 (3)
- September 2012 (1)
- August 2012 (2)
- July 2012 (3)
- June 2012 (5)
- May 2012 (10)
- April 2012 (10)
- March 2012 (8)
- February 2012 (4)
- January 2012 (10)
- December 2011 (5)
- November 2011 (13)
- October 2011 (8)
- August 2011 (10)
- July 2011 (3)
- June 2011 (4)
- April 2011 (9)
- March 2011 (15)
- February 2011 (5)
- January 2011 (6)
- December 2010 (12)
- November 2010 (17)
- October 2010 (22)
- September 2010 (16)
- August 2010 (8)
- July 2010 (51)
- June 2010 (9)
- May 2010 (35)
- April 2010 (6)
- March 2010 (1)
- February 2010 (29)
- January 2010 (15)
- December 2009 (6)
- November 2009 (5)
- October 2009 (5)
- August 2009 (2)
- July 2009 (17)
- June 2009 (4)
- May 2009 (13)
- April 2009 (12)
- March 2009 (22)
- February 2009 (52)
- January 2009 (33)
- December 2008 (65)
-
Recent Posts
Recent Comments
karimon on Buku Pawang lukman hussain on Badi Kuning Mohamad Fitri on Buku Mistik Teras & K… Akhmad on Keturunan Al Hassan Yang … Taufik on Kayu Penunduk/Kayu Tas Bang Iyek on Keturunan Al Hassan Yang … Yanda on Batu Petir Azizi bin Aziz on Buntat Lokan & Telor Ayam… Sharom on Buah Lantong atau Labu Hu… Syed Muhammad Aizil… on Keturunan Al Hassan Yang … amir on Sejadah Rohani komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … Categories
- Antik Dan Artifak (5)
- Barang Mistik (189)
- Barang Untuk DiMaharkan (15)
- Batu Permata & Cincin (62)
- Berguru (1)
- Berita/Info (93)
- Buku Mistik teras & Kayu (2)
- Buku Mistikal Mistik (6)
- Duit Lama (21)
- Dunia Dalaman Permata (10)
- Keris dan Senjata (26)
- Metafizik (16)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri (4)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri 2 (1)
- Rahsia Bangsa Melayu (2)
- Sejarah & Info Islam (10)
- Seni Silat Warisan Melayu (1)
- Tarikat & Tasauf (1)
- Teras Kayu (56)
- Tumbuhan Herba & Mistik (45)
- Uncategorized (8)
- Wali songo (3)
- XPDC Gunung Ledang 2 (19)
- XPDC Pulau Besar (26)
Tulisan Terbaik
Top Rated
Minta maaf banyak2 tuan khairul saya adakan blog ini bukan untuk melaga2kan sesuatu barang.Perlu ingat yang berkuasa diatas segala sesuatu adalah Allah swt jua bukan minyak atau barang2 mistik yang lain.
bro bole x wassap sy..number sy 01116690628
Memang terdapat banyak barang yang palsu dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawap namun terdapat juga yang asli maka perlulah kita sendiri merujuk pada mereka yang arif sebelum membeli sesuatu.
Tah si khairul nie, macam orang jahiliah zaman nabi pulak cara cakapnya…
Khairul kalau nak tgk barang dan nak bukti, meh la umah saya kat Desaru… meh saya tunjukkan kekuasaan Tuhan. Kalau sikap kamu terus begini, sampai bila2 pun kamu takkan berpeluang memiliki barang ” Anugerah ” seperti ini.
Kamu tinggal di cerok hulu mana nie, barang2 gini pun tak penah nengok… uish buat malu bangsa je..
Saya iklankan barang say di mudah.my malam, pagi esok tak sempat mandi lagi, orang cina dah kol tanyakan barang yang iklan semalam, siap bila dorang datang tgk keindahannya, saya cakap nak mahar rm 100 pun dia boleh cakap harga barang tu boleh tinggi, memang nak jadi rezeki hari tu, harga barang rm 100 , saya dapat rm 1000….Alhamdulillah.. dapat duit jajan anak anak
saudara yasir sye ingin berkongsi pendapat dan pengalaman sekiranya tuan x keberatan….t.ksh
assalamualaikum,saya dengan tidak sengaja telah terklik diwebside minyak cenuai.dan telah terbaca jawapan tuan untuk sdra khairul jang bertanggal 31ogos.2009.saya sangat tertarik diatas apa yang tuan pamerkan yang mana tuan ada diantara orang yang mempunyai barang2 mistik.saya ada lah di antara saorang yang sangat mencintai
barang2 mistik dan ghaib.sudikah kiranya tuan dapat membalas eamil sayaini dan sudi kah tuan dapat sertakan tel.atau hp. tuan agar mudah bagi saya menghubungi tuan.saya adalah saorang anak asli pulau christmas island.dan jika tuan izinkan maka ingin saya ketemu dgn tuan,walaupun saya tak pasti di mana itu Deseru.inshallah di mana adakemauhan di situ ada ksjayaan.sekian .t. kasih harap dapat balasan dari tuan dengan secepat mungkin.wassalam
rumah kat desaru tu kat mana? boel saya datang?
saya ada satu minyak cenuai untuk dipindah milik…sila beri no hp
bos sy nak boleh call sy 01128861464
Hi saudara Yasir, bole bagi alamatnya utk saya datang?
saudara ckp macam saudara ni tak de pengetahuan langsung….
takde iman didada..
Tentang pengetahuan seseorang itu sukar hendak kita kupaskan,mereka mungkin ada pengetahuan tetapi terbatas maka bagi yang terbatas inilah yang perlu belajar dan kita yang mengajar ini perlulah bersabar mengajar.Mengenai keimanan seseorang pekara ini adalah urusan beliau dengan tuhannya kerana ini soal akidah dan kepercayaan masing masing.Mungkin mereka lebih berhati hati dalam mempercayai sesuatu yang belum begitu jelas tentang sesuatu pekara itu.
en yasir jual barang apa??ntah la…bukan saya x percaya, tapi setakat kata2….x pe la…teringin sangat saya mahu tengok..
Assalamualaikum
Saya faham pemikiran en Khairul ….memerlukan fact and figure….seeing is believing …pemahaman yang sewaktu dengannya….begitu hairan kenapa orang melayu begitu lambat sampai ke angkasa…..walhal barat dah jauhh maju….
Tapi sesungguhnya Allah jadikan alam semesta nie penuh dengan rahsia yang perlu kita ungkap..caranya berbagai bagai… Mungkin yang dibincangkan disini adalah salah satu jalan rahsianya yang tak perlu kita pergi sampai ke ruang angkasa mencari bukti….Atas kitalah untuk mengkaji dan bersyukur sesungguhnya Manusia ini adalah sebaik kejadian….
So ..bersikap terbukalah ya….memang jenuh kita pi ngaji A B C, 1 2 3, pengkamilan, kuasa dua ribu…tup tup orang bercerita pasai minyak wangi boleh manipulasi minda…batu boleh buat kulit liat /kebal….memang tak dapat diterima akal…tapi percayalah…GOD ALMIGHTY memberi jalan pada hambanya mengenaliNya dengan berbagai cara….MASYALLAH nikmatnya menjadi Hamba Allah nie….so observe and enjoy while we still can….sebelum pintu ajal di ketuk dan kita pun pulang …dalam alam kubur pun kalau ada ilmu ilmu Allah yang kita sampaikan dan dia diamal ke jalan Allah …insyallah kita pun dapat komissionnya….
Maaflah saya pun tak pandai mana mungkin saya cakap nie pun ikut nafsu……..tapi saya yakin seyakin yakinnya….akan kekuasaan Allah azawajallah serta ilmu ilmu yang di sampaikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad mustaffa SAW….insyallah
Segala yang baik adalah dari Allah …dan yang buruk buruk tu adalah dari kelemahan saya jua….
Wassalam
assalamulaikum ,,
ramai gerangan manusia menganggap sesuatu perkara itu remeh n temeh . ya betul pendapat saudara khairul , di mana selagi benda ini xdapat dibuktikan di hadapan saudara ia bagaikan suatu cerita dongengan semata .
n jika sesuatu cerita dongengan seharusnya sedara xsepatutnya membuka laman web ini untuk dilawati serta memberi komen krn anda xpercya kewujudan barangan berupa mistik ini . wallahualam .
jika saudara sering membaca AL-QURAAN n HADIS ada menceritakan asala usul kejadian manusia . bagaimana beberapa titis air m…?? boleh menjadikan sebuah kehidupan sebagai manusia yg cukup sifat n akal fikiran .
jika saudara xdapet memghuraikan lebih lanjut , kenalah belajar muqadam n seterusnya AL_QURAAN n hadis . barulah saudara khairul ada akal sikit .
semua pengunjung blog ini, bukan semua celik , berotak genius n sebagainya . semuanya datang dalam konteks muzakarah seperti disyariatkan dalam ISLAM .
seorg yg beragama mempunyai batas2 tertentu dalam membuat keputusan atau membuat sebarang bentuk kenyataan sekalipun . ttp berdasarkan kenyataan saudara bagaikan budak yg kurang cerdik dalam menggunakan akal fikiran .
jika benar ianya sesuatu yg xboleh ambil pusing , knp sering keluar di media cetk (spt mastika , bicara , variasi , infiniti n sebagainya ) mengutarakan topik sedemikian yg berbentuk mistik . n juga laman web yg berkaitan mistik juga .
setiap perkara berlaku ada hikmahnya . cuma kita manusia yg lemah sering alpa akan ketentuan ILAHI . redha dalam kehidupan mencerminkan kecekalan dalam menhadapi jua bahana menimpa dgn izin ALLAH SWT .
barangan mistik kebanyakan mempunyai penjaga / khadam . ttp ada cara bagaimana kita boleh mengunakannya serta berkomunikasi dgn mereka .
dijadikan alam ini dgn izin ALLAH SWT . di mana dalam konteks ini terdpat alam nyata n alam ghaib . manusia biasa boleh melihat alam nyata , terdapat insan terpilih boleh melihat alam ghaib yg terdiri daripada makhluk halus seperti org bunian , jin , iblis n sebagainya .
jika saudara masih was2 dhn keterangan saya ini silap letak nama penuh saudara berbinti ibu , di mana saya sendiri akan bukakan mata ke3 . kebanyakan manusia boleh membuka mata ke3 . ttp bukan semua manusia boleh menutup kembali . n saudara akan melihat alamghaib secara lebih terang n apabila seseorg boleh melihat alam tersebut, golongan alam ghaib akan datang meguji saudara dalam pelbagai bentuk ujian . so ada BERANI saudara khairul .
jika salah informasi ku sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
Ya saudara iskandar pekara mistik ini ada waktunya mencabar minda kita diantara realiti dan khayalan,kita sering melakukan perdebatan mengenai hal ini sehinggakan ada ketikanya tiada kesudahan.Ada diantara yang tidak kelihatan dapat dibuktikan dengan uji kaji sains dan sesetengahnya tidak dapat dibuktikan.Kita sering disuruh percaya pada kewujudan alam akhirat syurga dan neraka dan anehnya kita percaya plak,atas alasan apakah kita mempercayainya?Apakah kerana tuan guru,ibu bapa atau kitab al quran suruh kita percaya?Adakah kepercayaan datang dari mulut orang atau melalui bacaan?Pernah kah kita melihat syurga dan neraka untuk mempercayainya?Kepercayaan adalah satu anugerah yang agak istimewa ianya tanpa paksaan ianya berkaitan dengan naluri kita.Alam ghaib memang ada dan wujud,tidak nampak bukan bererti tidak wujud,angin misalnya wujud dan ada tapi kita sendiri tidak nampak cuma dapat merasainya.Jika kita yakin pada wujudnya alam akhirat yang ghaib apakah mustahil untuk mempercayai sesuatu yang ghaib yang dianugerahkan Allah pada kita.Didalam Al Quran banyak yang membicarakan hal2 yang ghaib yang mempunyai kuasa yang diberikan oleh Allah hanya kita manusia yang serba jahil ini kurang untuk mengerti dan memahaminya.
Assalamualaikum tok Neo
Sepertimana kenyataan tok
“jika saudara masih was2 dhn keterangan saya ini silap letak nama penuh saudara berbinti ibu , di mana saya sendiri akan bukakan mata ke3 . kebanyakan manusia boleh membuka mata ke3”
Saya amat berhajat nak membuka mata ke-3, Adakah boleh tok tolong bukakan ? Apa yang perlu saya lakukan ? Harap hajat saya ini tercapai demi memahami kejadian Allah azzawajalla…
Wassalam
Assalamualaikum Tuan Alam Tunggal,
Pohon di bukakan mata ke-3 kami. Hanya untuk melihat makhluk lain ciptaan Allah s.w.t dan meningkatkan ketaqwaan diri pada Allah s.w.t kerana lemahnya iman kami yg hanyut dgn nikmat dunia semata,,,,,,
FAIZAL BIN NAINOR ASMARA BTE CHE AHMAD
FADZLI BIN NAINOR ASMARA BTE CHE AHMAD
ZHAFRAN BIN NAINOR ASMARA BTE CHE AHMAD
NUR HAFIZ BIN NAINOR ASMARA BTE CHE AHMAD
Assalammualaikum…. saudara neo maap mencela hee…sye nk tnye bleh ke seseorang itu dibuka hijabnye/mate ke-3 tanpa sebarang persediaan? apakah komplikasi yang bakal menimpa sekiranya seseorang itu tiada sebarang persediaan? kirenya saudara boleh membuka hijap seseorang itu dari jauh ke? maap sekali lagi….
1.atuk aku ade gak minyak ni die jumpe melalui mimpi.jumpe kat pantai dlam btol tapi aku cube pkai tk bkesan pn bro.plik gak aku.
2.sye ade satu kayu ni sbesar batu cincin.sye tunjuk kwn yg pkai batu berkodam ni die tk blh tgk naik muak nk muntah katanye.sye tye org yg berilmu die kata raja kayu putih
ape sbbnye bro
trima ksih
Assalamualaikum Para Penatap Blog.
Barang-barang Anugerah Allah yang seperti ini Bukannya Boleh saja-saja Suka test n Try, Kegunaannya hanya ketika Perlu dan Berhajat dengan Landasan yang telah ditetapkan Allah. Kalau pakai apa-apa sahaja yang niatNya hanya bertempiaskan Nafsu sahaja, lagi baik pegi panjat tangga, lebih-lebih lagi kalau penggunaan pemakai jenis Minyak, Faham ke apa kegunaan Minyak Cenuai Ni??, Minyak Pengasih Kegunaannya bukan calit pada perempuan. Yang calit pada orang tu minyak Guna-guna namaNya, tak lain tak bukan dengan puja-puja pada jin dan Ass-Syaitan.
Penggunaan minyak Pengasih ni ia dicalit pada Kening sipemakai untuk pemanis dan Pengasih ketika dilihat orang lain. (Kebanyakkannya la)..Yang calit pada orang, kut silap calit kene penampau la…Kalau pakai apa pun kalau tak yakin pun tak menjadi. Kalau benar-benar nakkan Pemanis dan Penarik, pakai minyak attar biasa dengan bacaan ayat tertentu serta amalan yang berterusan mengikut perintah Tuhan, pakai kat mana Pun..InsyaAllah …Dengan IzinNya..InsyaAllah menjadi la…
Maafkan Saya jika catatan ini salah..
Betul3….Ada benarnya coretan awak tu..Diharap sedikit penjelasan dari sahabat Waliqudus nie dapat menambahkan pengetahuan kita tentang penggunaannya
Asas amalan sesuatu ilmu atau pemilikan sesuatu barang itu ialah keyakinan,tanpa keyakinan sesuatu ilmu itu atau barang itu tidak akan menjadi ampuh bahkan mampus.Saudara waliquddus syorkan minyak attar saya pula syorkan minyak kelapa aja amalkan beberapa surah dari al quran yang perlu dipilih atas niat kita itu dan bacalah ayat2 itu dengan penuh yakin akan kekuasaan tuhan dan serahkan pada tuhan insyaallah menjadi minyak pengasih.Tetapi Allah swt ni kesian kat umat manusia ni maka dijadikan olehnya beberapa jenis bahan dari kayuan ataupun batu atau besi untuk dimanfaatkan oleh manusia yang mengetahui rahsia barang tersebut bagi kegunaan tertentu dan mungkin tak perlu jampi mentera kerana dijadikan oleh tuhan sedemikian khasiatnya,tetapi hendaklah kenal barang tersebut serta cara pengunaan yang betul,maka disinilah peranan mereka yang arif dan bijak dalam hal mistik atau hikmah ini tempat kita merujuk meminta pendapat dan pandangan.
aa sya sokong 315% tuan karimon juga tuan waliqudus, zahir dan batin perlu seiiring, niat perlu tulus ikhlas berlandaskan hasrat yang suci bersih tiada selainnya hanya Allah swt…terima kasih tuan karimon juga tuan waliqudus, moga kalian sihat, ceria, bahgia, dipermudahkan segala urusan kalian juga sentiasa dirahmatiNya, insyaAllah..aminnnn 😉
Ko nie cakap macam tak guna akal…yang hebat tue kan Allah..semua yang ada hanya lantaran semata…
salam saudara neo iskandar…terima kasih atas segala apa yang saudara katakan…saya percaya dengan perkara perkara ghaib ini bahkan saya wajib beriman kepadanya..tujuan saya bukan untuk memporak porandakan blog ini,tetapi ruang yang ada ini lah sedikit sebanyak saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya yang sedia ada..kewujudan blog sebegini sekurang kurangnya membuka mata saya terhadap perkara perkara mistik khususnya…jadi kesempatan ini saya gunakan sikologi saya untuk saya melihat pemikiran dan pandangan orang ramai terhadap sesuatu perkara yang diutarakan…sekurang kurangnya apabila saya timbulkan isu sebegini,saya dapat mengetahui serba sedikit tentang sesuatu perkara ini…maaf jika ada yang terasa dengan kata kata saya khususnya kepada pengunjung blog ini..kepada karimon,blog sebegini bagi saya sangat menarik untuk dikongsi bersama…nama saya khairuzuan, nama ibu pah…maaf sekali lagi kepada semua…terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dan memberi ilmu pengetahuan kepada saya
Assalamualaikum kepada semua para sahabat dan juga Salam sejahtera hendaknya buat saudara Karimon.
Pada pendapat saya, jika sesuatu yang ingin ditanyakan ianya tidak perlu secara psikologi, cukup sekadar bertanya dalam kadar yang difahami tentang sesuatu perkara yang tidak difahami. Saya percaya rata-rata pengunjung Blog ini ramai yang berpengetahuan luas tentang perkara-perkara mistik dan juga Khasiat tentang sesuatu yang diperdebatkan.
Saya juga banyak menimba ilmu para pengunjung Blog ini yang memberi komen dan juga berkongsi pengalaman bersama. Tentang perkara mistik, ada juga yang bertanyakan…bagaimanakah untuk mengaktifkan sesuatu yang dimiliki, Pada pendapat saya..apakah kita tahu mengaktifkan niat dari hati kita, bagaimanakah??..menerusi pengalaman sahabat-sahabat saya yang menebus barangan mistik, mereka berkata, jika memakai sesuatu untuk mengaktifkannya perlulah kita niatkan secara bersungguh-sungguh dengan hati serta bersandarkan pada ALLAH semata-mata. Pemakaian barangan hanya segi asbab atau penyebabnya sahaja. Kalau kita pakai apa sekali-pun..kene buat bersungguh-sungguh…pasti menjadi..InsyaAllah.Perlu yakin berbuat sesuatu itu..kadang-kadang lintasan dari hati yang menyebabkan kita berasa was-was, yang pastinya lintasan pemikiran tersebut sudah pastinya lintasan yang kedua, manakala lintasan pemikiran yang pertama adalah pasti…Bukankah hati yang berfikir dahulu dari akal…..InsyaAllah…
Maafkan saya jika coretan ini tidak Betul…..
assalamualaikum ..,,
selamat hari raya aidilfitri kepada saudara rahim @ karimon serta pengunjung blog ini yg beragama ISLAM .
alhamdulillah ada byk insan yg mengetahui akan erti kesilapan dan diharap semua individu boleh memaafkan saudara khairul ekoran keceluparan dalam coretan di dalam blog ini .
bukan nawaitu saya utk menakutkan pelbagai pihak terutama saudara khairul , ttp ia adalah suatu cabaran bagi beliau , samada berani kerana benar ataupun sebaliknya .
saudara karimon pernah berjumpa dgn saya suatu ketika dahulu n beliau tahu bahawa samada ianya adalah berupa amaran atau cabaran semata2 . ttp perpulanglah mana2 individu utk menilainya .
utk bakal pemilik minyak ini harus tahu akan siapa n jenis penjaga bagi minyak ini . n harus berani berdepan dgn penjaganya . di mana anda akan bersahabat dgn golongan …??? so jika berani berdepan , bermakna anda harus menanggung akibatnya .
ya mmg benar , ia bakal memberi kepuasan kepada si hidung belang , kerana bukan sahaja dapat meragut harta ttp juga keperawaan seseorg wanita . di mana wpun botol tersebut itu digunakan saban kali sehingga hampir habis ia akan refill balik pd setiap bulan purnama . n perlu dijalankan sesuatu ritual n pengorbanan . dlm konteks pengorbanan anda perlu memberi ….?? kepada penjaga tersebut .
ttp bila bercakap pantang larang . ada pelbagai versi pantang larang . ttp yg pasti xboleh dibawa pada waktu kilat sambung menyambung krn ada yg kena nanti . berani bt n berani tanggung .
bukan niat utk menakutkan mana2 pengunjung blog ini , ttp ia sebagai nasihat supaya anda berfikir atau org penang ckp HANG PIKIAK dulu n jika versi nabil, LU PIKIR LA SENDIRI .
jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan n selamat hari raya aidilfitri kepada semua . tq n wassalam .
* kepada waliqudus jika ada masa akan ketemu jua , permintaan saudara telah disampaikan sendiri kepada saya oleh saudara karimon , INSYA ALLAH *
bagaimana mahu pm dgn encik iskandar?
assalamualaikum ..,,
jika ada persoalan boleh online dgn saya dlm facebook . saya memakai nick neo isknadar juga .
saya online dari 0900h – 0300h keesokan harinya , di mana saya selalu online . jika ada sebarang pertanyaan, jika saya mampu jwb akan saya jawab . insyaAllah .
tq n wassalam .
Assalamualaikum SaudaraKu Neo Iskandar,
Wahai Sahabat dan juga Penatap Karimon’s Blog..Mengenai Minyak Cenuai ni atau pun dalam bahasa Halusnya..Minyak Pengasih dan Dalam Bahasa Kasarnya Minyak Guna-Guna..Sewaktu saya Kecil dahulu ada orang Tua-tua menceritakan akan perihalnya..tetapi ianya dipanggil Minyak Dagu..Asalnya dari Siam atau Thailand…
Minyak Pengasih selalunya calitan minyak adalah pada diri sipemakai sedangkan Minyak Guna-Guna dicalit pada simangsa..Tetapi Padah Pemakai Minyak Guna-Guna ni sampai ke anak cucu kene kacau semasa hayat dan kene tanggung dan di akhirat nanti lagi padah dengan Allah…Sedangkan Minyak Pengasih adalah untuk Pengasihan Sipemakai apabila dipandang orang..Murah Rezeki la gayanya..Itu pun Jika Tidak Menyalah Gunakannya untuk perkara Yang tidak Diredhai Allah..Tetapi Jika Menyalah Gunakan pun kira Tanggung Sendiri la..
Pendapat saya adalah Lebih Baik Gunakan Minyak Pengasih dari Minyak Guna-Guna..Minyak Cenuai dikategorikan dalam Minyak Pengasih dan Bukan Minyak Guna2..walaupun ia mampu disalah Gunakan..
Akar Cenuai Pangir adalah Bahan yang Terbaik dalam Pembuatannya cuma ada Beberapa jenis Campuran lagi selain darinya…Pengisian Pula adalah dari Surah Yusuff dan Beberapa Surah dan Doa Permohonan dari Allah. Kebanyakkan Minyak Pengasih ini adalah UMUM dan Tidak Khusus, Cuma jika ianya untuk yang Khusus maka ia Perlu disertakan Penama Individu Pemiliknya…Bukan Apa..senang Malaikat nak Buat Tuntutan Di Hari Pengadilan Nanti jikalau pembawaannya BAIK SANGAT..Tetapi Nasihat saya..Pemakaian Biarlah yang boleh ditinggalkan jika tak suka..Kalau Minyak Guna-Guna Payah nak Tinggalkan, tersilap calit nanti dapat iras Mak enon nanti dah payah la pulak..Jika Minyak Cenuai yang diisi dengan bahan lain serta pohonan dari Golongan Jin pula..Silap Banyak La..Biar lah berbuat Sesuatu itu Permohonan dari Allah sahaja..Bukankah ALLAH itu Penjaga dan Pentadbir Seluruh ALAM berserta ISINYA????…Kan baik jika Sesuatu Itu di pohon dari Penciptanya????
Senang Nak Berkira..Buat Salah pun Mintak Ampun darinya..GERENTI ALLAH AMPUNKAN..ALLAH telah berjanji jika SEbanyak mana pun Dosa Anak adam dah Buat selagi tidak Bersyirik padanya..maka Segala Dosa itu Nescaya ALLAH AMPUNKAN…Subhanallah..Baik Sungguh Tuhanku ALLAH…
AMPUNKAN HAMBAMU ALLAH JIKA CATATAN INI SALAH…
salam cik iskandar.
saya benar2 berminat dengan minyak ini.bagaimana saya ingin mendapatkannya dan berapakah harganya?
Wahai En. Syafiq yang budiman… Jika benar saudara berniat baik dan ikhlas untuk memilikinya, boleh layari website ini htta://nagacimande.wordpress.com Semoga ikhtiar kami dapat membantu kesulitan saudara…Insyaallah…semua atas izin’NYA’ jua…
assalamualikum ..,,
sila berunding dgn sesiapa saja di dalam blog ini atau pun saudara karimon sendiri . beliau akan bisa membantu anda .
saya hanya insan biasa yg suka memberikan pendapat sahaja . harap maklum . saya xpunya barangan sedemikian rupa .
tq n wassalam .
Aslkm wrh. brkth.
Minyak cenuai dibezakan dengan istilah sahaja. Cenuai yang bermaksud kasih dalam bahasa loghat suku asli. Bukan semua orang yang faham benar akan rahsia minyak ini.Jika kita bicara soal minyak cenuai orang asli, biasanya Batin asli saja yang tahu rahsianya. Tok sempat menuntut mengenai rahsia minyak ini. Juga pernah ikut mencari ibu minyak ini sebagai ramuan utama minyak cenuai orang asli. Aneh, ibu cenuai boleh berbunyi sahut sahutan ditengah hutan. Minyak cenuai orang asli ada 9 jenis semuanya. Ada 2 jenis yang paling hebat dan unik dan sukar mendapatkannya.
Benar sekali lagi yang dikatakan oleh tok serban hijau ini.cuma saya terkilan sedikit kerana tidak mengambil mentera yang diajar oleh bapa saudara saya bagi tujuan mencari dan mengambil cenuai itu.Yang saya ingat ianya merupakan bentuk seolah olah berlagu memujuk merayu akan puteri penjaga dan mungkin lain orang lain pula caranya.
assalamualaikum ..,,
mmg benar kata komentar dr saudara tok serban hijau n juga saudara karimon . perlu ada matera utk tujuan ini . di sebuah daerah di negeri pahang saya , abg megat n saudara karimon ada berkunjung n berjumpa dgn tok batin (org asli)yg tahu membt minyak cenuai n minyak pengasih pelbagai jenis .
di mana tok batin itu sendiri berumur 180 thn . di mana beliau mempunyai amalan n memakan ulam-ulaman serta herba yg dibt sendiri .
di mana utk mendpt ilmu tersebut dia perlu bersuluk n berkhalwat (bukan bt maksiat noooooooo)dalam satu jangka masa . beliau seorg yg ramah n xkedekut ilmu dalam membincangkan sesuatu .
ttp setiap satu ilmu itu ada pertukaran , hanya saya n abg megat sahaja mengetahui . saudara karimon saya kurang pasti samada mengetahuinya atau x . wallahualam .
kata tok batin , minyak pengasih mempunyai beberapa gred tertentu . di mana kesemua campuran minyak tersebut adalah daripada sumber khazanah hutan . disertakan matera² yg kurang faham bahasa yg dituturkan .
menurut tok batin ada minyak pengasih di mana sekali calit , si dia terus angau n ikut , ada jua yg xpayah calit di mana hanya bauan sahaja sudah mencukupi .
jika salah informasi ku pohon 10 jari kemaafan . tq n wassalam .
Tok Serban Hijau, saya amat berminat untuk berkenalan dengan Tok…saya budak hingusan yg ingin belajar sedikit sebanyak ilmu dr Tok.Sms saya Facebook or Blog Tok..0193817785…
salam semua… saya org baru kt sini. pengalaman saya tentang minyak cenuai ni coz saya pernah ambil
Assallamuaikum semua !! Tok serban kata tu betul.Saya bagi tip sikit..JENIS JENIS CENUAI. 1. Raja Cenuai 2.Puteri Cenuai 3.Cenuai Gunung/ Batu 4.Cenuai Merah 5.Cenuai Kuning 6.Cenuai Putih 7.Cenuai Biru 8.Cenuai Ibu 9.Cenuai Pulau/ Laut..8 jenis cenuai ini tumbuh di gunung (kat malaysia…sebuah gunong je…(rahsia).1 jenis lagi tumbuh di laut atau pinggir laut. Benih cenuai di bawah olih seorang PUTERI dari Gunong Jati..Olih itu di NUSANTARA ada 2 gunong je cenuai tumbuh..RAMUAN CENUAI ; Ada 2 jenis .. 1.Campuran kelapa hijau..jangan jatuh ke tanah, masak (Ada cara masak) 2.Campur dengan minyak wangi tanpa alkohol..paling baik..Atar kasturi hitam/ putih.Lepas tu masuk kan ayat Nabi Yusof..Aku tak nak cerita panjang 2,kang dengar dek AMJAY…habis semua SESAT…terima kasih..JANGAN SALAH GUNA BEB…NANTI JADI MINYAK GUNA GUNA..DAH MEMANG TAK BERGUNA.
Sambung sikit lagi..mata belum ngatuk…Cenuai di kenali dari bunga nya.Dari akar,daun,bunga dan batang ,semua bolih makan..tiada racun..rasa bunga segar nya, rasa jambu air madu..buah nya rasa pahit sikit,kelat kelat…Pokok ni memangggg unik..khasiat di makan segar…awet muda !!!Pokok ini hanya tumbuh pada ketinggian 4000 kaki keatas,..kalau aras bawah pada tu ,ada satu jenis yang di panggil Cenuai Pulau/laut..Jenis ni pulak nak kan air masin…ikut cakap guru ku Almarhum Tabib Mohmad Nabun (P.D) CENUAI dalam bahasa JAWA KUNO ialah PENGASIH.Aku tak tau le pasal ,aku tak pandai cakap JAWA KUNO..Pokok ni hanya berbunga (bunga kembang)pada 12,13,14, bulan pernama..masuk 15 haribulan dah layu bunga nya.Dan memang betul,kalau aku pergi ke gunung !!! tu pada masa bulan pernama je!! bunga tu kembang.Itu pun nasib kita !! kalau (dia orang) bagi,kalau tak de!!! dapat juga beb!!!!!!dapat PONET YO.
UNTUK KARIMON !!Mentera tu macam pantun je!!Aku rasa bukan mentera la beb..macam pantun..guru ku memang ada ngajau kat aku,.ada aku tulis dalam buku perubatan ku..bila di baca ikut rentak syair orang dulu dulu..memang syok mendengar nya !!!kalau nak aku bagi..tapi kat ..laman web ni tak bolih le!!!BUKA LAMAN WEB AKU dan call atau datang kat rumah !!!!
Ya Pak sheikh ianya berbentuk syair maaf ya kerana mengatakan ianya mentera,kerana apabila saya mendengar beliau membacanya ianya seolah olah merayu dan mendayu2 bunyinya.Tapi sayang sekali tak diambil peduli oleh saya pada masa itu.Bukan rezeki kot
SALAM UTK SEMUA! Sambung lagi sikit..Hal Cenuai ni..cenuai yang paling bagus, memang ada 2 jenis..1.cenuai batu/gunong (putih) 2.cenuai gunong (kuning)..2 jenis ni memang paling sukar nak ambik..silap 2, haribulan..gaung 50 meter dah tunggu !!! Aku dan anak aku je, pergi ambil cenuai tu..cuma kalau nak ambil 2 jenis ni kena bawa anak aku,..jenis yang lain senang nak ambil..!!bukan apa beb..dah tua..rupa nya aku ni( DAH 51 TH)..Satu lagi cenuai pun susah juga..cenuai pulau/laut..nak ambil kena air laut, timpas betul 2,kalau tak, dapat juga beb..dapat pandang je !!!Dalam koleksi aku, cuma cenuai ibu je tak ada, dia ni tumbuh tempat lain.Alhamdullilah, itu pun dah syukur aku kepada ALLAH, ada 8 jenis.Aku ambil sendiri, bukan orang lain ambil!! Penat tok sah cakap la, habis basahi dek peloh!!!Pokok cenuai ni bukan nya besar ,2 kaki je tinggi nya itu yang nama nya cenuai raja,merah,putih,biru,kuning ,ibu dan pulau, yang cenuai gunong tu ,tak pandai tengok(dah penat,mata lak dah kelabu,cuaca lak sesamar je) dapat la…lumut..jenis ni memang hampiiir sama dengan lumut.cenuai (batu) ni memang tebiat dia dari zaman tok ADAM !!MELEKAP KAT BATU.Semua jenis cenuai memang melekap kat batu atau pokok, dia ni makan,apa yang pokok makan atau lumut makan.Sepanjang aku cari dia, dah memang macam tu lah perangai dia(cenuai)…YANG TERPENTING SEKALI jangan ambil sebarangan, minta pada tuan punya nya iaitu P….C….B../P…B..kalau tak minta !!!aku gerenti, kau tak lepas balik, hingga cenuai itu kau tanam balik, ke tempat asal nya, di mana kau ambil..kalau kau minta ! memang dia bagi tetapi niat baik ,dapat baik, niat jahat, dapat jahat….macam cerita LAKSAMANA DOREMI…yang Puteri Buluh Betung tu cakap !!!!dah habis le, aku cerita pengalaman aku ambil cenuai…lain kali jumpa lagi..WASALLAM…Kalau nak kat rumah Pak Syeikh ada, buat apa susah 2, berpeloh ketiak…bayar je fidyah nya……
sambung lagi pasal cenuai ni…kalau kita pecah kan lagi..ianya menjadi 12 jenis..Cenuai batu/gunong ada 2 jenis ,1.cenuai batu kuning, terdapat kat…T…T. 2.cenuai batu putih, terdapat kat..G….Dia ni satu jenis yang memang lagi unik.ke laut pun bolih hidup( kuning), ke gunong pun bolih hidup(putih).Dan satu lagi CENUAI LAUT/PULAU.yang ini ada sepasang ,satu jantan ,satu betina…yang lagi pelik, jantan nya ,tumbuh tepi laut, betina nya kat tengah laut….kalau nak guna,kena guna sepasang, yang jantan tak de hal nak ambik, yang betina,mak…oi!! masaalah..air laut kena timpas betul 2…kalau tak !!kau dapat pandang je !!!betina memang tumbuh kat pulau batu…(rahsia)..Aku dapat cerita ni dari guru aku Tabib Mohamad Nabun (P.D)..(dah aruah).Lepas tu pergi ambil sendiri kat Gunong…dan Pulau …juga kat gua T…T.Masa nak ambil memang susah, yang kat gunong tu betul 2,atas batu..bawah dia gaung 50 meter dalam,silap…ha..dapat…tak mati..patah..kat pulau pun sama,nak ambil jantan,..no problem…nak ambil betina..ha.big problem…Akhir nya aku dapat 10 jenis semua nya.Nak buat minyak tak jadi masaalah, guru aku dah ajar semua nya..dah katam.Guru aku memang pakar buat minyak…kalau nak tau..dia lah yang buat minyak SELUBI..dah puloh tahun dah..baru sekarang TOK ALI CM, Melaka ,PROMOSI kan, ok lah tu..kau orang nak tau buah tu buah apa? buah selubi ialah BUAH MELAKA/POKOK MELAKA…Pokok ni memang banyak khasiat..penyakit kronik….ITULAH pengalaman aku cari akar cenuai kat…..guru aku belajar dari bapa angkat nya, orang asli,kalau tak silap nama nya Batin Jaafa,di Jelebu, TAPI GURU KU CIPTA SENDIRI,RAMUAN NYA ,LEPAS ITU RUKYAHKAN DENGAN AYAT AL QURAN,dan memang HALAL…KALAU NAK MEMANG BOLIH..BUKA BLOG AKU…perubatan islam 7 puteri..ada no HP dan alamat rumah…WASALLAM.
Terima kasih diatas info yang diberikan dan semuga semua pengunjung blog ini mendapat faedah dari maklumat yang diberikan oleh Pak sheikh.
Salam untuk karimon dan semua !!Kita dalam Perubatan Tradisional ni hendak lah bekerja sama, banyak Tukang Sihir kat luar tu makan upah..kekadang tak berapa sen pun.Jangan jadi macam dulu..Tok Bomoh sini BOM Tok Bomoh sana…macam macam SCUD di hantar nya, yang Tok Bomoh sana lak kena ada PATTROIT,..kalau tak tergolek..habis ..padam…KENAPA kita tak ikut bangsa C…,mereka bekerjasama..mereka ada juga doktor,mereka ada juga SENSEH ,tapi mereka tidak bergaduh antara satu sama lain.. kekadang mereka rokemen kita kat kawan nya, kalau mereka tidak bolih selesai kan sesatu masaalah.Kita tidak !! berbeza dengan mereka !!!Kalau pakai juuun pun..kenapa tak hantar kat Presiden USA TU kerana bunuh banyak orang islam!!!!Kekadang naik pening kepala memikir kan orang( BOMOH SIHIR) ni…Bagi diri ku tak masaalah ,kalau nak berkongsi pengalaman.. bolih !! kontak je hp..24 jam service.jangan kita tamak kan ilmu dan pengalaman..kita bukan lama pun hidup kat dunia ni…hanya kira kira 10 minit je.,ikut tahun akhirat!!!!!Terima kasih kerana benar kan aku menulis untuk ku yang tiada ilmu ini !!!
Dalam dunia yang serba moden ini masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih mempercayai tentang santau dan ilmu hitam/sihir.Ini bukanlah satu pekara yang mustahil atau ganjil kerana bab sihir ini ianya berlaku sejak ribuan tahun dahulu dan masih kekal sehingga kini.Sifat iri hati dan dengki manusia menjuruskan kepada sifat dendam dan bagi tujuan membalas dendam pelbagai cara sanggup mereka lakukan dan ini termasuklah mengunakan khidmat bomoh hitam dari orang melayu sehingga ke ilmu siam.
Baiklah, atas kesedaran memelihara dan menjaga ilmu serta melestarikan keindahan rahsia alam , disinini Tok cuma membuka sedikit sahaja rahsia cenuai yang sebenar. Minyak cenuai Darah (dipanggil juga cenuai dewa) dan Bunga paling susah dicari. Cenuai darah diambil dari bahan seperti kelopak merah yang akan ditapaka oleh batin sehingga mengembung seperti darah.Kerana itu dipanggil cenuai darah, dan bukanlah seperti anggapan orang yang minyak ini akan dititikkan darah setiap bulan purnama. Jika bahan ini terlangkah oleh perempuan mengandung, insyaalah niscaya gugurlah kandungannya. Minyak cenuai ramuan utamanya IBU CENUAI/RAJA CENUAI yang dipanggil sesetengah suku.
Tujuan Tok menceritakan adalah sekadar untuk melestarikan khazanah ilmu yang sekian lama telah berubah mengikut aliran zaman. Namun hanya segelintir saja yang menyimpan rahsia alam ini. Orang Asli menyediakan minyak ini bukan sebenarnya untuk tujuan pengasih, tetapi lebih kepada menjaga keamanan dan keharmonian suku puak mereka dari diganggu orang luar, Minyak ini juga boleh digunakan untuk berburu. Bagi setiap menteri asli dibawahnya ada 5 orang Tok batin. Bagi setiap batin pula ada 3 orang bomoh asli. dan bagi semua bomoh asli pula ada pula puyangnya yang bernama ……….(tok terpaksa rahsiakan) yang bertapa kaki keatas kepala dibawah.
Namun, bagi masyarakat melayu, ianya dijadikan sebagai MINYAK PENGASIH. Dan berbagai pula ragam dan namanya.
Selamat kembali Tok serban Hijau ke laman blog saya dan sudi berkongsi maklumat dengan kami,terlalu banyak rahsia2 yang tersirat yang belum kita ketahui dan sesetengahnya tak terfikir pun oleh kita akan kewujudannya.Tanpa pengkongsian begini mungkin satu hari kelak ianya akan terkubur begitu saja dan akhirnya yang rugi ialah generasi yang akan datang yang bakal mengambil tempat kita semua.Bumi kita ini sebenarnya kaya dengan pelbagai anugerah Allah swt dan hanya segelintir juga yang mengetahui akan rahsia serta fadilatnya.Semuga orang2 seperti Tok Serban Hijau,Pak Sheikh dan teman yang lain dapat menjadi tali penyambung mencurahkan ilmu yang tersirat dan yang tidak diketahui kepada generasi akan datang.Kita yang sudah berusia ini perlu juga ada kesedaran untuk menurunkan ilmu pengetahuan kepada anak cucu kita dan tidak membawa mati bersama ilmu kita dan sama2lah kita berdoa ke hadrat illahi agar pelapis kita akan bangkit dan sedar betapa kayanya kita dengan ilmu,khazanah dan adat resam supaya mereka kelak sendiri satu masa nanti akan menyampaikannya kepada generasi akan datang agar mengenal budaya kita.saya teruja dengan kata Bapak Bambang Harisnuksmo “Haruskah anak cucu kita kelak belajar mengenai budaya keris dari orang asing”
Tok serban hijau tahu ke mana nak dapat cenuai dewa ni?siapa orang tahu buat?Saya ingatkan cenuai darah kena bagi darah rupanya tidak.Kalau ada sila email saya minat nak beli….ramai yang asyik cerita je cara buat cenuai tapi tak ada yang buat dan jual cenuai….hampeh…nasib baik &puteri masih ada warisan pusaka bangsa …yang lain dok cerita je……chaplin77@ymail.com
Sejujurnya, Minyak Cenuai akan keluar sendiri minyaknya dari bahan alam tanpa campuran lain, DAN MINYAKNYA AKAN BERTAMBAH DAN BERKURANG MENGIKUT BULAN PURNAMA…..WALAUPUN HANYA ADA PADA KITA YANG BOTOL KECIL atau biangnya…
Tok bagi contoh cenuai bunga, minyak cenuai bunga akan keluar melalui kelopak bunga walaupun sekuntum….
memang ada minyak itu sebenar!!!sebenar nya kita pun bolih juga membuat nya kalau kita tau.ARUAH abang saudara saya memang belajar dengan 7 puyang asli,tapi kata nya untuk mencari puyang yang betul sangat susah zaman ni!!Beliau belajar pada masa dia muda atau pada zaman saya kecil.Puyang kata nya tidak kawin, dan simpai nya 7, bermakna 7 tahun bertapa.Saya ,sebenar nya tidak berminat dengan ilmu dia orang hanya sebagai untuk pengetahuan saja!!Saya memang yakin dengan ilmu ilmu islam, dan tak pernah belajar pun dengan ilmu pawang atau ilmu bomoh, yang saya belajar ,hanya lah ilmu TABIB.Saya pun tak tau berapa lama dia(ARUAH ABANG SAUDARA)saya menuntut kat dalam sana, cenuai yang saya ada dan di olah mengikut cara guru saya yang di PD.dalam 4 guru saya, 2 dah aruah dan 2 lagi masih hidup…satu dah pencen..dan satu masih aktif dalam perubatan tradisional, cuma anak guru saya ( yang di PD) seorang masih aktif…di Kelang.
Salam utk semua! kita sambung lagi bab ILMU DAN CENUAI.Saya tidak menafi kan cenuai ni adalah satu akar yang sinonim dengan arang asli! Harus kita ingat, orang melayu cukup pandai, meniru!!contoh: berger tu makanan orang putih!!tapi dah di olah resepi nya..lagi sedap lak dari resepi orang putih!!!bagitu juga dengan YONG TAU FOO,makanan cina!! di up grade olih orang melayu !!!LAGI SEDAP ,lagi enak dari resepi asal (CINA) bagitu juga minyak cenuai, mungkin guru guru kita, nenek moyang kita, tau akar ini berguna,dan ada khasiat mistik,jadi di up gred kan olih mereka!!!saya bagi contoh satu lagi!!(minta maaf bukan maksud nak tunjuk ilmu) SIAPA YANG TAK TAHU BACA SURAH AL IKLAS(qul hu allah), Semua orang tau baca, anak tadika pun tau baca!!!,tapi tau kah, tuan tuan ayat ini salah satu ayat rukyat, yang paling ampuh untuk menghancur kan syaitan !!!ayat ini kalau di rukyaah kan di kayu,kita urut saja kat orang kerasukan, meraung syaitan tu kepanasan!!!kayu nya!! yang kena tau, kayu dahan nona, bunga raya,apa lagi, kalu kayu penunduk,bertam hitam,kayu tas dan kayu kemuning hitam !!lagi lah power!!!( 4 kayu terakhir tu jangan di bawa tempat berniaga). akar cenuai dah memang perangai dia,hidup atas kayu/lumut,dan hidup sepasang ,dia ni unsur alam.Ayat Quran, sebahgian ulama mengatakan ada khodam,ulama muntazillah mengatakan khodim (mahluk), DULU SAMPAI BERPERANG ,pada zaman imam 4.Apabila dicampur kan kedua nya, akan melahir kan satu aliran kuasa!!(power kata orang sekarang). Begitu juga Ayat AL ikhlas tadi!!!ada pesakit tanya saya,pak syeikh!!saya baca ayat qul hu ni ,buat macam awak tapi tak jadi pun??..maksud nya bila tarik syaitan dalam badan ,orang tu tak rasa apa apa pun !!,berbeza dengan saya,kalau ada syaitan dalam badan seseorang tu, saya tarik ,orang tu akan meraung sakit.!!!itu lah sebab nya ,pinjam kata!!!ustaz Ismail Kamus..awak baca ayat tu se tahun sekali,mana jadi!! apa maksud kata ustaz tadi??? ayat ayat al quran memang ada kadam!!!samaada kita percaya atau tidak, bukan persoalan nya !!!kita yang dalam perubatan tradisional mengamal kan ayat rukyah,hari hari puloh puloh kali,malahan ratus kali,ada yang ribu ribu kali !!!kadam ayat tu dah kenal kita!!!oh pak syeikh baca !!..oh tuk serban hijau baca!!!oh karimon baca !!! kata kadam ayat tu!!!ok boss, boss nak suruh apa??nak bakar syaitan ni atau nak halau je??kalau nak bakar ,tanggung beres!!!!kalau si mat tu baca!!!, baca lak setahun sekali, mana la si kadam tu kenal…silap silap gaya dia tanyalak..hoi..lu sapa ha!! mau suroh gua !!gua tak kenal lu, lah..!!haa begitulah ( saja buat lawak bodoh,nak sedapkan cerita ).untuk beramal baca quran,insaallah dapat pahala, itu janji ALLAH,..untuk beramal jadi kan rukyah ,lain sikit, kata guru saya, kurang kurang baca 70 kali ,lebih !!lagi baik!!, amal kan paling kurang pun 7 hari !!! barulah bolih di buat rukyah atau pengubatan..biar jazam(sebati dlam diri kita).Jadi kalau cenuai tu di campur kan dengan minyak wangi tanpa akhohol(ada akhohol, cenuai mati bib !!) dan di rukyah kan denga ayat pengasih(yu.hibb…)dan ayat panggil (wali kul li…)serta ayat pendinding (in nama…)saya tak fikir minyak tu tak de power..malah dah ratusan botol saya maharkan!!!saja saja bib !!!NAK CERITA SIKIT SIKIT JE..UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA!!
Tentang buloh perindu pula!!!zaman muda muda dulu, guru saya suka berjalan, satu hari beliau ke gunung ????,di jumpa burung mati,napoh mati,pelanduk mati,binatang kecil kecil banyak yang mati,!!apasal lak binatang ni mati ?? DIA HAIRAN!!!dia lihat keliling,apa yang ganjil kat situ!!dilihat nya ada serumpun buluh hijau kekuningan,kecil kecil je,ai cantik nau buloh ni, buloh apa lak ni???kata nya sengsorang !!dia bagi salam, terus ambil, dan ucap kan terima kasih !!!BAWA BALIK,MALAM NYA MIMPI,seorang puteri datang dan ajar cara buat dan cara guna serta cara sandoi(utk KARIMON..BARU SAYA INGAT..pangilan untuk syair tu).Akar cenuai dan buloh perindu memang kepunyaan PUTERI itu, saya belum dapat TAU lagi, kepunyaan lain dari PUTERI TU.
Kalau saya dapat tau, nanti saya akan beritahu. PUTERI itu yang cerita kan , benih cenuai dan benih buloh perindu itu dia bawa dari GUNUNNG JATI dan di tanam kat Pulau dan juga kat gunung ???itu lah sebab kata nya 2 bende ini hanya terdapat 3 tempat je dalam nusantara ni, kalu ada di gunung lain tu tak sama khasiat nya!!!saya ada tanam kat dalam pasu bunga tapi kurang sangat khasiat nya, tu lah sebab saya tanam untuk cantik je!!.AMBIL BULOH NI PULA!!! 1 TAHUN baru bolih guna..cenuai tak apa ,ambik terus bolih guna!!!Saya tidak banyak barang yang ada,.. cenuai ada 10 jenis,buloh perindu ada 3 cekak dan geliga sipot ada dalam 400 biji…nanti lain masa kita cerita tentang geliga sipot pula!!!!wassallam
Salam… terima kasih Pak Sheikh di atas penerangan yang detail sekali mengenai cenuai ni dan ilmu yang dikongsi bersama. Banyak juga ilmu yang saya dapat tu…hehe…alhamdulillah.
Nak bertanya sikit Pak Sheikh, saya ada sepasang akar cenuai tak tahu dari jenis apa. Saiznya lebih tebal dari yang biasa saya lihat. Mungkin 3 atau 4 kali lebih. Bila kering, macam biasalah, berlilit antara satu dgn lain dan lilitannya sekata. Bila saya basahkan dengan air, ia berpisah. Tapi bila saya masuk dalam minyak wangi, ianya hanya terpisah setengah je (hujung). Tak semua. Dah dua kali saya try, sama juga.. Warna akar tu hitam tak kuat. Tapi hitam lah. Panjang lebih kurang 3, 4 inci. Jenis yang mana tu ye, Pak Sheikh? Sekarang ni masih saya simpan dalam minyak wangi tanpa alkohol.
Terima kasih KARIMON!!! Saya tdak lah pandai, hanya sedikit sahaja yang saya cerita kan,,mana yang saya tau!!!Kekadang ilmu yang sedikit itu kalau kita kembang kan ianya akan beranak pinak!!! contoh nya, saya menuntut ilmu pada seorang guru saya yang pertama sekali,Almarhum DAENG MANSUR bin DAENG ISMAIL,di Alor gajah,semasa itu saya berumur 14 tahun, saya di beri hanya satu AYAT::iaitu ayat alquran yang berbunyi ;;IN NA NUH NA…. PENDEK JER AYAT TU.Itulah ayat saya guna kan dalam apa pun kaadaan (samaada pengasih,pendinding, orang kena setan dll) selama 30 tahun, selain ayat Fatihah, Ayat kursi dan 4 KUL. Guru saya yang ke 2, hanya memberi 1 ayat sahaja..ayat AL IKHLAS..Guru saya yang ke 3, Almarhum Tabib Mohamad Nabun,al marhum memang Tabib yang handal juga,pernah menjadi Tabib, Sultan Selangor,AYAHANDA SULTAN SELANGOR sekarang.beliau ini banyak mendidik,teguran dan mengajar saya dalam banyak selok belok ilmu Tradisional islam,ilmu tradisionaL islam ini bib…ialah ILMU TASAAUF ISLAM.Dia ini pangkat bapa saudara saya,,saya katakan pada nya, saya dapat 2 ayat sahaja , selama saya berubat orang,katanya ..AYAAT YANG KAU AMAL KAN ITU IALAH SALAH SATU DARI IBU ILMU, terkejut saya, kata nya ayat yang saya guna dan amal kan banyak khasiat nya!!! Guru saya yang ke 4 ,juga handal juga,anak murid TOK AWANG NGAH..berasal dari Kelantan, menetap di Terangganu, masih muda,jauh dari umur saya.Dalam bab ilmu dan pengalaman, kita tidak bolih,memandang umur sesaorang,.Saya pandai dalam IT ni pun, saya belajar dari anak saya!!SAYA SEBENAR NYA BUTA IT,menaip pakai mesin taip bolih!!!Jadi kalau sesatu barang itu bersifat mistik, jangan KAGUM,itu lah yang ALLAH beri kepada benda itu dan untuk mahluk nya MANUSIA dan JIN !!!JIN juga ada yang baik, tetapi kita jangan termakan budi dari mereka !!Kalau mereka nak beri , ambil, tetapi jangan ada syarat, bukan HAK MEREKA, TAPI HAK ALAH!!.MEREKA SAMA DENGAN KITA ,YANG KADANG KALA, LEBIH DARI MEREKA!!.ITU SEBAB NYA SAYA CUKUP PANAS HATI KALAU MEREKA MENIPU KITA.Baru baru ini di LEBOH AMJ, ada jin yang menipu, memberi orang makan mee,tapi cacing!!!saya pergi dan lalu di leboh itu,dan memang, saya nak jumpa mereka, malang nya tak berjumpa!!!puas saya cari tak berjumpa!!!Kita jangan bermusoh dengan mereka tanpa sebab…tapi kalau ada sebab atau mereka menggangu, baru lah kita, ada alasan untuk mengambil tindakan.
Saya ceritakan ini bukan apa, jangan ada dari kita terlalu taksub denga benda mistik…kerana itu memang ALLAH jadi kan begitu, dari sebelum zaman TOK ADAM lagi !!!TIAP TIAP SESUATU ITU ADA HIKMAH (NILAI NYA),ALLAH JADI KAN, HANYA MANUSIA SAHAJA TIDAK PANDAI MENILAI!!!! KALAU DAH SUSAH NAK DAPAT SESUATU BARANG MEMANG LAH MAHAL!!!! KALU BERMINAT DAN NAK PAKAI…BAYAR JE MAHAR NYA!!!!!HE!!!!HE!!!HE!!!WASALLAM
untuk joelabu !! rasa saya ilmu yang sedikit ni..cenuai merah gunong..rasa rasa nya bukan warna hitam, tapi merah kehitaman.Bagus la tu masuk kan dalam minyak wangi tanpa akhohol….cara pakai nya kena tau gak, kalau tak tau, ada kureng mujarab…jangan masuk dalam minyak petrol…….nanti terbakar…cara pakai, kena datang kat rumah,alaaa bukan jauh sangat, orang SABAH, pun datang jumpa saya……………tapi yang kerja kat PETRONAS PENAPISAN MELAKA..KAH KAH KAH!!!!!!!
Asalam muailai kum semua !!!Ada ke lagi yang tak faham bab minyak cenuai !!!bolih tanya !!!BAB MASUK AYAT KAT CENUAI TU, KENA DATANG RUMAH !!!Akar cenuai permainan puteri.Buloh perindu untuk menyeru.Kalau tak pandai kena lah mencari.Supaya hati tak haru biru !!!!wasallam.
pada semua pengemar cenuai hentikan lah. kasihani lah pada semua mangsa yang terkena cenuai ini. saya bercakap melalui pengalaman saya. rumah tangga bahagia berkecai sekelip mata. mengilai lelaki yang bukan ukuran kita. walau di nikahi tapi tetap tak bahagia. sentiasa dalam kepanasan tiada ketenteraman dan akhirnya ia terpaksa lepaskan saya juga. bertaubat lah semua. moga allah membalas di dunia dan di akhirat kepada pembuat dan pengamal nya. amin
Bab ini saya serahkan pada Tok Sheikh tetapi dari apa penjelasan yang saya dengar dari Tok Sheikh cenuai ini bukan itu gunanya,ianya adalah sekadar pemanis umum bukan dibuat mengena dan mencalit anak dara atau janda atau bini orang yang dicalit tu ssilap2 entah minyak dagu atau sejenis dengannya,akhirnya cenuai juga yang dapat nama buruk.Bila bab minyak pengasih ni sering orang terbayang ianya cenuai tetapi sebenarnya banyak jenis lain lagi.Jadi saya serahkan pada Tok Sheikh menjawapnya dan waliqudus.
Asaalamualaikum Asmaulhusna !!!Anda pasti ke yang di kenakan pada anda minyak cenuai.kalau minyak cenuai dia nya tidak untuk meruntuh kan rumah tangga orang.Minyak cenuai yang saya ramu itu akan pecah atau hilang dengan sendiri jika kita membuat niat salah !!itu memang pasti.Ada 3 kes terjadi begitu!!!Baik lah saya buat minyak cenuai yang saya ramu sendiri dan cenuai nya saya ambil sendiri dan sebelum itu saya buat solat hajat.!!!!Kalau tak bolih begitu saya nak tanya anda AYAT APA KAH SAYA NAK MASUK KAN !!!ATAU NAK PANGGIL RAJA JIN ATAU PUTERI JIN ATAU APA????Untuk yang pakai MINYAK CENUAI SAYA, tak pernah lagi, menimbulkan masaalah, tapi banyak yang menyelesaikan masaalah !!contoh nya orang yang kena MINYAK GUNA GUNA SEPERTI PUAN,minyak cenuai lah jalan penyelesaian nya.Minyak cenuai saya pernah di buat TAWAF diKAABAH ,olih kakak sepupu saya, dan kalau minyak itu ada syaitan saya pasti ianya meletup.ANDA KENA MINYAK GUNA GUNA, jadi JANGAN lah mengata kan minyak yang kami ramu,ramuan minyak itu kami tidak RAHSIA kan, Karimon, Tok Wali Kudus tau apa campuran nya, cuma AYAT NYA kami rahsiakan, tapi saya jamin ayat nya ayat al quran.Baru petang tadi ada yang nak ,..yang kelas 1,untuk berniaga kata nya!!!Saya tidak akan jual minyak itu senang senang je!!!, itu sebab nya sesiapa yang berhajat, orang itu kena datang kerumah saya dan jumpa saya.Kalau betul anda terkena minyak cenuai, bolih jumpa saya , INSYALLAH bolih saya ubatkan, bukan sahaja minyak cenuai, kalau anda kena minyak dagu atau minyak sakang, bolih datang rumah saya !!!!!HAND PHONE saya ,buka 24 jam service.
Benar apa kata Tok Sheikh tu,seperti saya katakan asalkan minyak pengasih orang akan sebut atau katakan cenuai walhal erti kata sebenar pengunaan cenuai tak banyak yang tahu.Seperti juga dengan besi,asalkan besi tu berwarna kuning dikatakan besi kuning,asalkan ianya dalam kepompong maka itulah juga besi kuning.Pastikan dulu apakah jenis minyak itu sebelum membuat telahan.awalnya dulu saya pun begitu asalkan nampak dalam botol tu macam ada rambut atau urat2 halus terus saya anggap ianya minyak cenuai sebab cenuai ni memang popular sangat sebagai minyak pengasih tetapi ramai yang tidak tahu minyak pengasih jenis apa sebenarnya.Tok Sheikh dalam ruangan ini sedikit sebanyak ada menceritakan hal cenuai ini untuk kefahaman kita semua.
Assalamualaiku tuan karimon yang dihormati, para sahabat2 sekalian dengan iringan doa moga kalian sihat, ceria, bahgia, dan senantiasa dirahmatiNya..
Terima kasih untuk info tersebut tuan karimon..mohon mencatitnya.. 😉
asalamualaikum tok sheikh,boleh saya bertanya mengenai nasi kangkang? di sini saya ingin bercerita mengenai seseorang yang mempunyai pertalian dengan saya.saya mempunyai saudara yang dikatakan sudah terkena buatan nasi kangkang.pada mulanya saudara saya ini ada berkenalan dengan seorang gadis yang berasal dari kelantan,beliau mengenali gadis ini dalam masa yang singkat.beliau telah membuat keputusan untuk bernikah dengan gadis ini selepas berkenalan dalam masa yang singkat.dia telah memaklumkan kehendaknya kepada kedua ibu bapanya yang kini berada nun jauh di benua borneo.ibu bapanya telah datang kemari kerana ingin menunaikan hajat si anak selepas memberitahu kehendak beliau untuk berkahwin.perangai saudara saya telah banyak berubah selepas berkenalan dengan si gadis,perkara yang wajib seperti sembahyang telah ditinggalkan.boleh dikatakan saudara saya ini sedang bergerak naik dengan perniagaan yang beliau ceburi.selepas kedua ibu bapanya pergi untuk merisik di kelantan,ibu bapanya merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan keluarga si gadis ini.sebelum itu saudara saya telah memberitahu kedua ibu bapanya yang beliau telah bernikah.lalu kedua ibu bapanya musykil dan telah pergi ke jabatan agama islam di daerah si gadis itu tinggal untuk bertanya mengenai status anak beliau.setelah diselidiki nama anak beliau tiada di dalam rekod,jadi di sini telah menimbulkan tanda tanya kepada ibu bapanya adakah benar si anak telah bernikah atau si anak telah berbohong pada kedua ibu bapanya.setelah diselidiki latar belakang si gadis seorang hamba allah dari jabatan agama islam telah menceritkan prihal keluarga si gadis kepada ibu bapa saudara saya semasa ibu bapanya telah pergi untuk bertanyakan mengenai status anak beliau.keluarga si gadis bukan dari keturunan yang baik2.saudara saya juga dikatakan pernah pergi untuk menjamu selera di rumah si gadis,bapa si teruna ada pergi berjumpa dengan orang2 yang berilmu bertanyakan perihal anak beliau,dan si bapa diberitahu anak beliau telah terkena nasi kangkang.apa pandangan tok sheikh mengenai nasi kangkang ini?
boleh bg contact number? saya nk dtg rumah…
Salam Sejahtera Para Sahabat yang dirahmati Allah..
Apa ke Bengong dok kata Cenuai..Maksud Cenuai ni Kasih Dituai..Bahasa Lama dipakai Guna oleh Kaum Asli Kita..Kalau yang meruntuhkan Masjid Tu..Kalau Pun yang mengata Pemakaiannya Dari Minyak Jenis Cenuai..SUDAH PASTI PEMAKAINYA BERNIAT Bukan untuk Menuai Kasih..Tetapi Menuai NAFSU SYAHWAT Semata..So boleh Dikira SALAH GUNA..So TANGGUNG SENDIRI LA..Orang yang menggunakan Minyak Cenuai ni untuk Pelaris Diri,Pemanis Hati dan Pengasih Rohani..Yang Pegi Buat Maksiat Diri Tu buat apa..so Tanggung Sendiri..Yang membuat Minyak Cenuai ni pun dah Berjanji dengan ALLAH, Hanya Pemakai yang berniatkan Demi keranaNya sahaja yang menjadi Kebaikan bagi dirinya Sendiri dan Tidak Kami Menanggungnya Bagi Yang Sebaliknya..So Pikir Sendirilah jika Berniat Menggunakan Minyak Cenuai ni untuk Tujuan apa??..
Jika Saudara Terkena akan Sedemikian Rupa..Bukan nak Kata Padan Muka..ALLAH Lebih MURKA Kepada Yang lempiaskan akan Hawa Nafsunya dengan Menggunakan Sifat KASIHNYA..Syahawat Untuk ISTERI TERCINTA..Guna Cenuai Membanting Kasihnya atas Asbab KeranaNya jua..Bukan Guna Cenuai Untuk Syahawat Atas Bukan Muhrimnya..Tau Ke Tak Tau Dosa..Cari Pahala Guna Cenuai adalah Untuk Berkasihan Sesama Manusia atas Dasar Jalan Yang Diredhainya…Buat Saudara yang Terkena..jangan Guna-Guna akan Cenuai Sakti Pak Tua..Guna-Guna akan Minyak Dagu Belaka..atau Sikongkang Namanya..Kalau Pakai Gerenti TErkangkang..jalan Pun Kengkang..Kalau dah Bercerai Berai..Masak Bengkang pun Terkangkang..Nasib baik Tak terkena Nasi Kangkang..Idak pun nasib tidur kat Tepi Longkang..so..Janganlah Mengata Orang yang Membuat Asbab Minyak Cenuai asas Pelaris/Pemanis dan Pengasih atas Dasar Kerana Allah..dimana sebahagian Ikhtiar jalanNya..itu Sebab..Pembuatnya akan memberi amaran KERAS jika menggunakan Minyak Jenis Cenuai ni agar Jangan menggunakannya atas jalan yang tidak diredhai kerana..bahananya Sipemakainya akan tanggung Sendiri..So Para Pembuatnya akan Lepas Diri dek Kerana Amaran telah Diberi..So Sesapa yang pakai menyalah Gunakannya..so Tanggung Sendirilah…
Wassalam..Maafkan saya jika Catatan Menghina Diri..Kerana..Ini adalah Amaran Bagi saya Juga..So saya Mewakili Para Pembuat Minyak Cenuai Sejati..Kerana Hasil Minyak Cenuai yang Diguna Pakai mengikut Landasannya..Menjadi…Mengikut Keredhaan Allah Yang menjadikan Bahan ini untuk Bidang Perubatan dan Juga Pengasihan..So MAAFKAN SAYA JIKA TERLEBIH KATA>>
Astaghfirullah’hal’Azim..
Waalaiku salam Isa !! kau ni buat aku saspen jer !!saudara kau itu tidak terkena nasi kangkang !!!dia terkena sihir pengasih, datang rumah saya berserta dengan si sakit, INSYAALLAH bolih kesembuhan , jangan susah hati…..tenang bib ,dunia belum kiamat…kah..kah..kah…..KALAU KENA NASI KANGKANG LAIN TANDA TANDA NYA !!!
insyaallah saya akan mengesyorkan perkhidmatan tok syeikh kepada bapanya,kerana sikapnya tiba2 berubah apabila dia berkenalan dengan si gadis.sehingga beliau sanggup mengatakan beliau lebih rela masuk neraka di sebabkan oleh si gadis.kerana ibu bapanya tidak merestui perhubungannya dengan si gadis.baru2 ini saya diberitahu bahawa perniagaan si teruna semakin merosot dan dipinggirkan oleh rakan2.beliau menyalahkan kedua ibu bapanya di atas perkara yang berlaku.
Memang Isa, jika sihir/syaitan ada dalam badan, pernigaan yang ada akan merosot, kerana dah anggau, pujukan jangan beritahu hal perempuan itu, kata kan hal perniagaan, sampai dirumah saya, saya taulah nak buat bagaimana !!!tapi call dulu untuk berpakat dengan saya.Biasa nya kalau kena sihir dia tak mahu berubat, itu sebab jangan cerita bab perempuan,cerita nak pulih kan pernigaan !!
Tok Sheikh, saya nk contact number…saya nk berjumpa dgn Tok Sheikh…boleh email sy ke @phantombee69@gmail.com
Asallamualaikum semua pembaca blog Karimon!!!!Saya nasihat kan kalau anda nak komen sesatu bahan mistik itu,kenalah baca atau tau apa anda nak komen, saya dan sahabat yang lain tidak marah kalau anda komen itu betul!!!!contoh nya Asmaul Husna, anda komen tak kena, sebab PENGUNAAN MINYAK CENUAI, jauh menyimpang dari yang anda perkatakan.Berbuih mulut TOK SERBAN HIJAU,WALI KUDUS,DUKUN ASMARA,KARIMON, NEO ISKANDAR dan banyak lagi sahabat yang lain menulis,sampaikan untuk buat sendiri minyak ini pun kalau anda baca tulisan mereka, saya pasti anda bolih buat sendiri…TOK SERBAN HIJAU pun dah merajuk ..kemana pergi nya orang tua ni..bersulok ke ??atau kemana tak siapa yang yang tau, kerana dah lama tak ke udara>>jangan marah TOK..cucu cucu pun hairan, kemana pergi nya TOK ???
Salam Tok Serban..Kami Rindu kat Tok…kalau tok tambah Kuota pun kami tak marah…sebab Tuan Karimon nak tambah lagi lapan…tak caya tanya neo..dia nak tambah lagi 18 orang..sebab dapat emas bertongkol…keh…keh..keh…Tak caya tanya Karimon..Fuiyoooooo….
Assalamualaikum kepada saudara karimon, tok sheikh, waliqudus dan semua penatap blog ini..
Saya ada memiliki 1 botol minyak cenuai, setiap laki bulan megambang penuh minyaknya akan penuh dgn sendiri walaupun telah disedut byk kali tetap penuh..sekarang ini ada 3 botol kecil yg telah saya asingkan..Baru2 ini ketika mengasap minyak tersebut iaiut ibu nya telah keluar serpihan bewarna hijau, try amek dan pegang benda itu, keras seperti serpihan kaca atau batu tetapi amat kecil, bila letak didalam minyak yg lain serpihan ini timbul..Pernah ke saudara2 sekelian yg memiliki minyak cenuai terjadi macam ni??
Boleh ke saudara karimon, tok sheikh atau waliqudus bagitau ape benda sebenarnya serpihan tu??
Soalan ini Tok Sheilh adalah orang yang tepat sekali saudara menanya.Cuma yang saya sendiri pernah tengok ialah dalam botol minyak buluh perindu yang menurut empunya barang didapati dari alam ghaib dimana daunnya ada tulisan wafak.Mungkin ada persamaan,bila ada masa akan saya cuba tanyakan empunya barang apakah 2 batu/manik yang berwarna hijau itu.
labuemas boleh tolong dapat kan untuk sy
Asalammualaikum Semua !!Saya menyambung kembali misteri rahsia alam yang dah lama kita tinggal kan.Mungkin dek kerana sibuk dalam hal yang lain, bab ini ditinggal kan untuk sementara waktu.Akar dan pokok cenuai memang khusus ALLAH jadi kan untuk pengasih.Selain pengaseh ianya berkhasiat juga sebagai PENDINDING PENGASEH.Selain itu saya tidak tahu khasiat nya mungkin mada anda yang tahu, bolih juga memberitahu.Untuk PENGETAHUAN ANDA CENUAI TIDAK PERLU DI ASAPKAN DENGAN KEMENYAN !!!HANYA PERLU DI EMBUN KAN DI MALAM BULAN PURNMA PENOH (15 BULAN ISLAM).Saya sendiri memang banyak memiliki akar cenuai ini.Saya ada 12 jenis cenuai dan hanya 3 saja, saya tidak ada iaitu..IBU CENUAI,CENUAI PANGIR DAN BUAH CENUAI GUNONG JERAI..Tetapi Insyaallah dalam sedikit masa lagi, saya akan dapat.Apabila cukup semua cenuai iaitu 15 jenis,minyak Cenuai di nama kan dengan nama MINYAK PENGASEH MAS NYAWA, sempena nama NENEK SAYA..RADEN PUTERI RATU MAS NYAWA.Yang mengkagum kan saya dalam bermain dengan cenuai ini ialah WANGI YANG BERLAINAN, Kalau anda menciun nya…cukup harum sekali…ALLAH HU AKBAR.Ini lah rahsia sebenar akar cenuai yang di cerita kan olih guru saya !!!Satu jenis akar dan tumbuhan YANG PALING AJAIB DAN ANUGERAH ALLAH UNTUK MANUSIA..TAPI HARUS DIINGAT …NIAT BAIK DAPAT LAH BAIK, NIAT JAHAT DAPAT JAHAT…WASALLAM.
Assalamualaikum tok syeikh..
Sy brasal dari sabah..sy ingin mohon tunjuk ajar dr tok.
Baru2 ni sy ada dapatkan Minyak Cenuai Ibu.. Walaubagaimana pun,mlihat kpd penjagaan atau pantang larangnya,tdapat kmusykilan yg tmbul dari pmikiran sy,antaranya spt brikut:
1) perlu diasapkn dengan kemenyan stiap malam jumaat,dn salah 1 bulan purnama pnuh dlm bulan islam.
2) ada mantera perlu dibaca bila nak pakai,dn semasa mgasap.
3) perlu disimpan dengan mnanamnya dlm tanah
4) klu x bawa,mesti gantung pula
5) xble bawak masuk kat dlm rumah
6) x ble lalu bawah jemuran/sidaian kain
7) x ble makan pisang emas
8) botol minyak tu dibalut penuh dgn benang hitam,dn sama sekali x bole buka benang tu.
Banyak lg pntang larangnya tok..sy sendiri keliru dn risau.klu xnak guna atau buang minyak ni lg,kena buang d muara antara sungai dn laut,yg berarus.siap kena cakap ‘kau ku pulangkan ke tempat asalmu’ ..
Nak tanya tok,klu la minyak ni ada unsur2 jin,bole ka minyak tu d ‘neutral’kn utk jd minyak yg benar2 bebas dn brunsur putih? Nak buang rasanya syg pla tok,mahar sy beli rm500 tu tok hehe..
Mohon klu tok x kberatan,nak minta emel tok,sy nak emelkan detail2 ttg minyak ni.spy tok bole baca dn nilai dn bantu sy..klu tok x kberatan,mohon no hp tok skali..
Harap tok dpt bantu dn merespon tulisan sy ni ya..trima kasih banyak tok.. Assalamualaikum wbt.. Mudah2an dirahmati Allah.
Rizal 0128665086
Akaun FB : SHMS NMR
Assalam mualaikum Sahabat sahabat Blog Karimon
Saya ingin bertanya pada Tok Syeikh yang saya hormati dan semua yang boleh memberi saya pelajaran dan pengetahuan mengenai dengan Minyak cenuai. Selain dari ianya di gunakan untok Pelaris, Pengaseh dan lain lain mengikut kehendak pemiliknya adakah ia nya boleh di gunakan untok berburu di hutan untok menjinakan binatang buruan atau pemikat binatang buruan saperti Kijang Kancil atau Rusa dan sebagainya dan juga untok kita memancing saperti pemikat ikan kerana jika ada kelapangan saya memang suka berburu dan memancing kerana saya suka makan binatang buruan dan ikan ikan yang segar.Wasalam.
Asalammualaikum Semua !!!Dalam satu ulasan saya dalam bab Buloh Perindu, buloh ini juga di panggil Pokok Cenuai Malam olih guru saya…Saya pun tak bertanya kepada beliau kerana tak teringat nak bertanya.Tapi nama yang biasa saya dengar dan di gunakan ialah Pokok Buloh Perindu.Khasiat buloh perindu ialah PENGASIH DAN PENDINDING PENGASIH.Pokok Buloh ini memang tumboh pada ketinggian 4000 kaki keatas.Tapi saya sunggoh bersyukur kepada ALLAH kerana buloh ini tumboh subur di kawasan rumah saya.UNTUK PENGETAHUAN TOK WALI, hari hari Mak Syeikh MEMBELEK NYA !!Untuk mengenal buloh perindu, ianya tidak ada rebung,daun nya biasa ganjil..3,5,7,9 dan 11. dan ruas nya kecil.Segala binatang sangat suka pada nya bertambah lagi burung..entah burung apa apa ntah ,yang saya tak kenal pun akan datang..macam taman burung lak rumah aku.!!rumpun nya memang ada semut bisa, yang hairan nya semut tu tak gigit kita kalau kita beri salam!!!tok wali dah kena gigit, agak nya lupa beri salam,apalagi sang semut gigit laaa..padan muka !!!LAIN KALI BERILAH SALAM KAT SEMUT TU !!!Lagi satu mistik nya buloh ini, rumah kita ada saja tetamu,hari hari ada yang berkunjung !!!Mengikut kata guru saya!! Di Semenanjung hanya ada 4 gunong yang ada ditumbuhi buloh perindu !..entah lah…mungkin tok wali atau wak karimon dah jumpa lain specis saya tak tau lah, dia orang ni pandai juga main sorok sorok,lebih lebih lagi wak kerimon dengar kabau dahh tambahhh lagiii koutaaaa…ALHAMDULLILAH..kah..kah..kah..wasallam.
Salam Sejahtera Para sahabat Semua..
Daun yang terdapat pada Pokok Buluh Perindu dikategorikan yang baik adalah seperti yang disebut oleh T.S kita. jikalau kita membeleknya memangnya dalam rumpunan Pokok itu sendiri..memang terdapat 1/3/5/7/9/11/13 daun tetapi yang paling akrab sekali adalah 11 dan dalam rumpunan itu juga terdapat yang berdaun 3..itulah rajanya..ianya tumbuh melurus dan tanpa anak-anak buluh yang terdapat padanya..tetapi malangnya..Buluh yang dikatakan telah tiada pada T.S….ianya ada pada T.W…Alhamdulillah..dah buat Minyak pun..
Akan tetapi untuk mengadunkannya, Mengikut Guru saya yang masih Hidup, masih Sehat dan yang paling Hensem dalam kawanan Jin Buluh, Beliau berkata untuk membuat Minyak Buluh Perindu perlulah dari Bahagian Akar/Batang dan Daunnya..cuma jangan campur ngan tanahnya sudah la..Beliau yang kini menetap di Melaka menjalankan aktiviti para-Normal dan Menternak Semut Merah untuk dijadikan Sebagai Jaga atau Security Guard untuk Pokok Buluh Perindu Beliau..kekadang beliau juga memanjat Gunung Ledang untuk mencari Kayu api untuk makanan Semut apinya dimana sebelum ini Semutnya telah mengigit saya..tetapi yang peliknya hanya saudara Pengasas Karimon’s Blog yang terasa amat gatal sangat..Pelik juga tu??
Pada Pagi Hari Jumaat baru-baru ini, Pengasas Blog telah bertemu sua dengan saya serta membawa Senjata Tradisionalnya untuk ditatap bersama dimana saya diberi pengajian tentang Besi dan Juga cara bagaimana untuk mengelakkan Gatal jika digigit Semut yang dimilikioleh Guru saya yang kini menetap di Melaka..Kata Pengasas, untuk mengelakkan Gatal adalah dengan berjumpa Tok Imam Mesjid dengan Membawa Keris Ditangan serta bersuai kenal dahulu bagi pembelajaran bagaimana untuk menghilangkan gatalnya…Tetapi amat malang bagi Pengasas Blog..Ketika membawa keris tersebut untuk berjumpa ngan Tok Imam Mesjid tersebut..apa lagi…Tok Imam Mesjid telah lari Lintang Pukang apabila terlihat pengasas membawa Keris ditangan..Tok Imam tersebut telah Berjumpa dengan Guru Saya Dimelaka bagi mengubati Pengasas untuk Penyakit gatalnya..lalu..sekembalinya Tok Imam tersebut berjumpa dengan Pengasas Blog..kata Si Pengasas..apa hal Tok Imam Lari bila tengok saya..jawab Tok Imam..dah ko bawak Keris tu ingat nak Simbat aku???..jawab pengasas…laaaa…saya bawa Keris tu nak tunjuk kat Tok buat sample jika nak dijadikan Keris Bersanding nanti…sambil mengelengkan kepala…Tok Imam tersebut barulah tahu yang Guru Saya hanya mengunakan saya untuk menyampaikan rasa Gatal tersebut melalui semut Pokok Buluh Perindunya untuk Pengasas Blog..kata Guru saya pada Tok Imam tersebut..apa nak buat ..kan belum cukup Empat baginya..kat melaka dah ada dah nama Simpang Ampat…Cuma la ni Pengasas tak berapa setuju apabila terlampau gatal sangat sampai terasa macam nak tambah lagi empat….mmmmm…Alamatnya Tok Imam dan Guru Saya leh Tumpang Bersanding sekali la..Fuiyooo baru la ada kelas bro…wargh..wargh..wargh..
Maafkan saya kerana terlebih Buat Lawak Bodo akibat tertelan Buluh Perindu Tok Sheikh…Memang benar Semut tu Gigit saya bukan sebab tak bagi salam..cuma Semut tu tak dengar saya bagi salam jer..sebab telinga semut tu dah penuh dengan Air siraman Mak Sheikh..so semut tu tak Dengor la..walau bagaimanapun Buluh Perindu yang diberi oleh Tok Sheikh pada saya dan cara memilihnya adalah dari….rahsia..Tok Sheikh pun tak tahu…heheh.pasal Time tu Tok sheikh sibok mengubati Orang…Bukan Dua Batang Pokok yang aku sapu..tapi 7 batang Buluh Puteri dan Sebatang Buluh Raja..Tok Sheikh tak tau..keh..keh..keh..Alhamdulillah..untung buluh aku…kik..kik..kik..
Walaikumsalam Awang Budiman !!!Dalam bab berburu ni saya pun tak berpengalaman, pakai minyak cenuai.Tetapi kalau ikut asal nya khasiat minyak cenuai memang untuk berburu yang di guna kan olih orng asli.Itu kata TOK SERBAN HIJAU yang dah lama pergi BERTAPA.Minyak cenuai yang kami cipta ini belum lagi, saya cuba untuk berburu.Kalau nak tau mungkin TOK WALI bolih dapat tahu sebab dia ni bab UJIKAJI MEMANG HANDAL.Dalam minyak cenuai itu memang ada campuran Buloh Perindu,seperti yang saya cerita kan di atas rumah aku dah macam ZOO pula, memacam burung dan binatang yang melawat.Binatang yang berbisa tak der pula, mungkin saya ada KAYU CINTA MANI DARAT, kayu ini memang ular dan binatang bisa takut, SEMUT BISA, memang ada, itu penjaga pokok Buloh saya, supaya Pengasas jangan ambil !!!…UNTUK TUK WALI..alaaa tak aper ler, dah ambil, nak buat macam mana !!!kalau depan mata,mungkinnnn tak beri, dah ambil…no problem.Pokok Buloh tu tumbuh lagi subur, yang TOK WALI ambil tu PUTERI ANAK..DAN RAJA KECIL…Yang ada kat saya RAJA PUTERI DAN RAJA BESAR…jangan raja gopal dah lah….Sebenar nya kalau ikut kata guru saya dan pengalaman saya, asal kan Buloh Perindu asli, semua nya ADA CLASS,ADA KHASIAT.Malah serbuk nya pun ada khasiat..yang kita jer PANDAI PANDAI BERI CLASS…ALLAH dah beri pada kita patut nya bersyukor, ini tidak !! ada request lagi tu, NASIB BAIK ALLAH BAGI, KALAU TAK BAGI LANGSUNG ,PADAN MUKA !!!KAN KE ALLAH DAH KATA “KALAU KAMU BERSYUKOR, AKU TAMBAH NIKMAT “.Itu sebab nya jika kita bersyukur, lain masa dan waktu ALLAH beri lagi kat kita, tetapi kalau kita tidak pandai bersyukur,ALLAH tak akan beri lagi !!!malah yang ada pun kekadang HANYUT…ENTAH KEMANA ??JADI LAH INSAN YANG PANDAI BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG DI BERI, JANGAN KITA MENJADI MAHKLUK YANG KUFUR NIKMAT. WASALLAM
Ada orang diYAN ,KEDAH jual juga minyak cenuai 7puteri,dia kata ambil bertapa digunung ledang.Memang 7 puteri buatkan ,bukan bawak balik rukyahkan ,7puteri rukyahkan dia kata,mereka tahap wali perempuan .Tak Tahulah saya.Tapi saya nak tanya Pak punya bolehkah tak perlu sapu ke tubuh orang cukup kita sapu ke diri kita?Juga cenuai Pak ambil berapa lama ,adakah sepontan terus lihat muka kita dia jad pesona dan kasih atau kena 3 hari tunggu?Orang diYan ni juga buka pusat perubatan al-hikmah Karomah .Saya bukan nak banding atau menilai,harap pakbib faham tapi saya nak tahu cenuai pakbib yang jenis mana satu yag tak perlu sapu tubuh orang ,dan cepat bila orang pandang kita je jadi asyik pandang tak jemu macam lagu gazal tu he h eserta kita boleh niat dihati saja.yang mana cenuai pakbib?laju secepa kilat bagai istana balkis dialihkan…kalah jin.
Sambung lagi…Tok Wali,.. nasib baik tak di ambil nya RAJA DAN PEMAISURI, yang keliling tu anak anak nya ..puteri dan putera nya…di tengah itu lah RAJA DAN PEMAISURI….kah..kah..kah….Nak tahu RAJA nya,semut memang banyak dan sebelah kiri RAJA ialah PEMAISURI. Mak Syeikh cukup kenal sebab hehari belek !!!petua ni mak syeikh lah yang beritahu kat saya !!!tak per tok wali..puteri bila besar jadi lah ibu(pemaisuri)…pesan saya ,kalau belum ada pemaisuri…jangan faraid kan kat orang, biar jadi pemaisuri dulu..nak tahu pemaisuri, ianya tak banyak daun dan cabang dan berwarna hijau.Nak kenal raja nya..ianya besar dan berdaun dan cabang banyak, berwarna kekuningan.Kalau betul betul serasi..semua nya kuning…..Tapi kalau Tok Wali rasaa rasaaa tak serasi..laaa apaaa susah hantar kat melaka jerrr.kah..kah..kah.
Asalammualaikum Semua Sahabat !!!
Setelah saya membuat kajian dengan cara melihat pokok cenuai dan bertanya kepada yang faham tentang pokok PENGASEH AJAIB ini.Maka saya dapat banyak nama dan dapat ketogari kan Pokok Cenuai.Khasiat nya tak perlu saya tulis kerana memang dah di ketahui sejak berzaman dahulu.
KUMPULAN POKOK CENUAI
1. Raja Cenuai
2. Ibu Cenuai
3. Cenuai Gunong
4. Cenuai Batu Gunong
5. Cenuai Puteri
6. Cenuai Naga Sari
7. Cenuai Cempaka Biru atau Pokok Seribu Payah
Dalam kumpulan 6 jenis ini terbahagi kepada 4 jenis lagi iaitu BIRU,KUNING,PUTIH dan MERAH.Hanya jenis yang ke 7 iaitu Cenuai Cempaka Biru sahaja yang TUNGGAL.Ini bermakna ada 27 JENIS CENUAI yang saya ketahui.Cenuai hanya bolih di kenali dengan WARNA BUNGA NYA.Kebanyakan daun dan batang nya hampir serupa,kena ada penelitian,baru lah kita kenal.
Dalam kumpulan besar ini hanya Raja Cenuai Merah dan Ibu Cenuai Merah yang tumboh di Pulau Besar.Yang lain nya tumboh di Gunong Ledang.Di Pulau Besar memang ada cenuai yang tumbuh.Dan yang tumbuh di Gunong Jerai dari Spesis Raja Cenuai Merah.
Nenek saya pernah cerita kan bahawa pokok cenuai…ada penunggu dan yang paling besar beliau temui sebesar 3 pemelok.Spesis yang besar ini dalam kumpulan Raja Cenuai.Dalam pemerhatian saya memang Raja Cenuai ,kebanyakan nya berpokok besar…hanya kita saja yang tak kenal !!!.Yang lain dari specis Raja Cenuai,kebanyakan nya berpokok renek atau pun merayap/melekap diatas batu atau pokok.
Secara peribadi nya saya memang menyimpan banyak rahsia pokok ini kerana saya dari kecil lagi di perkenal kan dengan pokok ini.Dan memang orang asli jika mau bercerita pun mereka berhati hati kerana pada mereka Pokok Cenuai memang BERPENUNGGU.Bagi saya pula ITU ANUGERAH ALLAH SWT, yang di berikan pada saya.Saya di perturun kan ilmu membuat Minyak Cenuai olih Nenek saya.Pertama yang bolih untuk kita makan dan yang kedua tidak bolih kita makan.
Dan saya minta maaf !!! Ramuan itu hanya untuk PENGETAHUAN KETURUNAN KAMI SAJA….Kalau nak juga MEREKA MESTI KAWIN DENGAN KETURUNAN KAMI !!!!.Sebab itu lah kebanyakan dari kami KAWIN KERABAT.
Ayah Sheikh Fatin masih single kan dan saya masih ada quota
Nak kena KERAT,..27 kerat macam akar cenuai !!!
Cancel antar bini pergi meminang
Dalam pembuatan minyak Cenuai masih ada lagi yang saya kena rahsia kan.Kalau tak minyak aku tak laris lah….he..he..he…
tok syeikh tolong inform sy pasal minyak ni pada no01128861464
Asalam mulaikaum Semua !!!.
Dalam pembuatan Minyak Cenuai ada 2 cara :
1. Yang bolih di makan…bahan utama nya ialah Minyak kelapa hijau.
2. Yang tak bolih di makan…bahan utamanya ialah minyak wangi tanpa akohol.
Tiap jenis cenuai ada 7 jenis yang utama iaitu Raja Cenuai,Ibu Cenuai,Cenuai Gunong,Cenuai Batu Gunong,Cenuai Naga Sari,Cenuai Puteri Gunong dan Cenuai Seribu Payah akan di kering kan di campor dengan bahan utama seperti di atas.Setiap jenis cenuai mesti di RUKYAH kan dengan ayat yang berbeza !!!.contoh nya jika Raja Cenuai , tidak sama ayat yang di baca dengan cenuai gunong.Kekadang ada yang rukyah kan ayat main hentam keromo jer !!.Memang menjadi tapi lama kelamaan minyak cenuai itu kurang khasiat nya.Jika kita rukyah kan dengan ayat yang betul..minyak itu akan berkhasiat sahingga 7 tahun tanpa rukyah,selepas itu kena rukyah kan ayat semula.Ayat ayat ini memang di ambil dari AYAT AL QURAN,tapi kalau nak !!!kena lah datang menuntut dengan saya !!!.
Cara membuat nya sebenar nya memang ada cara dan petua,tidak lah bila dapat terus di campor dengan bahan nya dan terus di gunakan.Kalau kita nak gunakan dengan khasiat penoh 100%,mesti ikut teknik dan cara nya.Saya memang membuat ikut teknik dan cara yang sebenar nya seperti yang di turun kan dan di ajarkan olih guru guru saya.
Apa yang saya tulis dan perkatakan,memang lah tidak sepenoh nya kerana tanpa AYAT AL QURAN yang sesuai ianya kurang berkhasiat !!!.
Assalamualaikum TS banyak ciklii tanya hang tentang minyak cenuai ni dan nak adakan blog cenuai,bagus kalau gitu supaya senang orang merujuk kat blog tu,aku pun minat juga baca tulisan hang tentang minyak cenuai ni dan dapat kefahaman yang luas.Hang senang2 bagilah ciklii tu 2 botol sebagai sampel biar dia kenal minyak cenuai tu,pas tu pandai2 plak ciklii bagi aku 1 sampel.
Waalalaikumusalam
Tok syeikh, apakah setiap botol minyak cenai khusus untuk kegunaan hanya orang itu sahaja. kewangian minyak cenuai itu diperlukankah. minyak cenuai itu perlu dipalitkan kepada seseorang atau memadai di pakai pada tubuh badan kita sahaja. Adakah minyak cenuai untuk asyik sekampong. Senangnya Tok Syeikh ceritakanlah cara pengunaan minyak cenuai yang berkesan.
wasalam.
Jeng jeng jeng hang nak buat apa dengan minyak cenuai ni ciklii,hang nak kumpul minyak2 ke.aku janji 3 hari tak kacau hang dan 3 hari pun dah abis tempuh maka hang boleg declare aku jenis manusia tak mungkir janji.Tapi dasyatla hang 3 blog hang dapat siapkan aku angkat tabik kat hang dan karimon puji hang melambung.Manusia yang membelakangkan kamera pandang gunung tu hang ke?aku ada baca komen karimon tentang pentingnya kita tahu sejarah dan warisan kita juga hal2 ugama,tangkap lentuk abis.tapi betul ya ciklii tugas hang Ts,pendekar dan wak karimon memang aku puji,terutana hang yang ada daya usaha bikin blog asing untuk 3 topik tu aku puji.setia kawan hang pa semua aku puji juga.bila hang dapat minyak cenuai dari TS hang pandai2lah tolak kat aku sebotol ya ciklii.
Asalamualaikum
Paduka aku ada 5 weblog baru bukan tiga. Satu untuk Waliqudus, satu untuk Pendekar, Hang punya tulis cepat tajuk yang hang suka, untuk hantar intri keweblog tersebut hang cuma perlu paste di ruang komentarnya, aku akan sunting dengan gambar dan ayat yang lebih power. Weblog hang yang aku buat nanti di sebut “weblog jarak jauh”. Dua lagi weblog baru seperti pautan dibawah, jangan beritahu karimon !.
http://rahsiabatukayudanlogam.wordpress.com/
http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/
wasalam.
Asalamualaikum
Paduka Url N0 1 diatas silap, aku pebetuikan seperti dibawah ini;
http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/
Weblog ini untuk persediaan aku menjawab masalah kayu, batu dan logam di karimon’s blog, pasal sahabat aku nan seorang tu lama sangat cutinya.
Wasalam.
Asalamualaikum
Buluh Malam ramuan cenuai perindu di Gunung Ledang.
Wasalam.
Asalam mualaikum Paduka !!!Kalau hendak sebotol Minyak cenuai,hang kena datang kat rumah saya !!!.Saya tidak beri minyak cenuai saya melalui orang,kerana ada cara pakai atau satu lagi kut kut dalam badan ada JIN,ini paling penting,kerana jika ada jin dalam badan,dia akan melawan !!!jadi hang yang teruk !!!untuk lebih selamat dan senang,sesiapa nak pakai minyak cenuai,saya atau Raden Syarifah akan SCAN dulu….kalau ada sihir atau jin merasuk..terus kami buang..lepas tu mandi limau, bagi berseh diri dan barulah pakai minyak cenuai.Antara khasiat minyak cenuai saya.Pendinding dan Pengasih Sekampung….tu sebab Wali Kudus dan Karimon rapat kat aku tuuuu….No..orang tengah…nak datang sendiri…he..he…he…Orang lain pakai Pos,itu dia punya hal…minyak aku kena ambil sendiri !!!.
Untuk Paduka !!!.Minyak Cenuai saya buat sendiri dan saya rukyah kan dengan Ayat Al Quran.Dia nya memang halal,kerana saya mencampurkan dengan minyak Atar Kasturi.Tiada campuran benda benda najis.Jadi jika sesiapa nak pakai tu memang di JAMIN halal.
assalamualaikum TOk Syeikh.. Kat melaka Tok Syeikh dok kat mana? Macammana nak contact tok syeikh? Saya org melaka, tapi orang yg bermasalah ni tinggal di selangor-Ayah kpd kawan saya mungkin terkena minyak guna-guna. Dia sekarang hari2 dok berkepit dengan perempuan jahanam tu, siap bawak balik tidur di rumah dan tak pedulikan keluarganya. Isterinya ada sebuah business yg dijalankan dengan modal daripada suaminya tu, dan bila isterinya atau anak2nya memberitahu perbuatan atau kata2 lahanat daripada perempuan jahanam tu mesti mereka akan dimarahinya. Sampai sanggup nak buang family, belikan rumah tuk pompuan tu beserta perabut2 dan mengugut isteri dan anak2nya yg dia takkan bagi nafkah duit utk beli barang2 dll. Mereka ni dah berjumpa dengan ustaz di kelantan, ustaz tu cakap rumah diorg ada benda ditanam, dan ayahnya tu dah terkena minyak guna2. Masalahnya, berdasarkan sifat ayahnya tu, anak2 tahu memang sukar nak bawa ayahnya berubat, sebab ayahnya sangat percaya pompuan tu dan asyik berkepit dengan dia. Kesian saya tengok ibu kawan saya tu, terabai di dalam rumah sendiri. 😦
Pada pendapat Tok Syeikh, bolehkah diubati ayah kawan saya ni dari jauh tanpa bawak berjumpa bomoh? Dan macammanakah caranya??
asalamualaikum tok syeikh….terimakasih diatas info yang diberi dengan terperinci…juga tak lupa pada sahabat-sahabat yang lain yg sama-sama berkongsi maklumat mengenai minyak cenuai,diatas penerangan yg diberi saya amat berminat untuk memiliki minyak yang diolah oleh pak sheikh sendiri…mohon pak sheikh memberikan alamat dan no telefon untuk dihubungi…terimakasih.
Waalaikum musalam Anna dan obs !!!.Alamat saya No 127, Jalan SB 7, Taman Sri Bertam.Melaka…no hp 014 7201103/ 017 2095292. Untuk Anna, tiada penyakit ynag tiada ubat kecuali mati…suruh ibu kawan awak itu datang rumah saya !!! Kita ubat kan melalui ibu kawan awak,insyaalah bolih !!!.
pe la ko nie khairul….tlg la tunjuk hormat skit bile nk berbicara….maap mencela…..
Rupanya banyak orang yang bodoh apabila tiba bak kepercayaan ni.tapi lupakah kita mengkaji mengapa orang nak percaya,kalau mengarut mengapa orang percaya.Kalau seseorang itu percaya pada hantu/jin/syaitan adakah mereka termasuk dalam golongan orang yang kuno dan bodoh juga.Saya teringat satu kisah seorang yang tak percaya pada hantu2 ni.Jadi pada satu malam saya ajak dia ke satu perkuburan kristian,sebab dikawasan perkuburan itu terdapatnya seorang bangsa melayu yang murtad dan penduduk disitu sering mendengar suara mengerang didalam kuburnya.Maka saya ajak teman ini ke kuburan itu dan saya katakan padanya,kau tunggu disini sehingga aku datang jam 2 pagi pada waktu itu jam menunjukkan pukul 11.30 malam.Belum pun sempat saya nak menghidupkan(start)mtor saya berlari dia ke arah saya dan kata tak berani aku.Hai siang tadi kata tak prcaya pada hantu tapi percaya pada kuasa Allah swt kenapa takut.Inilah rupanya orang yang menipu diri sendiri.Jadi bagaimana kita nak meletakkan sesuatu kategori itu kuno atau mengarut hanya kerana kita saja yang tidak mempercayainya.Apakah kita sudah lupa sesuatu yang dijadikan oleh Allah swt mempunyai sesuatu hikmat atau khasiat dan hanya mereka yang dianugerahkan kelebihan mengetahui rahsianya.Jadi terpulanglah kepada setiap individu menggunakannya kearah kebaikan atau kejahatan.
Apa kah Rasulululah saw yang mengajar cara cara berubat Islam itu BODOH !!!.Ulama Ulama yang mengajar nya juga BODOH DAN MENGARUT !!!.Dan ALLAH SWT yang mengajar doa doa penghapus Syaitan juga bodoh seperti kamu,,DANZIG6962000…Anda tidak nampak dan belum kena lagi,anda jangan CAKAP TAKBUR…Kalau dah kena baru lah terkencing terberak…silap silap gigi pun terkancing,kalau tak di tolonh bolih pergi ke Batu 2.
Penyambung Perubatan Islam ini ialah Al Kindi,Ibnu Rush dan Ibnu Sina…anda kenal ker dengan mereka mereka ini ???.Saya terang kan sepintas lalu…Mereka ini ialah Sarjana/sainstis Islam dalam bidang Perubatan.Sampai sekarang di sanjung olih Para Doktor seluroh dunia…APA KAH INTIPATI UBATAN NYA….UBAT HERBA DAN DOA !!!.Tetapi orang Barat ambil Bahan Herba nya dan tidak mengambil Doa nya !!!.Jangan jadi BODOH,TOLOL DAN KOLOT seperti kamu DANZIG6962000…Nama kamu pun tiada unsur Islam,KAMU BERUGAMA APA ???.Kalau BERUGAMA ISLAM,Pergi Rujuk dengan Ustaz Ustaz anda…BOLIH KAH BERUBAT DENGAN AYAT AYAT AL QURAN !!!.
Aslam mualaikum Sahabat sahabat Semua !!!.
Entri Minyak Cenuai ini Karimon buka bukan lah untuk Tujuan Kita Kutuk Mengutuk !!!.Beliau berhubung dengan saya untuk menerang kan Cara Cara Membuat Minyak Cenuai ini.Pada mula nya saya tidak mahu !!tapi memandang kan ada Kebaikan nya maka saya terang kan serba sedikit UNTUK ANDA SEMUA.Sebenar nya saya bolih simpan RAMUAN DAN CARA BUAT NYA.Saya menulis dan mengenal kan Jenis Jenis Akar Cenuai untuk Pembaca Blog.Semua nya ini SEBENAR NYA RAHSIA PERUBATAN KETURUNAN KAMI.
Saya nasihat kan JIKA SESIAPA TAK PERCAYA DAN TAK MINAT JANGAN BACA DAN JANGAN KOMEN…..SEPERTI KATA KARIMON…MAIN JAUH JAUH….Orang lain nak kan Ilmu ini,yang tak nak tu…..tak payah lah baca !!!!.Kan senang….Hidup, ini jangan banyak menyusah kan orang,kerana bila mati kita sorang sorang !!!.
Asalam mualaikum Semua !!!.Menurut kajian seorang Pakar Tradisional berkenaan Jenis Akar Cenuai,beliau mengatakan ada 33 jenis akar cenuai.Setelah saya cari dan kumpulkan jenis jenis nya,memang betul ada 33 jenis.Jenis nya adalah sperti nama di bawah :
Kumpulan Besar:
1.Raja Cenuai.
2.Ibu Cenuai.
3.Cenuai Gunong
4.Cenuai Batu Gunong.
5.Cenuai Gunong Puteri.
6.Cenuai Nagasari atau Cenuai Cinta mani.
7.Cenuai Pulau Puteri.
8.Cenuai Damar wulan
9.Cenuai Seribu payah.
Dari nombor 1 hingga no 8 ada pecahan 4 jenis lagi berdasarkan warna buah,daun atau bunga.Pecahan ini di bahagi lagi kepada warna merah,putih,biru dan kuning.Hanya no 9 iaitu Cenuai Seribu Payah sahaja jenis tunggal/ satu jenis.Pokok ini memang sangat sukar untuk di dapat kan kerana dia nya tumboh dalam air yang sangat berseh dan jerneh.Dia nya juga di kenali dengan nama Cenuai Air.Cenuai ini adalah specis paling Terbaik dan sangat berkhasiat.Dia dapat mengubati berbagai penyakit.
Apa yang di kata kan olih Pakar Tradisional tadi adalah benar,kerana antara Tumbuhan Berkhasiat dan Mistik..Cenuai lah yang paling banyak saya buat Testimoni dan Alhamdulilah berjaya !!.Sebab itu ialah saya sangat menyukai Akar ini kerana Tumbuhan ini sangat Unit dan sangat besar khasiat nya dalam kehidupan kita.Selain khasiat Terbesar nya..Pengaseh,tumbuhan ini jika di makan akan awet muda !!!.Ada satu tumbuhan di pergunongan Tibet yang sangat berkhasiat iaitu Goji..dan mungkin kita di Malaysia ini ialah Cenuai !!!.Setiap tempat,memang Allah tumbohkan Pokok Unik…dan mungkin di tempat kita ialah Akar Cenuai !!!.Pada kajian saya,Akar Cenuai akan tumbuh di kawasan yang ada Manusia Berkhalwat !!!atau bersulok.Sebab itulah ianya banyak sekali tumboh di tempat Gua Gua atau Batu dimana tempat itu adalah bekas tempat, Wali Wali Allah berkhalwat !!!.
Saya belum pernah lagi pergi ke Gunong Jerai,tetapi pada firasat saya yang tiada ilmu ini,di sana memang ada tumbuh Akar Cenuai.Di sana pernah ada seorang Wali Besar iaitu Datuk ku Syeikh Abdul Qader Al Jilani berkhalwat.Datuk ku pernah datang ke Kedah atau nama lam nya Qadha,pada tahun sebelum kewafatan nya iaitu pada tahun 1160 m,beberapa kali.Dalam kitab Tarikh Patani karangan Syeikh Fakih Ali Malbari ada di tuliskan bahawa Syeikh Abdul Qader melawat beberapa kali negeri Kedah !!!.
haiz…saya ni tak berilmu tapi ada niat nak belajar boleh ajar ke?hehehe dah la saya ni tak hafal sangat ayat2 al-quran.maklumla aya pun mualaf je.tapi saya sangat berminat ilmu2 islam yg mengunakan ayat2 al-quran. kira nak call tok syeikh tapi tak ada HP no plk dia bagi.
salam warahmatullah
bahawa Allah
tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan
dengan ada gunanya yang sebenar
( surah Ar-Ruum – ayat 8 )
Selagi barang alamiah tidak mensyirikkan Allah melalui niat dan perbuatan maka diperbolehkan kegunaannya.
cara pertuturan saudara seperti telatah kaum jahiliah yang ingin melihat dahulu kebesaran Allah S.W.T melalui mukjizat Para Nabi
sedangkan keesaan Allah S.W.T telah terbukti melalui ciptaan-Nya,
kita wajib beriman kepada perkara ghaib,,salah satu kebesaran-Nya yg membuka minda adalah ciptaan-Nya yang agung lagi terbentang luas..adakah anda melihat menggunakan iman?
apakah cik khairul tidak berfikir bagaimana langit itu diatas dan tidak jatuh sedangkan tidak bertongkat,,renung lah ke langit dan berfikir dengan mendalam
memang benar pemikiran cik khairul amat sukar untuk menerima suatu yang diluar jangkaan pemikiran manusia biasa,namun setiap manusia diberikan akal oleh Allah S.W.T untuk berfikir dan menilai.mengapa tidak digunakan?
sebelum saudara bernilai dikehendaki menjaga adab dan pertuturan,buat kajian yang mendalam sebelum melemparkan kata-kata yang tidak bernas,,yang mampu menyakitkan hati pengunjung2 blog ini..
Di blog wak karimon bukanlah status manusia-manusia yang biasa,ada yang telah berdarjat kyai,pendekar,panglima mungkin juga para Wali,,mungkin juga lelehur2 Para Anbia,ahlul bait dan pelbagai lagi!
doa manusia yang dipandang Allah S.W.T dan doa manusia yang disakiti hatinya/teraniaya amatlah dimakbulkan
andai kata mereka menyumpah 7 keturunan anda tidak selamat,,maka terjadilah!
golongan anda ini terlalu ramai di dunia,sebelum melontar kata eloklah difikir dahulu kerana ilmu Allah luas dr 7 lautan,terimalah ilmu nya agar akal pemikiran kita tidak sempit dan terhijab,,barulah anda dapat menerima ilmu seterusnya tanpa sempadan dan had..kerana ilmu Allah tidak terbatas,,selagi kekal diatas
landasan syariat
p/s : nama khairul ini mcam selalu nampak?
AWAS MEREKA DILUAR SANA : jaga tingkah laku di blog wak karimon ! kerana kata badan binasa,lumpur yg dipalit akan berbekas juga
salam semua…
saya telah beristeri dua, tetapi malangnya isteri kedua saya sering bersangka buruk kepada saya, sering menimbulkan masalah dan tidak taat kepada suami, baru-baru ini kami ada selisih faham sebelum saya izinkan dia balik ke kampung, masalahnya kini dia tidak mahu kembali ke pangkuan saya dan berkeras utk duduk bersama keluarga mak ayahnya di kampung, saya tidak pasti jika ini angkara benda halus, atau semata-mata sebab kesalahan saya sendiri…
soalan saya, bolehkah jika saya gunakan minyak cenuai itu secara khusus utk mengembalikan kasih sayang isteri kepada saya… saya ingin dia kembali taat, jika ikutkan pada marah di hati, sudah lama saya ceraikan, tetapi hati sayang masih sayang, dan kasihan juga pada anak saya yg masih kecil kerana dia juga perlukan ayahnya…
boleh tuan berikan saya bantuan?
Tok syeikh, boleh tak saya tahu cara menentukan minyak cenuai yang asli atau tak, ada yg mencalitkan minyak cenuai pada hujung mancis, dan juga hujung kayu, apabila mancis diletakkan dalam air, dan kayu yg diletakkan minyak cenuai itu bila digerakkan, hasilnya mancis itu mengikuti setiap gerakan kayu itu.. betulkah cara itu untuk tentukan keaslian minyak cenuai.
terima kasih tok syeikh ..saya budak mahu belajar untuk pengetahuan.. hehehe
Maaf lah…saya hanya buat minyak cenuai saya sahaja…..dan saya tahu kerana akar cenuai nya, saya anbil sendiri.Minyak nya saya olah sendiri…………..Minyak cenuai orang lain, saya tak tahu………..jika mereka menipu…….mana lah kita nak tau !!!!…..
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Cara nak uji Keaslian Cenuai ni ada berbagai:..inilah cara bagaimana nak mengujinya
1)…Tanyalah diri sendiri dahulu…apa itu cenuai?
2)…Tanyalah diri sendiri dahulu..kenapa nak pakai cenuai?
3)…apa pula powernya cenuai ni?..ada power ker?
4)..calit kat mana?..pakai macam mana?..Minyak apa?..buatnya camner??dan ada beribu pertanyaan akan diajukan..
Cara yang diberikan diatas adalah tanda tanya sahaja..Kebiasaannya, yang bertanya kerana ada Fadilat WAS-WAS pada yang BERTANYA…yang sebegini, ianya tiada kelayakkan untuk menggunakan Minyak Cenuai..Duduknya cenuai ni adalah Atas YAKIN..jika tiada keyakinan, maka, tiadalah penyataan fadilatnya. Tiada cara untuk menentukan atau cara pengesahan bagi pengujian cenuai apabila ianya telah diolahkan, melainkan jika seseorang itu kenal sesangat dengan cenuai ni. Cabang Ilmu Pengasihan ni banyak..tidak hanya meletakkan cenuai sahaja…Percaya tak jikalau Serbuk teras gemunggal juga boleh dijadikan sebagai medium pengasihan…atas olahan yang tertentu…
Janganlah menghukum dengan nama penipuan atas nama Cenuai..cenuai ni satu nama..Jenisnya pula..beribu-ribu spesis..
Bukan semua orang tahu jenis-jenis cenuai…ada juga hanya ambil cerita sahaja..Pengujian dengan menggunakan Batang mancis dan air..ianya bukanlah cara pengujian minyak cenuai..ianya lebih merujuk kepada cara pengujian Mani Gajah…cara tu pun masih salah lagi..
Maksud yang salah tu pula adalah: Jika barangan yang dikatakan Mistik dan fadilat pegangannya atas PERCAYA..apa pula kena mengena dengan UJI-MENGUJI..jika nak menguji pula…siapa pula kita nak menguji Kuasa Maha Penciptanya…itulah sebabnya digelar MISTIK duduknya atas IMAN..salah satu jalan Ikhtiar..jika sesuatu yang duduknya atas Keimanan…jikalau masih Gusar..pakai ajer jenis Cenuai yang ada Cop Mohor “Bank Negara Malaysia” Wang kertas ini sah dipergunakan dengan nilai’..Kenapa tak nak gunakan Cenuai Jenis tu..tak payah main calit-calit, jampi-jampi dan pantang-larang..kita main tayang-tayang ajer kat depan muka…..cenuai jenis ni lagi best..tak payah nak jumpa Tok Sheikh atau Tok Kadi maupun Tok Sami…Tok Guru Nanak pun akan ambik hangpa yang pakai cenuai jenis tu untuk dijadikan laki atau bini….hehehehe.Fikir lah sendiri, perbezaan Yakin dengan Was-Was..
Terima kasih dengan jawapan waliqudus dan tok syeikh …..nanti saya gunakan ye cenuai yang ada cop mohor bank negara malaysia. hehehe.
Salam Siti kaedah ujian yang dilakukan itu bukan cara yang betul terhadap cenuai,cara itu sering diuji orang terhadap mani gajah dan ujian terhadap mani gajah itu pun ada cara lain untuk mengujinya.Kekuatan cenuai ialah diatas keyakinan dan kesabaran dan yang paling utama diatas keizinan Allah swt.
Salam semua,bab ini pula bukan pasal ujian terhadap cenuai tetapi pasal di canai.Saya dan Tuan Waliqudus malam semalam terpaksa menghadapi satu dugaan yang hebat didalam karier kami sebagai blogger yang melibatkan diri didalam perkara mistik..Kami telah dipijak,di ketuk dan dicanai oleh seorang blogger yang berasal dari Perak.matlamat kedatangan blogger itu adalah bertujuan untuk melepaskan geram terhadap kami berdua,hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa tersiksanya kami diperlakukan dilanyak oleh beliau.Sehinggakan senjata Tuan Waliqudus pun makan tuan.Tak sanggup saya nak bercerita lagi biarlah Tuan Waliqudus bercerita tentang hal itu,itu pun kalau beliau masih bernafas lagi.
Salam Sejahtera Para Sahabat yang dirahmati Allah..
Kaedah ujian yang Tuan Rahim perkatakan begitu hebat sekali sehinggakan kami berhadapan dengan dugaan yang paling tidak terduga oleh kami sepanjang penglibatan kami dalam perihal mistik..tetapi begitu malang sekali T.S tiada disisi bagi menghujah dan merealisasikan Ilmu Beliau dalam Bab melawan Jin dan yang seiringan dengannya. Jikalau T.S ada memungkinkan nasib kami bertambah malang dimana proses ujian untuk Ritual Penarikkan yang boleh memutuskan Urat. Bayangkanlah Blogger yang diperkatakan oleh Tuan Rahim begitu Mistik Sekali, dengan tubuh badannya yang sedemikian macam dah nak putus umur..tetapi…Allah, Begitu hebatnya ..kalau dah mistik namernya, bukanlah jasad yang bertuankan tenaga…ada Ilmunya,
Para sahabat sekalian,Tuan Rahim yang memiliki otot-otot sasa tidak dapat mengapa-apakan pada Blogger tersebut. Tuan Rahim kita telah dilipat macam Huruf alif sampai yaa..dan amat memilukan sekali..apabila saya menyeru nama T.S untuk pertolongan, terus dilipat badan Tuan Rahim menjadi Huruf 8..kasihan saya melihat Tuan Rahim sehinggakan saya mengalir air mata dan bahagian perut saya menjadi keras sehingga timbul pula urat-urat macam isi Durian Tembaga ,kasihan Tuan Rahim kita.
dan saya pula,Sewaktu dipijak oleh Blogger tersebut, lalu Tuan Rahim pula telah menyeru Nama T.S untuk bantuan tambahan , ahhh…begitu malangnya sekali, sakit bagaikan pisau belit membelah dada..seingat Tuan rahim, beliau menyeru Nama T.S memungkinkan Blogger tersebut agar berhenti dari memijak saya, oohhhh..Tulunnn…Beliau telah memijak dan memulas bahagian Jari kaki sehinggakan tubuh saya melengkung macam huruf Lam Jalallah…Allah..tetapi, walaubagaimana pun, setelah selesainya ujian tersebut, Saya berterima Kasih pada Blogger tersebut kerana ujian yang dijalankan telah membuka mata kami dalam Perihal MISTIKAL META-FIZIK.
Tatkala saya dan Tuan Rahim berbincang serta membayangkan Bagaimana jika T.S pula dijalankan ujian terhadapnya oleh Blogger tersebut..Kata saya dan Tuan Rahim..jika ujian tersebut dijalankan terhadap beliau, memungkinkan kami bersama-sama menangis sambil memegang perut dan terduduk..paling tidak pun mungkin bersama-sama bergolek gelantang akibat tidak dapat menahan perasaan apabila melihat Ujian terhadap T.S dijalankan oleh Blogger tersebut. Dan dari sudut kajian sains META-FIZIK pula ianya memungkinkan T.S kembali menjadi Muda Remaja, Wallahu…InsyaAllah, jika tiada aral melintang…memungkinkan saya dan Tuan Rahim merasai akan perasaan, apa yang dikatakan, Bergolek Gelantang melihat siapakah yang akan terlentang atas ujian yang dikatakan..META-FIZIK verses Mythtical Mystic…InsyaAllah Tuan Rahim..kita standby Kain tuala Good Morning bebanyak dengan 1st Aid tools…bukannya apa Tuan Rahim, Dikhuatiri, Air Mata Kita akan Bertukar Menjadi Darah la pula apabila melihat Ujian yang dijalankan jke atas T.S….Mungkin Dukun Asmara akan datang membantu jika menyeru Namanya pula…hehehe…”Nafas yang Kembalikan Nyawa”..Tak Gitu D.A….hehehe
guna jgn x guna… 😉
dunia ilmu kecantikan….
dunia ilmu kekuatan….
dunia ilmu kekayaan….
tiada kenal cukup atau puas…
jangan ada tang terluang…
pasti ada perlawanan untuk juara…
biasa lah jika berlaku uji menguji…
biasa lah jika berlaku test mengetest…
itulah proses perjalanan….
Salam karimon & waliqudus..
kenapa orang tu buat macam tu, dia nak berlawan kuasa ke???
Salam Siti,begitulH nampaknya,kalau dilihAT fizikal orangnya sesiapa pun takkan akan menduga beliau berjaya membuat kami menahan kesakitan.Saya tiada upaya membantu tuan waliqudus hanya mampu melihat saja.Kesian dia meraung2 kesakitan diinjak oleh orang itu.Tapi syukur alhamdulillah pagi ini tuan waliqudus masih berupaya untuk kol saya,ini menunjukkan beliau masih mampu menahan kesakitan itu.
Assalammualaikum puan siti yang dihormati serta para sahabat2 moga kalian dirahmati dan dikasihi Allah swt..
😉 sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh tuan waliqudus penuh MisTiK tersirat juga mengandungi nasihat.. 🙂 terima kasih tuan waliqudus…. 😀
Asalamualaikum
Mungkin orang itu sekadar untuk membantu memperbetulkan kedudukan untuk membina pendirian agar berada di jalan yang lurus. Tapi itu mungkin sekadar di pinggiran cuma. Jika ingin merasai sasarannya serulah nama Dukun Asmara, insyaalah malam ini beliau akan menjelma dan jika boleh seru Tok Syeikh berserta dan Cik Puan Siti kita jua untuk memeriahkan suasana tapi jangan hingga tersentuh jiwanya cukuplah sekadar merasa.
Wasalam
Wa’alaikum salam tuan pakcikli00 yang dihormati serta para sahabat2 moga kalian dirahmati dan dipermudahkan segala urusan kalian…
Hmmm…kalau gitu marilah kita bersama-sama menyerunya..manalah tau kot2 dapat rasa aura sikit pun jadilah..hehehehe 😉
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Sekadar Injakkan, masih dapat bertahan..Saya juga berasa kasihan terhadap Tuan Rahim Kita..jika nak dibandingkan antara Raungan Suara dengan Kepala yang hampir nak terperosok didalam Laci..manakah yang lebih kasihan…tetapi walaupun Kepala Tuan Rahim kita dah nak nyaris2 nak ke dalam Laci..pagi tadi sewaktu saya menghubungi Beliau, Alhamdulillah, Suara beliau semacam orang yang berumur 20an…agaknya..selepas diletakkan pendirian dijalan lurus..maka semangat baru mengantikan yang lama…Semangat malam tu kan lain…kan Tuan Rahim….
Walau bagaimana pun raungan dikijak tidak berasa apa-apa dek kerana berkat Ilmu yang dikongsi bersama, Alhamdulillah,Alhamdulillah, , Saya bershukur kerana Blogger tersebut telah membantu Anak saya yang terkena Angin Pasang…Alhamdulillah, telah beransur surut..saya hanya mengulangi tata-cara yang telah diperturunkan oleh Beliau secara Bertalaqi dengannya malam tadi, Alhamdulillah …Terima Kasih Sahabat..Pastikan datang Awal sedikit kalau seruan mendatang lagi..kerana Kedai Satay kat area Rumah saya cepat habis…Tuan Rahim..anda dijemput sekali lagi kerana Tuan masih belum Tamat Lagi Ilmu yang Tuan Pelajari..Malam ni mungkin Bahagian Ilmu Terbang Kelangit la pulak..hehehe…
Assalammualaikum tuan waliqudus yang dihormati serta para sahabat2 moga kalian dirahmati Allah swt..
Wahhhhh :O….ilmu cakerawala pembelah angin…fuhhhh..perghhhh..tujuh petala langit tujuh petala bumi tuh…..mungkin tuan karimon dah hampir menguasainya kot..heheheh 😉 kalau mcm tuh..banyak lagi yang nak saya kena blajo ngan tuan karimon..terima kasih tuan2 dan para sahabat semua..moga segala usaha mendapat barokah jua karomah dariNya… 😉
Salam sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Wahhh..sampai sini bau satay kat area rumah tuan waliqudus…hehehehehe…bunyi perut dah nih..sesungguhnya andai jurus pencakar langit jua pembelah lautan dikuasai..maka boleh lerr saya join tuan2 sekalian..hehehehehe..tuan karimon sudah mahir dengan pelbagai jurusnya yang tersendiri…
Asalamualaikum
Malam ini Insyaalah dari Subang saya akan terbang ke Medan berserta salinan kitab suci untuk diserahkan kepada Tok Wali.
Sebelum saya terbang kepada mereka yang maseh belum lagi mendapat minyak cenuai seperti yang di ingini, sebagai galang gantinya dibawah ini saya perturunkan doa pengaseh yang tidak ada tolak tandingnya.
Bermula dengan Astagfirullah sekurangnya tiga kali memohon ampun kepada Ilahi untuk membersehkan dan memantapkan rohani, kemudian perbaharuilah syuhadah untuk memantapkan pendirian. Selawat dan salam kepada Nabi saw untuk memperolehi syafaatnya yang merahmati sekalian alam. Kemudian bacalah doanya seperti berikut
Berahi nama berhan berhan nama berahi, Allah lagi kesihan Muhammad lagi kesihan ini kan pula umat Muhammad memandang aku lagi kesihan, berkat kata Lailahailallah Muhammadurasulullah. Kemudian hembuskan nafas kita kearahnya, jika tak ada orangnya memadailah menghembusi bumbung rumah atau kanturnya. Selamat mencuba.
Wasalam
Asslammualaikum tuan pakcikli00 serta para sahabat yang dikasihi moga kalian semua berada di dalam kandungan sihat, ceria, bahgia, serta dipermudahkan segala urusan tuan dan sentiasa dirahmatiNya..
Izinkan sya menyalinya wahai pakcikli00 moga Allah swt membalas segala jasa baik tuan..ilmu lipat bumi berpasak tuan mmg hebat..idok berani saya dekati..yang benar2 berilmu seperti tuan karimon dan tuan waliqudus jer yang berani mencubanya… 🙂 Alhamdulillah! Doa saya moga segala urusan tuan waliqudus dipermudahkanNya dan moga Angin Pasang anak tuan cepat pulih jua sembuh…aminnn..
sesungguhnya banyak lagi yang perlu saya pelajari dari tuan pakcikli00 nampaknya nih..hehehehe mohon tunjuk ajar dari tuan pakcikli00..terima kasih tok guru.. 😉
wassalam…
Waalaikumusalam
Tuan oSMo, jangan saya di panggil Tok Guru pula, memadailah dengan panggilan Dukun Asmara. Jika tuan inginkan doa ayat dan zikir sila layari weblog saya seperti di bawah ini.
Sila klik di sini; http://doaayatdanzikir.wordpress.com/
Wasalam
Assalamualikum..Terima kasih pakcikli atas ilmu ini,Mohon diijazahkan ilmu ni kpd saya..
Salam saudara pakcikli00 dan juga sahabat2 sekalian,
saya sebenarnya kurang faham jugak apa yg disampaikan oleh sahabat2 sekalian…
al maklumlah, ilmu saya ni kurang .. hehehe..
untuk pakcikli00, boleh tak saya tahu. tatacara amalan pengasihan ni, nak cakap kuat2 atau dalam hati je dah cukup.. lagi 1, tak perlu ke untuk saya untuk menyebut nama dia?
kalau hembus ke rumah dia, 1 rumah dia nanti kasih pada saya, hehehehe….
Asalamualaikum
Cik Puan Siti yang dikasehi (sekadar sebutan kerana suka ilmu pengaseh) terima kaseh. Sesungguhnya ada pepatah menyatakan ‘tak kenal maka tak cinta, tak faham maka tak geram’ bukan ke begitu ?.
Jika saya nak cerita tentang tatacara mengenai amalan ilmu pengaseh ni perlu diterang berkali dengan panjang dan lebar untuk mendapat keluasannya. Kerana bermula ilmu itu adap, maka semoleknyalah jika ilmu pengaseh itu dituntut datang ke rumah mengadap Dukun Asmara yang dikasehi jika inginkan adapnya.
Mengenai cakap kuat dan dalam hati itu, ini adalah mengenai soal zahir dan batin. dimulut itu zahirnya dan di hati itu batinnya, dilidah itu hujungnya dan dihati itu pangkalnya. Di lidah itu raganya dan di hati itu jiwanya. Maka supaya ayat ilmu pengaseh itu memiliki kebatinan, tentu hujung pangkalnya dan berjiwa raga lafaz doanya perlulah dibibir dan dihati kerana ianya melibatkan soal hati dan perasaan.
Jika tak tahu atau gementar menyebut namanya, pandanglah pada wajahnya. Ilmu pengaseh yang menawan itu bukan sekadar boleh menawan nan seorang malah sekampung, sebab itulah ada ilmu pengaseh yang disebut ‘asyek sekampong’ seperti yang sering diguna oleh Tuan Rahim kita. Jadi usah lah gundah gelana jika ilmu pengaseh itu baru sekadar asyek sebumbung atau sekatil. Bak kata pepatah jika ingin memetik bunga sekurangnya biarlah dengan tangkainya, jika tidak dengan pasunya atau dengan tamannya. Jika mandi biarlah basah, terutama mandi wajib. Tapi jangan sampai kena tangkap basah.
Ilmu Pengaseh ini banyak jenisnya seperti akar cenuai juga dan lebih efektif untuk maksud yang tertentu. Sebagai contoh ilmu pengaseh yang paling ampuh untuk ikatan zahir dan batin boleh dituntut dari seorang teman saya yang disebut man, beliau adalah Pawang Minyak Cenuai Kebangsaan yang terkenal di Nusantara. Semalam beliau telah menghadiahkan saya Minyak ibu cenuai yang bernilai ribuan ringgit. Baunya meresap penuh ke jiwa dan mengegarkan perasaan. Harumannya tertanya tanya yang boleh menawan separuh nyawa. Teman atu man tersebut adalah pakar dan usahawan tegar teras akar kayu. Oleh itu ilmu pengaseh zahir batin yan di milikinya adalah maharaja serapah teras kayu seperti berikut:
Akar jarak akar lakum
dua akar selengkar
bagai diarak bagai dirangkum
itulah ilmu segulung tikar
Maka jika sudah ada ayat arak (mabuk), rangkum dan bertikar bantal sudah tentulah ilmu pengaseh yang penuh ASYEK MASYUK, faham faham sajalah tapi jangan geram.
Wasalam.
Salam Sejahtera PAra Sahabat Yang Dirahmati Allah…
Cikli yang Dikasihi..(Macam Kaseh Cik Siti)..Dengar Sini…
Batang Buluh Ruas Bertemu.
Dua Kuntum Mekar Sepasu
Kaseh Sekampung Ilmu Perindu
Buluh Perindu Tok Sheikh Habis Aku Sapu..
Membeli Sagu Dipekan Rabu
Teras Kayu Dalam Bidang ku
Apakah Ilmu Segulung Tikar
Berilah Tahu agar Sahabat tiada yang Gusar.
WAssalamu..Ku sambut tetamu..
Assalamu..temankan aku
Bismilahiku..memberitahu
Rabbi-Qalbiku..kembalinya rahmatMu
Tah la aku tak tahu…..
Assalammualaikum tuan pakcikli00 yang dihormati serta para sahabat sekalian moga senantiasa dirahmatiNya…
Terima kasih tuan pakcikli00..info tuan amat bermanfaat..ambo mohon izin untuk mencatatnya..terima kasih tuan pakcikli00…yup! Sya amat menyokong apa yang telah disarankan oleh tuan pakcikli00..antara zahir serta batin…bab berpantun tuan pakcikli00 sya mmg jauh kalah dah jika dilipat disimpul sedemikian..hehehehe 😉
wassalam..
Assalamualaikum tuan waliqudus yang dihormati serta para sahabat sekalian moga senantiasa dirahmati Allah swt..
Wahhhhh…tahniah tuan waliqudus..makin halus, makin canteq, makin perrrrfecto…terbaaekkk…gelang teras kelor tuan juga tukul seni gemunggal tuan waliqudus mmg halus buatannya..hehehehehehe.. 😉
Waalaikumusalam
Tuan oSMo, bab mengayat ni kena tahu zahir dan batin jika nak power. Setelah berjaya mengayat dan bersetuju mendirikan rumahtangga perlu pula ilmu tenaga zahir dan batin, jika tak berapi pun sekurangnya berasap jika tidak tak terucap. Hilang kata merdu, lumpoh daya fikir dibuatnya. Apatah lagi jika beradu bukan bersatu.
Wasalam.
Menuntut Ilmu bukan bolih dalam Internet, kerana itu menyalahi Adap Belajar.Ada banyak kisah dan tauladan nya, jika TIDAK BERGURU, murid akan Sesat Jalan dan Isim….Bila dah Isim, si murid akan berjalan jalan merata rata, hinggakan menjadi separoh gila atau gila terus.Untuk mencari Ilmu , jangan sesekali mencari jalan pintas dan short cut……Pergi lah mengadap betul betul guru itu….Itu nasihat saya !!!!!!!………………
betul tu tok syeikh.ambo sokong dan ikut aje kata para otai.nk memandai tak berani.yg ada disini sekadar info dan ilmu pengetahuan.nk amal kena berguru.apapun ambo masih tunggu tuan osmo habis salinan buku pertamanya utk diphotostat.hehehe
Assalammualaikum tuan2 semua serta para sahabat yang dihormati dikasihi dengan iringan doa moga kalian semua sihat, ceria, bahgia, dan sentiasa dirahmati Allah swt..
aa ambo sokong saranan tok syeikh..berguru nih mesti berhadap dan ada bersama guru..melalui internet nih payah sket..susah nak masukkannya kedalam..hehehehehe.. 😉
Assalammualaiku tuan pakcikli00 yang dihormat jua disegani serta para sahabat2 dengan iringan doa moga kalian semua sihat, ceria, bahgia, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmatiNya…
Terima kasih tak terhingga buat pakcikli00..benar kata tuan, zahir dan batin perlu seiring jua bersatu, iringan niat dibenak hati yang tulus walau tidak terucap andai tidak berapi…menjadi asap pun tidak mengapa… 😉
Terima kasih pakcikli00, nasihat serta panduan pakcikli00 mohon izin utk sya mencatatnya…moga segala urusan tuan dipermudahkannya dan senantiasa dirahmatiNya dalam setiap usaha yang pakcikli00 laksanakan, ambo menyokong 315% 😉 hidup pakcikli00!!!…pakcikli00 yang dikasihi, andai sudah terbitnya buku tuan tu nanti jangan lupa maklumkan sya yer tuan..hehehehe 🙂
wassalam…
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Belajar, Menuntut, Berguru, Mendengar, Berkata-kata, Bertanya, Berjawab dan Berdiam..ayat-ayat yang disebut adalah titipan Pembelajaran yang dikatakan Belajar dengan Manusia. Tetapi Belajar dengan melalui Pengalaman diri sendiri amat kurang didengari dari dalam Blog Ini. Kebanyakkannya adalah melalui penceritaan belaka.
Adap Pembelajaran tidak semestinya secara BERHADAPAN dengan seseorang. Belajar secara Berhadapan adalah yang dikatakan BERTALAQI. Pembelajaran melalui Internet tiada salahnya..Cuma apakah ISI Kandungan dan Caranya sahaja. Apakah Belajar tanpa Guru seseorang itu DiHUKUM Sesat dan Isim??..
Rasullullah….Belajar…Siapakah Gurunya??..Para Sahabat Belajar..Sipakah Gurunya..Jangan disangka dizaman kini pembelajaran tanpa guru itu MUSTAHIL..Adakah kita Lupa Bahawasanya..ALLAH mengajarkan apa jua Ilmu itu ke dada Manusia?
Apa pula Jenis Ilmu yang dikatakan Sesat Dan Isim jika belajar tanpa Guru?..Belajar dari Internet pula adakah Robot Besi dan Cip-cip komputer yang mengajarnya?? Bukankah Internet itu buatan Manusia,dan yang menyalurkan Maklumat pembelajaran itu juga manusia..Adakah Pembelajaran Melalui Internet dalam Subjek Matermatik boleh dikatakan Sesat…apatah lagi Isim??
Ada yang boleh dipelajari dari Internet ni..Takkan nak belajar Ilmu Buat Bom dengan Guru Yang mengajarkan Ilmu Taharah…Tu baru Betul Isim..Takkan Nak Bertalaqi Dengan T.S dengan Ilmu Main Judi??Atau Pun Bertalaqi dengan Dukun Asmara dengan Ilmu buat Pintu Besi atau pun ilmu buat Kandang Kambing??..
Yang paling Utama adalah Kepada yang ingin Belajar, Kesungguhan, Berusaha serta Pemikiran yang terang logik….Tak Semestinya Bertalaqi itu AMAT PERLU jika maklumat yang diterangkan didalam Internet itu Mengikut Lunas-Lunas yang terang dan Nyata, malah ianya lebih Afdal lagi jika maklumat tersebut sejajar dengan apa yang telah tercatit dari Dalam Al-Quran dan Sunnah….wallahu..
yang ni pun ambo setuju!!.akar kayu ada ke tuan waliqudus?kalau ada ambo nk dtg minum ni.hehe
mungkin juga apa yg dikatakan ts tu bab belajar tanpu guru lbh kpd ilmu kebatinan agaknya.ilmu yg memerlukan pengawasan dan pantauan drpd guru.
Assalamuailaikum tuan waliqudus yang dihormati, para sahabat2 dengan iringan doa moga kalian semua sihat, ceria, bahgia, dan sentiada mendapat rahmat dariNya….
sarananan tuan waliqudus pun sya sokong jugak…dalam proses pembelajaran pada masa kini mmg dah lain dari yang lain…kan kan kan tuan saiful..hehehehehe…
apa2 pun dengan kesempatan ini juga, sya ingin mengucapkan ribuan, jutaan…hmmm ada lagi tak istilah nih..hmmmm kridilionan pada tuan karimon yang tak terhingga banyaknya..terima kasih tuan…pengalaman jua pengajaran tuan akan saya kenang selagi hayat dikandung badan…moga segala jasa baik tuan dibalas dengan seribu..jutaan kebaikan dari Allah swt..
dengan kesempatan ini juga, andai wujud salah kata, salah laku sya yang tidak disengajakan..harap tuan karimon dapat maafkan..sesungguhnya segala kebaikan itu datang dari Allah swt, dan keburukan jua kekurangan datangnya pula dari saya yang kekurangan ini…terima kasih tuan karimon! 😉
terima kasih tok guruku!! 🙂
wasalam…
Assalamualaikum…
Bergitu lama saya tidak mengikuti blog Tuan Karimon ini… semakin maju dan berbagai info yang ada… Ayang Cik lioo dah pergi Medan… uuu bestnya… Harap Ayang selamat pergi dan pulang. Jangan lupa buah pusing kedai yea ayang… Pe laa yang berlaku pada Tuan Karimon yea sampai nak terpesorok dalam laci tu… Kasian… Cam ne keadaan Tuan Karimon sekarang…. 🙂
nanti ambo tolong kejutkan wak karimon dlm laci tu.tgh bertapa tu
Assalamualaikum sofajane yang dihormati, para sahabat2 dengan iringan doa moga kalian semua sihat, ceria, bahgia, dan senantiasa dirahmatiNya…
aa..ambo stuju bebeno tu sofajane..alhamdulillah! makin maju dan terus maju!…wah pakcikli00 dah ke medan? wahhh asyikkkkk…moga selamat pergi selamat pulang dan dipermudahkan segala urusan beliau..insyaAllah… 😉
huhuhu bab berlipat lipat nih jurus yang ambo sendiri belum master lagi..hehehehehe hanya tuan waliqudus dan tuan karimon jer yang telah melalui jurus-jurus tersebut..jerih jua kesian jugak mendengarnya…tapi, semangat tuan waliqudus memberi dorongan juga nasihat tatkala pada masa itu buat tuan karimon amat dihargai…namun, bila sampai masa untuk tuan waliqudus melaluinya..ternyata ujian jurus berkenaan mmg power…sabo yer tuan waliqudus dan tuan karimon…walau mcam manapun ianya telah selesai ditempuhi dan berakhir dengan lahirnya semagat baru dan tenaga yang lebih segar…wallahu… 😉 sayang sunguh saya tiada pada masa tu..silap2 saya pun masuk bawah laci jugak..or mungkin terpelanting ke luar rumah akibat jurus blogger yang sungguh luarbiasa tuh…hehehehehe 😉
wassalamm…
nantikan bulan jatuh ke riba
bulan jatuh dikala ambang
usah gusar abg rahim nan perkasa
jika berpantun layannnn je bang!!
hehe.
wassalam
Waalaikumusalam
Lama sudah tidak ke bendang
habis padi dililit kankung
lama sudah tidak ku pandang
hati beramuk denganlah jantung
Jika rajin pergi berhuma
jangan pula pergi menuba
bila Sofajane datang menjelma
terrasa bulan jatuh keriba
Wasalam
Rosak lagi blog aku ni dijadikan tempat berbalas pantun asmara pllak dah.
nantikan bulan jatuh ke riba
bulan jatuh dikala mengambang
usah gusar abg rahim nan perkasa
jika berpantun layannnn je bang!!
hehe.
wassalam
😀 sabo yer tuan karimon..hehehehehe.. 😉
Jangan ke laut tanpa perahu,
Taufan halilintar akan berlalu,
Jangan ditanya rinduku padamu…
Rinduku gemuruh lautan biru.
Bukan hendan meraut selasih,
Cuma mencari harumnya melati,
Bukan hendak mengintai kasih,
Cuma mengutus rindu di hatiku… ;D
Yang saya maksud kan belajar Ugama dan Ilmu Kebatinan Islam.Jika belajar nak buat bom, kat budak umor 14 tahun, di tepi lapangan sasar Asahan pun berlambak.Kerana mereka hari hari kutip besi tembaga dari bom mortar dan bom meriam….Mereka lagi canggih dan pakar dari pembuat bom.
Belajar Ilmu Islam dan Ilmu Kebatinan Islam, nak beguru dengan betul….kalau tak nak dengar nasihat saya… …tak bermasaalah …………Yang SESAT atau ISIM…Bukan saya…..ANDA !!!!…..Saya tak mengajar pun tak rugi apa apa !!!!!…………………..
Salam Sejahtera Para Sahabat yang dirahmati Allah..
Belajar Bab Ilmu Agama Bagus…Bertalaqi…bagussss…Mengikut Turunan Sanadnya…bagusssssssss…Hukum Sesat bagi seseorang itu jika tanpa diusul siasat..maka yang menghukum itu adalah lebih sesat dari yang mencari Ilmu..Sesat dalam mencari Allah kerana tiada Kefahaman dan IlmuNya. Ilmu Bertalaqi melalui Blog atau Forum adalah Ilmu pengenalan asas dalam ilmu tersebut. dan bertalaqi dengan Guru yang Mursyid adalah Wajib Baginya, malahan berbaiah membuat Pengakuan bagi yang menuntut Ilmu…
Jika cara pembelajaran yang dimaksudkan iaitu Perkongsian Pengetahuan melalui Forum atau Blog tiada salahnya asalkan pengetahuan yang dikongsi mengikut landasan yang betul serta umum..yang tu bagi Ilmu Agama…Ilmu kebatinan pula..wajib bertalaqi kerana..mulut boleh menipu sedangkan hati tidak menipu..hati akan berhubung dengan hati. akal pula sentiasa akan mencari jalan bagi isbat atau nafi….T.S, jika penekanan pembelajaran secara yang betul nak ditekankan kepada masyarakat umum, apakah Ilmu yang perlu dipertekankan bagi generasi muda masa kini bagi menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu Ilmu itu…Ilmu ni ada banyak..Jika Nak cerita Bab Agama ISLAM dan Ilmu Kebatinan sahaja hanya untuk mendabik dada atau apa jua..baik tak payah..Kita simpan ajer ilmu tu kat dalam peti Ais..pernahkah sesiapa menekankan Apakah dan BAGAIMANAKAH Ilmu bagi “MEMUPUK CINTA, KASIH, RINDU PADA ALLAH DAN RASULNYA???..nak cerita bab agama…Agama Apa?..ISLAM??? apa itu “ISLAM” pun amat jarang sekali dipertekankan?..nak belajar bab Ilmu Batin…Batin yang mana???apa itu Batin pun tiada Pengantarnya. Saya Memohon kemaafan kepada Semua jika ada salah Silap saya dalam penekanan tersebut…Jika banyak sangat songeh tentang apa yang diperjuangkan..ianya amat memalukan kerana, Blog ini bukan hanya bangsa Yang Beragama ISLAM sahaja yang membacanya,begitu ramai dan berjenis-jenis bangsa yang membacanya maka, jika penekanan Ilmu yang dilakarkan penuh dengan kepayahan…dimanakah yang dikatakan “ISLAM itu MUDAH dan Dipermudahkan”..jadi..manakah Akhlak yang diperkatakan??..Tunjukkanlah Akhlak yang dapat menarik Minat tidak dikira dari apa jua jenis bangsa dan Agamanya..Islam itu untuk Semua..Dimanakah Penekanan Ilmu tersebut?…Tiada Paparan yang dipertekankan ILMU yang paling ASAS, iaitu bagaimanakah untuk menerapkan RASA Cinta kasih serta kerinduan yang teramat sangat pada Nabi Junjungan Kita..dan Kerinduan yang teramat lah sesangat Pada ALLAH..Tidakkah kita fikirkan..ada “4 Sifat pembawaan” yang dibawa oleh junjungan kita iaitu. Amanah, Fatanah,Tabligh dan Siddiq..tidakkah kita mengetahui yang Nabi itu adalah Ummi..tetapi kenapa Baginda “Bijaksana”….wallahu
Assalamualaikum tok syeikh yang dihormati, para sahabat2 dengan iringan doa moga kalian semua ceria, bahgia, aman, dan senantiasa dirahmatiNya…
Terima kasih untukk pantun pakcikli00 🙂 mmg benar kata tok syeikh..takut jugak kalau part isim nih…bahayo yer tuan.. 😀
Asalamualaikum
Belajar ugama Islam itu tidak lebih dari syariat, hakikat, tauhid dan makrifat. Batin ugama Islam itu adalah mengenai hakikat. Hakikat sesuatu itu adalah Allah, maka hakikat ilmu itu adalah Allah, tiada tuhan melainkan Allah. Pokoknya adakah ilmu selain Allah ?, jika ada itu yang benar benar gila dan menyesatkan Pak !!!!!. Setiap makhluk yang dicipta Allah boleh dijadikan guru untuk mengenali dirinya. kerana setiap[ makhluk yang dicipta Allah swt adalah untuk menyatakan diriNya dan tidak lebih dari itu. Belajar dari orang yang tiada ilmu mau belajar apanya Pak? maka jika dituruti bukan sekadar sesat malahan syirik, ia itu dosa yang tidak diampunkan Allah swt. Maka pilihlah samada mau sesat atau syirik atau kedua duanya sekali.
Wasalam
Assalamualaikum…
Wahh ayang dah balik ke dari medan. Ada x buah pusing kedai… Terima kasih Tuan Saiful tolong kejutkan Tuan karimon dari dalam laci tu… Bimbang gak bertapa lama2 dalam tu… Tapi yang pastinya bertambah kuat laa ilmu Tuan Karimon ni yea…:)
Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi
Anak ruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Menjadi hutang beribu tahun.
Wasalam…
Assalamualaikum wbt.aku pun baru dapat tahu Wak kita ke gunung ledang dengan TS dan berjaya membawa pulang cenuai air walaupun sedikit.Wak pernah beritahu aku yang cenuai air juga ada digelar orang cenuai pemanggil,cenuai rambut air.Apa yang aku dengar selain dari tujuan pengasihan boleh juga dibuat ubat.Macam tajuk blog tok waliqudus rahsia alam,memang banyak rahsia yang kita semua pun tak tau.untuk mendapatkan sesuatu rahsia itu perlulah menuntut ilmunya.kalau dah bersepah kat internet ilmu2 itu dinamakan pengetahuan ilmu bukan rahsia ilmu.rahsia ilmu inilah yang disimpan oleh orang2 dahulu dan hanya diperturunkan hanya kepada yang berhak memilikinya.Jangan hang pa ingat apa yang hang pa ceduk kat internet itu ada rahsia atau intipati ilmu.apa2 yang TS,ciklii dan waliqudus nyatakan bab menuntut ilmu ini memang betul,carilah guru supaya guru dapat membimbing kita dan memantau kita.
hang pa untung ada blog seperti ini yang sedikit sebanyak ada menerangkan pengetahuan tentang cenuai,ada gambar cenuai dan ada penerangan yang betul tentang cenuai.kalau nak dikirakan semua yang dipaparkan juga adalah rahsia tapi orang seperti TS dan wak bukan jenis kedekut untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang cenuai ini.
Apa yang di katakan olih Paduka…memang BENAR….Di sebab kan Wak Karimon dan Wali Kudus, saya banyak menulis di blog ini.Kedua mereka ini menangis bergolek golek nak minta akar cenuai, yang kata nya ‘power’……saya pula kasian melihat mereka…..jadi saya ajarkan cara cara mengolah minyak cenuai kat mereka berdua !!!!.
Saya pula ‘BUTA’ darihal kayu dan batu……Saya pula belajar darihal kayu,batu dan besi dari mereka berdua……….jadi kami bated trade………tukar ilmu dan pengalaman……TAPI Saya tak suroh pun Wak Karimon………..beristeri 4 orang……..Dia yang nak tambah……..jadi TEPOK DADA TANYA SELERA !!!!……hahahahahaha…………..
Wali Kudus pula , saya tahu lah….samada nak tambah isteri atau tidak………..tapi tambah kereta, ada lah saya dengar !!!!……kot kot tambah isteri lagi,,,wallah hu !!!!.
Pendekar Sufi pula, kata nya…Si Gee nya…………..maseh , OK….dan Trangtangtang lagi……….hua hua hua hua..hahahaha………
Salam Sejahtera ABANG Sheikh..yang dirahmati Allah..
Nak Panggil Tok Sheikh..kot dah ganyut bebenor..Kena panggil Abang Sheikh..saya sebenarnya tak tahu yang Tok Sheikh dah bertukau menjadi Abang Sheikh yang Hencem..Kesian Saiful, ..Saipoll..hang panggil dia apa pun..tak dapatnya ko cenuai yang dia simpan dalam kepitan rahsianya tuh..hang nak tau ker..jenis cenuai yang dia simpan..Wak tak tahu…yang tahu..aku, mak sheikh dan Allah ajer yang tahu…Rupanya ada semacam Cenuai air..tetapi cenuai air berumpun..yang jenis cenuai ni tidak berumpun..cuma bertaut diantaranya sahaja, Akar tumbuhnya pula jenis tunggal seakar..warnanya juga berbagai, asal warnanya Hitam macam cenuai air, separa matang warnanya keperangan kelabu asap..dan warna cukup matang adalah warna putih..tumbuhnya bergetak-getak ruasnya..pucuknya kalau dah panjang sangat bergulung dan bertaut sesama sendiri…memiliki bau yang wangi dan kekadang tu berbau hapak memasam sedikit…tak caya kalu hang tanya la kat ABANG SHEIKH HANG YANG HENCEM TUH…Cenuai tu yang paling mustajab…
Walau pun Cenuai T.S paling Mustajab..masih tidak dapat menandingi Cenuai Wak Karimon…(seperti yang kita Bincang Tadi dengan Ly)..Cenuai Wak lebih Kurang macam Mani Gajah Jugak..tetapi bayangkan lah kalau dah jadi batu atau Fosil..hang bayangkan lah kalau seketul dalam bentuk asal yang masih belum dicanai dibuat mata cincin kat Jari hang Saifol..aku rasa..bukan lagi kawin empat…empat kali empat juta bro..Aku tak sanggup nak pakai Fosil Cenuai Wak kat jari Aku..Jari hang memang sesuai saipol..zali kalu baca komen ni gerenti dia gelak sampai keluaq tali perut..hehehe
wahhhhh.itu ke cenuai jenis yg ke-34?itu cenuai agung.tapi tuan waliqudus.bukan itu yg ambo hajati.pasal kalau cenuai 34 tu,jika abg syeikh hensem kacak bergaya nk kasi free,mau 3 purnama jgk ambo pikir.kalau nak dipaksa,nanti dgn tilam2 masuk mahkamah bro.dah le nama aku pun saiful juga.ada baiknya cenuai agung itu disimpan abang syeikh hensem pasal dia paling hensem tiada bandingan dan tara lagi.psl tu ambo makin lama tgk dia makin muda.dr tok jadi pak.skrg jd abang.lg sebulan silap2 adik syeikh dah.
(hang le ni waliqudus.dah le ambo nk ziarah dia sabtu ni.silap2 takde dah ikan bakar dia offer.selipar bakar dia kasi ambo.huhu.)
cenuai wak ambo nak.tapi dalam bentuk wasiat lah nnti.itu berapa lama nk kena peram sampai jadi fosil,waliqudus?tapi hang kena tahan lah.pasal tukang canai nya nanti hang jgk.haha.ini cincin pakai kena pi iran lah ni.kawen mutaah.
(mampuih ambo jumpa wak nanti.silap2 atas dahi lekat lebam teras asam jawa dan nagasari.hang racun power ya waliqudus.sampai ambo pun kenakan boss sendiri.ya ampun wakkkk.jgn marah ambo.marah waliqudus.dia dah putar belitkan pemikiran ambo yg lemah lg hina ini.hukhukhuk )
Salam Saiful..
Aku dah kata..cenuai tu yang paling Mustajab…Yang Wak punya dah terbukti..Yang tu Pelaris..Tapi Bukan fadilat cenuai tu yang laris..Fadilatnya Wak sendiri..lagi pong..kan wak tu Boss hang saiful..hang tengok bila time dia senyum…gerenti dia dapat 2 kotak rokok suria dari ko..kan..kan..kan….Abang Sheikh pulak..Cenuai dia tak Hensem..tapi oleh sebab Mak Sheikh Lawa..tu yang dari Tok dah Bertukau kepada Abang Sheikh..hang tak caya kalu..hang tanya mak sheikh..dia panggil Tok Sheikh..Apa..Hang ngan Wak ja panggil dia Tok Sheikh..Aku sorang ajer yang panggil dia Bapak..sebab kekadang tu bila dia berpeluh ngubat orang..bau dia ada hapak-hapak sikit..tapi hang jangan bagi tau kat dia…kang dikapaknya aku pulak…Dia tu kan dari Indon…Mak Sheikh ajer yang aku panggil Puteri Raden Mas SePukal…tu Baru Sepukal..Kalau Sepikul EMas..mau Tok Sheikh Jual tiang besi pagar rumah dia untuk Beli Sepikul Emas untuk Permaisurinya..hehehehe…jangan Mare Pak Sheikh..kang Mak Sheikh suh Tidur kat Luar kang….
a ah lah tuan waliqudus.asal nk jumpa wak je stereng ambo terus ke kedai beli 2 kotak surya.takde satu kedai sampai 3 kedai ambo carikan jugak.nasib baik dia cenuai kan skt je.kalau tak 2 katon surya tiap kali jumpa.tapi tak le beli,kang sakit jantung wak.ambo sayang dia tu ( jek jgk!!)
bab tok syeikh dgn mak syeikh ambo taknak komen.psl ambo dh seminggu panggil dia abang syeikh.mak syeikh kang ambo jek kak syeikh plk.hehe.jgn risau abg syeikh!! abang syeikh tetap lagi hensem kacak abadi drpd waliqudus tu!! (ampun waliqudus.terpaksa beli jiwa.kang dipaksanya ambo sapu sampah keliling rumah dia sabtu ni)
Assalamualaikum,
Nak tanya pakar-pakar di sini tentang cenuai ni.
Saya pernah membeli minyak cenuai (dalam botol kecil ada akar2 yg berwarna hitam) ni dari seorang makcik. Katanya dibeli dari orang asli dr Pahang dan stok agak terhad. Makcik ni bomoh juga rasanya (maaf tak pasti sangat) sebab masa ke sana saya dibawa oleh sepupu utk tujuan mandi bunga je.
Masa beli tu dia suruh tulis nama2 sesiapa yg saya nak rasa kasih/kasihan pada saya (suami, anak2, majikan ke). Dia ambil kertas tu dan gulung kecil dan masukkan dalam botol tu. Pastu dia perasapkan botol tu dan katanya siap untuk digunakan. Cara guna sapu kat kening kiri dan kanan pastu baca …xxx…. Takde mengenakan sesiapa cuma utk diri sendiri.
Tapi ada baca di atas, minyak cenuai sebenarnya TIDAK PERLU DIPERASAPKAN. Tapi yg saya beli ni makcik tu kata kalau ada kelapangan datang hari Isnin untuk perasapkan minyak tu.
Saya pernah bawak sekali tetapi bila tengok minyak tu suku je baru abis (walaupun masa tu dah hampir setahun saya beli) dia dok bising jugaklah kat saya. Katanya minyak tu dah keruh warnanya sbb penjaga minyak tu marah kat saya tak gunakan minyak tu. Tapi lepas perasapkan sekali lagi, minyak tu jadi jernih semula. Makcik tu penuhkan lagi botol tu. Lepas tu ada la saya pakai 2/3 kali lagi (dalam masa 9 bulan ni).
Jadi saya nak sangat tanya kat yang pergalaman apa yg saya patut buat dgn minyak tu. Tak tau asli ke tak, dan bila dah diperasapkan tu takut pulak ada unsur2 syirik atau yg tak patut diamalkan oleh kita orang Islam.
Saya musykil sesangat ni. Mintak nasihat ya… Kalau baik saya akan terus guna, kalau tak saya nak tinggalkan. Terima kasih atas setiap nasihat yang bakal diterima.
Assalamualaikum Shahamid,setipa pembuatan cenuai ada kaedah tertentu dan ianya tidak semestinya sama diantara satu orang dengan orang yang lain.Apa yang makcik itu lakukan adalah menurut apa yang dia pelajari.Syirik atau tidak ianya terpulang pada niat saudara.
Terima kasih atas jawapan Saudara Karimon. Adakah jawapan Saudara tu bermaksud selagi mana saya tidak menggunakan minyak itu untuk tujuan yang berniat tidak baik, tak salah saya menggunakankannya? Saya selalu ingat semuanya atas keizinan Yang Maha Berkuasa….
Saya minat nak beli cenuai siapa yag ada ,sila hubungi saya di email seremban_n966@yahoo.com….lagi elok kalau area dekat Seremban….kalau jauh pun tak pe ,boleh pos…..saya pernah juga beli dulu kat org asli satu kat kuala pilah,..satu lagi kat Janda baik…minyak dia mmg selalu isi sendiri bila bulan penuh….tapi power dia kurang..ntah kenapa tak pulak dapat pikat gadis ke…atau gadis datang pada kita…tapi banyak tok batin kata ramai orang jad tamak bila jual dia bancuh campur minyak lain biar dapat buat lebih banyak botol..walau isi dah campur ia tetap boleh penuh bila bulan mengambang…cuma bila dah tambah minyak power dia jadi slow..sejuk…tak ada ummphhh ,bak maca minum kopi cair..he he..apa pun jika siapa ada minta tolong jual ,saya nak beli.saya
Assalamualaikum… Sila emel info Minyak Cenuai & Minyak Buluh Perindu.
Waalaikumsalam saudara Ahmad,rasanya banyak info mengenai minyak cenuai dan buluh perindu didalam blog ini dan maklumat itu juga banyak terdapat didalam buku mistik teras dan kayu.
assalamualaikum semua.. maafkan saya(ala2 zizan)kerana menyelit dlm ni.. cuma sbg org yg tiada lg pengalaman dlm hal2 minyak cenuai ini.. saya ingin bertanya, apa kah jenis minyak yg paling mudah untuk disimpan dan diguna.. dgn erti kata lain tiada gangguan dr makhluk2 yg tidak diingini..
sy juga ingin menggunakan minyak ini, tp boleh kontrol ke tahap kepowerannya itu ye? sbb sy xnk la org yg dicalit itu tergila2kan sy smpi lupa yg lain. apa yg perlu hnylah kasih syg dr insan tersebut.. dan kalau mahu dihilangkan kesan minyak ini ke atas org yg kita lakukan tu bagaimana ye.. senang cite.. macamana nk jumpa tok syeikh ye? heheh
Waalikumusalam nak jumpa tok syeikh kena pergi ke melaka.dia sekarang ni sibuk dengan cucu baru dia.
Assalamualaikum saudara aloe vera ,kalau saudara baca2 semua entri disini dengan teliti saudara akan tahu dimana dan siapa yang ada memaharkan cenuai itu.Tentang info mana nak dapat barang mistik rasanya banyak blog yang terdapat melalui internet atau pautan yang terdapat di blog ini.
Aslkm,Tuan maaf mengganggu..sebetulnya begini,sy sememangnya sudah pun memiliki “myk cenuai” tetapi keaslianya meragukan sy di sebabkan terlalu banyak pantangan dan syarat2nya:-
Di antaranya/perlu di asapkan pada setiap mlm selasa,jumaat dan pada bulan penuh mengikut kalendar islam beserta mentera tertentu dlm bahasa “org asli”
Jadi saya nak sangat bertanyakan pada tuan apa yg saya patut buat dgn minyak tu. Tak tau asli ke tak, dan bila dah diperasapkan berserta dgn menteranya takut pulak ada unsur2 syirik atau yg tak patut diamalkan oleh kita orang Islam.
Saya musykil sesangat ni. Mintak nasihat ya… Kalau baik saya akan terus guna, kalau tak saya nak tinggalkan. Terima kasih atas setiap nasihat yang bakal diterima.
P/s:jika tidak keberatan sy ingin mendapatkan yang asli dari tuan.
Waalikumsalam saudara Din,kalau saudara mempunyai kesangsian rasanya elok dibuang saja minyak itu.kalau di perasapkan dengan mentera yang ada unsur yang diragukan usah simpan minyak itu.sila saudara kol saya di no ini 0133601760 untuk lebih jelas saya mengetahui akan minyak itu.wassalam
mana lamat email you..tak ada ke?saya nak beli minyak cenuai ada jual lagi ke…?chaplin77@ymail.com
salam, saya ad soklan cket nak tnya tuan2 skalian…saya ad bli minyak pengasih cenuai bulan lpas…( bukan dari web ini) …slpas dimharkan, sy sms kan pada tuan yang menjual minyak tersebut dan dia kata mhar tlah dtrima dan kan dipos kan dgn segera..tp smpai ke hari nie dh minyak tu x sampai2 lgi ke umah sy…jdi adakah sy kna tipu atau proses untuk buat minyak tersebut memakan masa??? sy cuba sms dngn tuan yng mnjual tp tiada balasan…harap2 tuan2 bleh jwab soklan saya…
Salam kalau dah terlalu lama tu jawapnya kena tipulah
hehehe.. ada juga scam tipu.. cari duit di mana2 dan cara… adeiii… harap saya tidak tkena…
saya ingin melepaskan minyak pengasih cenuai raja asli yang akan naik sedikit bila bulan mengambang yang saya beli dulu…kerana kekuatan minyak ni sering membuatkan baby baru saya menangis malam dan saya lebih utamakan nyawa zuriat saya berbanding cari wanita lain….!!! jadi saya ingin sangat untuk melepaskan minyak ini kepada tuan baru dan minyak ini tidak terikat..saya beli dulu pun dari seorang mahaguru..saya duduk di gombak..saya tidak terima bank in datang terus jumpa dan lihat minyak tersebut…jika setuju boleh bincang harga
Excellent weblog here! Also your website lots up very fast!
What host are you the usage of? Can I get your affiliate link to your host?
I wish my site loaded up as fast as yours lol
Assalamualaikum saudara…saya berminat utk dptkan minyak ini…akan ttp sya masih was2..sudi tak saudara berhubung dgn saya secara peribadi kerana saya ingin tahu dgn lebih terprinci sblm membelinya…email saya di din_noir@yahoo.com..
salam saya berminat nak beli minyak ni..sila hubungi saya fais16@hotmail.com
saya ada satu minyak cenuai untuk dipindah milik…sila beri no hp
saya berminat nak buka mata ke3… tolong email arzaki_hansamu@yahoo.com atau whatsapp/sms 0126882878 Razak
Saya berminat dgn minyak cenuai blh tak saya beli dan khasiatnya utk mengasih kesian kasih dan pernunduk dan ini blh di gunakan utk peniagaan. Sila bagi tau saya berapa harga 1botol dan di mana saya blh pergi tolong bagi alamat. No. Talipon. Terima kasih. Pn. Rozie
sesiapa yg berminat untuk membeli minyak pengasih bleh berjumpa sy tros.. atau hubungi sy di no 0167051816
saya ingin melepaskan minyak pengasih yang saya beli dulu…kerana kekuatan minyak ni sering membuatkan baby baru saya menangis malam dan saya lebih utamakan nyawa zuriat saya berbanding cari wanita lain….!!! jadi saya ingin sangat untuk melepaskan minyak ini kepada tuan baru dan minyak ini tidak terikat..saya beli dulu pun dari seorang mahaguru..saya duduk di gombak..sila emel saya segera di zamristorage@gmail.com
saya ada satu minyak cenuai raja asli yang akan naik sedikit bila bulan mengambang untuk dipindah milik area gombak kuala lumpur..sebab jual kerana saya dah ada baby so agak menganggu sikit…saya lebih pentingkan keselamatan baby saya dari mencari wanita lain…sila beri no hp
zamristorage@gmail.com
mcm mna nak depat barang tu..?
sy berminat..mcm mna cra nk dapatkannya?terima kasih
Assalam,boleh tak saya nak bertanya…adakah minyak cenuai boleh dibawa masuk tandas?