Saya kurang pasti apakah nama barang ini atau sebutannya.Dari ciri luar ianya disaluti oleh logam dari besi khursani kuning dan didalamnya terdapat besi berbentuk bulat berwarna hitam.Ianya tiada tarikan magnet.Adakah sesiapa yang pernah melihat atau mengetahui apakah barang ini.
Archives
- September 2021 (1)
- November 2017 (5)
- September 2017 (7)
- January 2014 (3)
- July 2013 (1)
- April 2013 (3)
- March 2013 (3)
- January 2013 (4)
- December 2012 (1)
- November 2012 (1)
- October 2012 (3)
- September 2012 (1)
- August 2012 (2)
- July 2012 (3)
- June 2012 (5)
- May 2012 (10)
- April 2012 (10)
- March 2012 (8)
- February 2012 (4)
- January 2012 (10)
- December 2011 (5)
- November 2011 (13)
- October 2011 (8)
- August 2011 (10)
- July 2011 (3)
- June 2011 (4)
- April 2011 (9)
- March 2011 (15)
- February 2011 (5)
- January 2011 (6)
- December 2010 (12)
- November 2010 (17)
- October 2010 (22)
- September 2010 (16)
- August 2010 (8)
- July 2010 (51)
- June 2010 (9)
- May 2010 (35)
- April 2010 (6)
- March 2010 (1)
- February 2010 (29)
- January 2010 (15)
- December 2009 (6)
- November 2009 (5)
- October 2009 (5)
- August 2009 (2)
- July 2009 (17)
- June 2009 (4)
- May 2009 (13)
- April 2009 (12)
- March 2009 (22)
- February 2009 (52)
- January 2009 (33)
- December 2008 (65)
-
Recent Posts
Recent Comments
karimon on Buku Pawang lukman hussain on Badi Kuning Mohamad Fitri on Buku Mistik Teras & K… Akhmad on Keturunan Al Hassan Yang … Taufik on Kayu Penunduk/Kayu Tas Bang Iyek on Keturunan Al Hassan Yang … Yanda on Batu Petir Azizi bin Aziz on Buntat Lokan & Telor Ayam… Sharom on Buah Lantong atau Labu Hu… Syed Muhammad Aizil… on Keturunan Al Hassan Yang … amir on Sejadah Rohani komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … Categories
- Antik Dan Artifak (5)
- Barang Mistik (189)
- Barang Untuk DiMaharkan (15)
- Batu Permata & Cincin (62)
- Berguru (1)
- Berita/Info (93)
- Buku Mistik teras & Kayu (2)
- Buku Mistikal Mistik (6)
- Duit Lama (21)
- Dunia Dalaman Permata (10)
- Keris dan Senjata (26)
- Metafizik (16)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri (4)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri 2 (1)
- Rahsia Bangsa Melayu (2)
- Sejarah & Info Islam (10)
- Seni Silat Warisan Melayu (1)
- Tarikat & Tasauf (1)
- Teras Kayu (56)
- Tumbuhan Herba & Mistik (45)
- Uncategorized (8)
- Wali songo (3)
- XPDC Gunung Ledang 2 (19)
- XPDC Pulau Besar (26)
Tulisan Terbaik
Top Rated
Asalamualaikum
Ini tahi bintang dari alam atasan (langgit},Keistimewaannya untuk kekuatan tenaga zahir dan batin. Tapi walau bagaimana pun kita beri laluan terlebih dahulu kepada Tok Syeikh atau Waliqudus untuk menghuraikannya, kerana saya pernah melihat kelibat mereka dialam atasan, Wak Karimun pun ada begitu juga Neo dan lain lain. Tapi Neo lagi pakar jika melibatkan elektron, proton dan Neutron.
wasalam.
YA !!pakciklioo itu tahi bintang !!ingat tak ??pada tahun 1989, ada tentera kita kopek sikit kat NAMIBIA. itu lah dia kalau tak silap saya, kalau salah maaf kan saya !!
Subhanallah…Alhamdulillah..Salam Sejahtera Sahabat-Sahabat, yang kelibat, yang Musibat..dan yang kene Sebat..tak kira apa juga dimana anda Berada..saya doakan agar Allah Merahmati dan Mengasihi kita termasuklah saya yang hina ini..Assalamualaikum..
Dari Perbincangan malam Tadi Bersama pengumpul Taik-taik Besi..iaitu Saudara Pengasas yang sememangnya Tegar Besi..(Cuma Belum jadi pengumpul Besi Buruk kat Jalan Klang Lama jer)…hehehe Gurau bang…
Dari apa yang digarapkan akan Pendapat Beliau..dalam Paparan dikatakan oleh Saudara Pengasas bahawasanya Besi tersebut tidak bertindak balas pada Magnet dan ianya dibaluti secara semulajadi dengan Besi Kursani, sedang dalamnya (Dalam Pemerhatian saya)..ianya adalah dari jenis Batu Leleh..dalam kelibat sang Besi Nuraninya..memaparkan bahawa Besi ini Memiliki Khasiat Pelindung dan Pendinding..dan Ianya juga (Seperti Catatan Cikli)Memiliki Kekuatan Dalaman..Zahirnya adalah Seperti yang dilihat pada Sifat Besi yang dilihat dan Dalamannya seolah dibajukan dengan bahan yang sememangnya dipercayai memiliki Khasiat Tahan Kulit dan Pembias..Wallahu..
Walau bagaimana pun..janganlah kita Taksub pada Besi-besi yang sebegini, kerana ketaksuban atas sesuatu yang diciptakan..tiada memberi manfaatnya..Kecuali Taksub Kepada Allah,..dan Menggunakan Asbab-Penyebab dan Ikhtiar dari Besi yang dipaparkan sebagai Medium Pengantara atas Kekuasaan..dan KeEsaan Allah Jua..
(Bos..kata nak Bagi Teman Besi Ni..wat mater Cincin)..hehehehe..kalau dah tegar Besi Tu..aku tergolek beratus kali pun si Karimun ni tak bagi..maklumlah..Besi Tu Keras..tapi Pengasas..Mak aii..Lembut hati…(Boleh Topup Kuota la tu…Kata Pak Sheikh la..)..aku dah Cukup..kah..kah..kah…
Waailaikum salam NEO!!!Dah lah dia Raja Besi,dah simpan banyak besi, bapak besi, mak besi, datuk besi, nenek besi !!!sampai tahi pun ada !!!nak keras macam besi nak tambah kouta lagi, itu lah khasiat besi kursani !!!!Saya beri serapah nya….Ah besi mah besi, besi sembilan puloh sembilan, badan ku keras macam besi,anu… ku keras berapi api,…….Kalau dah keras berapi api, memang kena tambah kouta lagi,nanti bini cabut lari,pergi mengadu
kat tok khadi !!!!kah..kah…kah……wasallam.
Jangan guna serapah tu bib !!! Saya sengaja nak usik si RAJA BESI !!!
Asalamualaikum
Saya telah memberi laluan kepada tuan tuan untuk mentafsir untuk mengenali objek diatas. oleh itu izinkanlah pula hamba untuk menilaikannya.Ada pepatah yang menyatakan hanya jauhari yang mengenali nanikam. Oleh itu tuan tuan sekelian diminta berundur daripada menghampiri objek tersebut kerana di kuatiri tertikam.
Berdasarkan kepada statistik wordpress intri ini adalah merupakan top post weblog Karimun dan rangking weblog Karimon telah melonjak dari 32 ke 24 semalam kerana pelayar terlalu berminat untuk membaca ulasan sahabat saya Tok Syeikh dan Waliqudus yang saya amanahkan untuk memberi ulasan mengenai objek tersebut. Bagaimana pun ulasan yang terlalu hambar telah mengecewakan penggunjung untuk melayari weblog ini ini dapat kita lihat dari statistik aliran pengunjung. Sebagai seorang blogger yang profesional saya harap saudara Karimon tidak sering membiarkan keadaan seumpama ini sering berlaku.
Sebelum saya mengulas objek tersebut dengan gaya yang tersendiri, izinkan saya mengulas pendapat pendapat sahabat saya mengenai objek tersebut. Pertama kita memberi kepastian terlebih dahulu sama ada objek tersebut samada batu atau besi. Jika objek itu batu campur besi maka ia haruslah disebut batu besi. Kedua pengulas mestilah mengetahui perbezaan diantara logam dengan bukan logam. Logam adalah terdiri unsur berat dan bukan logam unsur ringgan(sila rujuk kepada jadual perkalaan Unsur}.Saya juga sangat kecewa kerana penguji batu tersebat tidak menyatakan, ketumpatan, rasa dan bau ojek tersebut kepada khalayak. Telahan tuan tuan objek tersebut sebagai batu leleh telah mencemarkan nilai objek yang sangat berharga itu.Dan istilah batu lelih sangat tidak sesuai digunakan kepada logam yang bermutu tinggi. Jika tuan tuan pasti bahawa objek tersebut sebagai besi kursani sudah tentulah objek tersebut datang dari langgit. Jika objek tersebut bersarung sudah tentu fungsinya lebih sesuai dijadikan senjata.
Saya sangat berharap tuan tuan dapat memberikan maklumat yang lebih kongkrit mengenai objek tersebut supaya saya dapat memberikan penilaian yang lebih jitu demi tidak menghampakan peminatnya. Kerjasama tuan tuan sangat saya hargai dan saya dahulukan dengan ribuan terima kaseh.
Terima kasih diatas teguran Pakciklli,memang dari kaca mata saya luarannya adalah logam berwarna perak kekuningan mengerutu,ciri logamnya lebih kepada jenis besi kursani(kalau nak pastikan betul memang sukar x ada alat nak test)isi dalamnya ada besi juga kerana apabila saya cuba mengoresnya ianya menunjukkan besi bukan batu dan berwarna hitam.Saiz sebesar bola ping pong dan beratnya dalam anggaran 300gm.Apabila saya memegangnya terasa auranya sehingga naik bulu roma kedua belah tangan saya.
Asalamualaikum
Mana Tok Syeih dan Waliqudus ni ?, walilnya Wak Karimon dan Neo pun tak nampak batang hidung, pelayar dah mula datang berkunjung, jangan tengah menghafal ayat pengaseh yang saya beri kot.
Macam ni susahlah nak berniaga batu dan jual minyak. saya kalau nak kaya Wak Karimon tak payah jual batu permata, jual anak batu dekat air terjun tu, lima ringgit sebiji pun boleh laku berpuluh lori, buat gosok badan.Benda ni syarat saja Wak Karimon ilmunya pada kita. Kalau benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, kalau yang tak baik menjadi lanun, itu Waliqudus yang cakap. Pasal orang sekarang banyak yang gatal, terutama Syeikh yang seorang tu. Hidup ni Wak Karimun sekadar bergaru untuk menghilangkan gatalnya.Itu pasal banyak niat yang tak betul. Nak tau niat betul atau tidak manusia ni senang saja, tenguk cakap serupa bikin tak, itu Neo yang cakap. Esuk saya ajar kalian mengenai ilmu, Kalam tanpa huruf dan suara pula, tapi masing masing kena datang awallah, Biarlah kalian yang menunggu saya depan komputer,jangan saya yang menunggu.
Saya sangat berharap penguji objek diatas memberi kenyataan segera mengenainya untuk membantu saya membuat kesimpulan yang mantap.
Terima kaseh salam hormat.
Asalamualaikum
Sekarang pakcikli sedang meditasyen mengenai objek tersebut, kepada yang berkenaan tolon jangan sentuh objek tersebut sehingga mendapat masej dari pakcikli menerusi ruangan komentar ini.
Terima kaseh.
Salam sejahtera Para Sahabat yang diredhai dan Dikasihi Allah,
Terima Kasih pada Pakcikli kerana menegur kami yang cetek Ilmu, Saya amat menghargai Cikli dengan Pendapat serta Pandangan dalam Entri mengenai subjek yang dipaparkan…Alhamdulillah..
Pada malam sebelum Entri ini dibuat, Saudara Pengasas dijemput ziarah ke kediaman Saya dimana Beliau ada memberikan gambaran serba sedikit mengenai yang dipaparkan dan saya menanya Beliau dimanakah barangan tersebut, lalu beliau berkata ianya berada dirumah dan tiada dibawa bersama-sama…so saya berkata, takpe lah, nanti kita tengok dalam Blog..InsyaAllah..Melalui Pengalaman saya,..pernah saya memperolehi gabungan atau campuran Besi Kursani Putih (Melekat Magnet) bersama-sama Batu Besi Leleh (Tidak Melekat Magnet) dan Besi Badar yang melekat bersama-sama secara Semulajadi..pada ketika itu saya tidak mengetahui akan jenis material tersebut, lalu telah saya maharkan kepada seorang sahabat..ketika beliau hendak mencanainya..mata pemotong besi/batu telah rosak dan telah ditukar berkali-kali disebabkan kekerasan yang melampau..lalu sahabat saya telah mengatakan tukang canai kata..ini adalah jenis Besi/Batu yang bergred Tinggi..dan sahabat saya mahu memberi kepada saya sedikit..tetapi, maklumlah …bila sesuatu telah diberi..takkan kita nak ambil balik, lagipun ianya ditebus..tak berapa elok…
Menurut Pendapat Seorang Guru dan Juga Penjarah Alam Semulajadi berkata..memang kebiasaanya Besi atau Batu dari Jenis Kersani/Leleh dan Badar dijumpai secara berdekatan dan jika bernasib baik ianya dalam keadaan bergabung dari ketiga-tiga jenis, ini bermakna ada juga berkemungkinan yang dipaparkan oleh Pengasas Karimon’s Blog Memaparkan yang berkemungkinan dari Jenis yang pernah saya perolehi seketika dulu..Wallahu..Ini adalah bibitan Pengalaman..Bukan hanya Telaan…MasyaAllah..
Saya juga berasa amat pelik dengan beberapa pendapat orang lain…telah ramai guru-guru yang berkecimpung dalam arena Perkayuan, batu-batuan dan besi mengatakan bahawa Besi Leleh yang asli tidak melekat pada Magnet..walaupun ianya memiliki seumpama Besi nampaknya..dan ada juga yang berpendapat Besi Leleh yang baik adalah Melekat pada Magnet..tetapi kan ada pepatah..kalau dah besi..melekat lah..kalau teras Keras lah..kalau batu Pecah lah..tetapi yang paling Pelik..kenapa Hati Besi berupa Damar Kayu dan Tidak Melekat Pada Magnet..sampaikan bila nak potong kene pakai mata potong Berlian??Kan rupanya macam Damar Kayu jer..Allahu..Dia Lebih Tahu…
Maafkan Saya jika tersalah Kata..maklumlah saya ni Manusia yang menguji mengikut aliran sains dan ciri Fizikal..bab Mistik dan Aura ni Sendiri-sendiri..Milik Allah kan Semua Tu..Alhamdulillah..Terima Kasih Pakcikli00 kerana membuahkan ketepatan soalan Cepu Emas Syabas Pakcikli00…Dulu-dulu Pakcik naik Bas mini tak???…hehehehe..jangan mare Gurau Cikli..
Memang agak kontroversi dari sudut pendapat tentang batu/besi leleh ini.Ada yang mengatakan yang baik ialah yang mlekat pada magnet dan ada yang mengatakan tak melekat pada magnet.Seperti yang saudara Waliqudus kata kalau besi mestilah lekat pada magnet.Soalan ini pernah saya ajukan pada otai jawapan yang saya terima begini.Kalau melekat pada magnet memanglah besi tetapi yang uniknya besi leleh ini ialah walaupun ianya dari jenis besi ia tidak melekat pada magnet kalau yang lekat pada magnet adalah jenis besi jadi buat apa pakai besi dijari yang hanyalah besi semata2 sahaja.Katanya lagi memang ada jenis besi leleh yang melekat pada magnet kerana kandungan atau komposisi jenis besi terdapat lebih didalam batu leleh itu.Yang dicari ialah yang tidak melekat pada magnet kerana ianya mempunyai komposisinya yang tersendiri bukan dari bahan komposisi yang banyak terdapat pada besi biasa.Dengan erti kata besi leleh mempunyai komposisinya yang tersendiri yang berlainan dengan besi yang lain.Saya sendiri membuat perbandingan teori ini dengan timah.Timah yang tulen tidak akan melekat pada magnet kerana ianya memiliki ciri atau komposisinya yang tersendiri,tetapi ianya melekat jika terdapat campuran unsur besi didalamnya timah yang asli tiada unsur besi kerana timah yang ori ianya stand alone pada sifat komposisinya.Mungkin teori ini jugalah yang boleh kita gunakan pada besi leleh iaitu besi leleh yang asli sepatutnya mempunyai sifat komposisinya yang tersendiri tanpa ada unsur besi didalam campurannya walaupun sebagai umum kita ketahui ianya adalah sejenis logam.
Asalamualaikum
Saya maseh menunggu mesej dari kalian semua, jika tidak boleh membuat keputusan, sila ke Weblog Dukun Asmara. http://pakcikli00.wordpress.com/ . pergi side bar, cari kolam Profail Dukun Asmara, Klik pakcikli00 dan tenguk wajah pakcikli yang handsome itu untuk kita berhubung sekarag, over.
Asalamualaikum
Meditasi ini akan saya hentikan 1.25 Am jika tidak mendapat kerjasama dari tuan tuan. Dan kita letak barang ini ketepi (simpan) dan kita, cerita objek yang lain pula. Terima kaseh salam hormat.
Asalamualaikum
Objek ini terlalu bertenaga, apakah tuan tuan dapat merasakannya sekarang, kia ada masa tak sam pai 10 minit lgi, sila bungkus objek ini dengan kain jika ingin disimpan, over.
Asalamualaikum
Saya dapat alamat dari kadam objek tersebut, objek tersebut adalah peluru meriam perang bermentera diantara wali perang, tapi bukan waliqudus. Kekuatan objek tersebut adalh pada jinnya,Objek tersebut hanyalah sebagas sarangnya saja yang ditempa menurut kesukaan jin tersebut, tapi kini sarang tersebut telah menjadi istana atau mahligai syahdu jin tersebut. Maka adalah terlalu sukar jin tersebut meninggalkannya. Kepada mereka yang ingin memiliki jin tersebut makam mereka sekurangnya perlulah seperti makam Nabi Sulaiman As. Kalau tidak mereka pula dikuasai jin tersebut.Saya harap saudara peminat titik 9, tahun dimana titik wilayah nabi Sulaiman dan warnanya dalam tubuh tuan tuan atau mereka yang berminat dengan objek tersebut.
Peluru meriam gunanya adalah untuk senjata. Oleh itu penggunaan ojek tersebut untuk memperolehi tenaga menewaskan musuh, termasuklah musuh didalam selimut {jika tak faham tanya Tok Syeikh}.Objek ini juga adalah untuk menawan Puteri Raja Bukit (tak faham tanya Neo).Siapa yang menggunakan objek ini layaklah di Makhkotakan sebagai gelaran Tok Seks untuk mengantikan Dukun Asmara.Objek ini sifatnya terlalu panas jika disimpan dalam beras, beras tidak boleh menjadi nasi. Tapi Wak Karimon kata,” Biar tiada beras asal barang keras”.Oleh itu pemakainya sangat pakar mengubat penyakit kedinginan wanita.Mereka yang memaka objek ini perlulah sekurangnya memiliki dua isteri. Jika isteri Tua dah panas balik kerumah isteri muda, kalau dua dua dah manas mesti kawin tiga, sekian lah ulasan saya mengenai objek tersebut dan diharapkan peminatnya berpuas hati. walahualam.
Asalamualaikum
Intri ini menduduki rangking 16 Top Posts BOTD WordPress, sangat diminati ramai. Diharap Tok Syeikh, Waliqudus, Wak Karimon dan Andak Neo serta peminatnya sekelin dapat menyokong, menyanggah atau menghuraikan lebih terperici mengenai komentar saya terhadap objek tersebut, untuk pengetahuan umum. Jika dinilai sebagai barang antik atau nilai sejarah berseta mistiknya nilai objek tersebut adalah lebih kurangg RM 50,000, sangat diperlukan kepada mereka yang banyak memiliki gundik atau Tuan Puteri Raja Gunung bercabang.
wasalam.
Tuan punya barang itu mengakui semasa beliau menerima barang itu tuan asal ada menyebut tentang rumah,ini mungkin benar seperti yang Pakciklii katakan tentang dibuat rumah.Tok Waliqudus esok saya tunjukkan barang itu pada anda kerana barang itu ada ditangan saya.Kini barang itu telah dipakaikan baju.
salam…itu adalah sejenis meteorite…serpihan2 alam semesta… bertuah kanda dapat barang ni…bg saya sikit 😛
kuat aura si besi alam ni…cis cis
insyaALLAH barang ni asbab pendinding dan kebal asid tahan kulit…
Asalamualaikum
Kekuatan tenaga objek ini tidak boleh digunakan untuk meragut dara gadis dimalam pertama, kerana boleh memusnahkan kemaluannya.Bagaimana pun jika gadis mengetahui bagaimana kaedah menyerahkan gadisnya dimalam pertama seperti yang dinyatakan diintri Dukun Asmara pada malam (jumaat) ini mungkin tidak mengapa, tapi letih le.
Wasalam.
Asalamualaikum
Jika dinilai harga objek ini bernilai RM 50,000, harganya maseh terlalu jauh lebih murah murah berbanding khasiatnya, sebagai contoh air rendaman objek ini sangat mujarap untuk menyembuhkan penyakit mati pucuk. Tetapi air rendaman objek ini tidak boleh terkena kepada kemaluan wanita kerana, wanita tidak boleh memiliki suami lebih dari satu. Takut tak terlayan le.
wasalam
Asalamualaikum
Terlalu banyak kegunaan dan khasiat objek diatas, jika ia diumpamakan gula, ia boleh menjadi ibu ilmu pemanis. Jika ia diumpamakan garam, ia boleh memberikan kepuasan kepada hubungan suami isteri, jika diumpamakan minyak ia boleh dijadikan pelaris. Jika pemiliknya tidak menjual objek ini pun, ia boleh menjadi kaya raya, kerana ia sifat menyedut tenaga yang berasa dipersekitarannya. Pantang larang objek ini tidak boleh dibawa menyeberangi lautan. Dan pantangan yang paling keras jika objek ini di tunjukkan kepda mereka yang pandai membuat minyak pengaseh atau mereka yang suka mengasah buah tasbih kerana takut pemiliknya menerima musibah atau objek tersebut akan kehilangan kuasanya.
Wasalam
Asalamualaikum
Objek ini layaklah diberi nama “Logam pusar tenaga ” atau “pusar tenaga” atau sengkatanya “putat” (disesuaikan dengan ejaan jawi).
Putat ini dimiliki (rumah) jin Islam yang sangat suka kepada pembuat minyak pengaseh dijalan yang lurus. Begitu juga pembuat biji tasbih dijalan yang lurus. Oleh itu pemilik putat ini haruslah memilik sifat yang cemburu dengan tidak mendedahkan apatah lagi menyentuh putat ini.Jika tidak hati putat ini akan berpindah kepada salah seorang jejaka tersebut dan yang tinggal hanyalah jasad putat tersebut, sekadar beri tenguk gambar sahaja tak apa, tapi jangan lama lama nanti dikebas orang.
wasalam.
Asalamualaikum
Benar, telahan saudara Edham Andika9 sungguh tepat, usah diubah ubah lagi. Diantara ramuan yang ditempa untuk mencipta putat ini adalah objek yang jatuh dari langit, ketika bahan ramuan itu jatuh dari langit proses pengaionan atom telah berlaku . Sebab itu kulit penggunanya kebal asid. Itu sebab saya katakan tenaganya sangat sesuai untuk pertempuran diranjang kerana penggunanya tahan ngilu. Tapi bahayanya dikuatiri pengguna putan ini tidak tahu bagaimana memberhentikan permainannya diranjang. Pemilik putat ini perlulah tahu menilai nasib untung. Peliharalah putat ini baik baik. Saya ulagi sekali lagi, jangan ditunjukan kepada pembuat minyak pengaseh dan tasbih.
Wasalam.
Asalamualaikum
Sebagai sahabat sekadar boleh berpesan pesan, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum benda hancur lebur. Kawan sekadar berkongsi benda, sahabat itu paduan jiwa, terpulanglah jangan pula sebab benda jiwa merana. dan hati menjadi gundah gelana. Petikan kata bendahara Melaka “Jika boleh semua hati orang Melaka hamba nak jaga ! ..kecuali Tok Syeikh “. Sebab Tok Syeikh boleh zikir sendiri. Maksud saya zikir bukan zakar, tapi ingat zikir dan zakar punya zauknya yang tersendiri. Kalau dia dah berselera, ampun maaf cakapnya, tak nyempat nyelak kain.
wasalam
Salam Sejahtera Para Sahabat yang Dikasihi dan Dirahmati Allah..
Kejap yea…nak gelak jap….Kah..kah..kah..Haaa..jawab Tok Sheikh..jangan Tak jawab…
Pakcikli ni benar belaka Telaan kami berdua..bahawa Pakcik ni Alhamdulillah..Serba Boleh..banyak Ilmu didada..kan dah kata Titik Sembilan Bermulanya Tiada..apa yang dikata..Benar Belaka..AllahLah yang Berkuasa..Titik Permulaan kami Bersahabat, Bersendaloka, bergurau senda sesama Kita..kan membuahkan Ilmu yang dikongsi Bersama..Buat Para Penatap Setia..jangan Malu dan Jangan Segan Bertanya..InsyaAllah, ada hamba yang berkongsikan IlmuNya dari Ilham Allah semata..
Waalaikum salam pakciklioo !!!Dalam dunia ni pakciklioo lelaki takut 2 perkara jer!!! 1..MATI…Sebab katanya tinggal kan bini yang cantik, nanti di sapu dek orang !!! 2.MATI KEPALA BAWAH…tang ini masalah juga, kawan saya kata !!!kalau tak bolih pakai, pergi jer kat KAABAH dan jaga KAABAH.maksud nya duduk jer kat masjid buat ibadat !!!tapi itu dulu, setelah tahu pakciklioo PAK DUKUN,kalau nak keras berapi jumpa jer pakciklioo…kah..kah..kah..orang pompuan ni nak 2 benda jer…BERAS dan KERAS….kah..uhuk..uhukk…WASALLAM.
Salam Sejahtera Buat Tok Sheikh dan Pakcikli yang dirahmati Allah..
Tok Sheikh..Zaman ni Kalau Tak Keras dan Takde Beras..Orang Pompuan dah Tak Heran dah…yang penting..ada tengkolok Agung…Kalau takat Takde Beras..kat Kedai ahcong pun ader…Kalau tak Keras lak..pegi jer kat jalan Pasar Pudu..40 Tahun pun sentiasa Keras..siap leh gerak sendiri..cuma bila lemah..tukau bateri jer…kah..kah..kah…
Asalamualaikum
Kalau setakat keras, ada beras tapi tak deras, melepas, orang kebas , tumpas tinggal hampas, hati panas berkipas, orang dapat tak lepas.
Insyaallah Pakciklii tak hilang kuasanya baru tadi saya perasapkan dan merasakan auranya.Bila pegang tangan terasa kebas,mengigit dan berat,namun begitu minta Palciklii bantu kalau isinya merajuk harap tolong pujukkan.
Nampak gayanya raja besi kena menjawap soalan yang tergantung tentang apakah batu yang dipamerkan.Ianya bukan tahi bintang atau meteor atau pun peluru.Ianya adalah asalnya dari bumi ini juga dan usianya ratusan tahun dan terjadi atau terbentuk dari lahar gunung berapi.Balutan besi yang kelihatan adalah campuran pasir silika dan logam yang bertaut akibat dari proses pembakaran atau kepanasan itu sebabnya mengapa terdapat kilauan pada luaran putat tersebut.Dalamnya yang kelihatan berwarna hitam itu adalah tanah atau lava yang membeku yang juga terdapat sedikit unsur galian besi kerana ianya keras tetapi bukanlah keras seperti besi.Ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri tetapi bukan untuk perubatan tetapi untuk mnjaga diri.Pada awal semasa saya memegangnya terasa auranya yang menyebabkan bulu roma saya naik cara saya memegangnya ialah mengenggamnya,pada kali kedua saya mengujinya dengan cara memegangnya dengan jari telunjuk dan ibu jari terasa gigitan dan aliran tenaga yang mengalir tetapi masih sedikit.Lalu saya merubah dengan mengenggamnya(dengan lembut) sambil menahan nafas dikala itu terasa gigitan dan aliran tenaga yang mengalir ibarat tangan terasa kebas.
Asalamualaikum
HARGA GELIGA LIPAN KADANGKALA MENCECAH HARGA SEHINGGA RM 10 JUTA SE BUTIR
MENURUT cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan.
Mempunyai keupayaan tembus pandang, sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup.
Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi.
Malah ramai juga percaya mereka bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting Highlands.
“Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui ‘khadam’ yang menjaga geliga lipan tersebut.
“Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya secara terus.
“Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu cepat kaya.
Penawar bisa
“Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib sebagai khadam kepada geliga ini,” ujar pengumpul aktif barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39.
Jelas beliau, pemilik yang terlalu taksub dengan batu geliga yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor raja lipan itu percaya ia boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual khusus untuk tujuan tersebut.
Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah seperti murah rezeki
“Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan.
“Cara ini digunakan individu untuk menarik duit atau harta. Namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar mendapatkannya.
“Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai berguna sebagai penawar bisa.
“Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada bahagian yang sakit, Insya-Allah bisa akan menyurut dan hilang,” ujar Azman.
Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut ‘sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil’ ini kerana kepantasan dan bisanya.
“Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya.
“Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap.
“Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua.
“Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya.
“Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja.
“Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut.
“Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga,” jelasnya.
Dijual mahal
Tambah Azman, keaslian geliga yang mampu mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya.
“Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya.
“Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas menunjukkan ia geliga asli.
“Namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah apabila terasa lipan merayap di tangan,” kata Azman sambil menambah, warna paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru, hijau dan kuning.
Menurut beliau lagi, harga geliga ini sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah.
Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.
PAKCIKLI00 ADA LE 10 BUTIR
wasalam.
Geliga lipan ni pun satu hal juga tak habis2 cerita juta2.Seperti Tok Sheikh cakap bersyukurlah apa yang ada tak perlu lah tembus pandang pun dah dapat murah rezeki bersyukur dah.Info tentang geliga lipan yang Pakciklii sertakan boleh dibuat panduan agar tak tertipu.Semua benda yang Allah Taala beri ada fadilatnya kalau tahu bersyukur ditambahnya.Tentang power atau tidak sesuatu barang itu kerja tuhan bukan kerja kita.Cuma amanahnya pada kita saja.
Asalamualaikum
Setiap benda ada kuasa, kalau tidak macamana benda itu boleh menyatakan dirinya. Benda yang hilang kuasanya akan berubah bebtuk yang akhirnya berubah menjadi tanah. Cuma kita tidak mengenali dan jahil mengenainya.
salam para sahabat..sy ingin bertanya sesuatu..apa kah khasiat paku keretapi lama? ketika sy memegang nya ada semacam aura yg kuat.
Kurang pasti saya akan hal ini,tetapi apabila dikaitkan dengan besi ianya selalu bersifat pendinding dan seperti sedia maklum paku keretapi ini sering juga dicari orang untuk dibuat senjata seperti pisau dan parang dan ada juga pada masa kini digunakan sebagai campuran membuat keris ini disebabkan oleh ketahanan bahan logam yang digunakan untuk membuat paku tersebut bukan seperti paku biasa yang tukang keris panggil besi tawar.Sesuatu bahan atau barang itu memang memiliki auranya yang tersendiri terutama yang besifat alami temasuk juga tumbuhan.Menurut kepercayaan sesetengah ahli paranormal mereka berpendapat barang lama/antik memang menjadi pilihan unsur ghaib untuk menjadikannya pilihan mereka sama ada sebagai tempat tinggal atau barang kepunyaan mereka.
Asalamualaikum
Setahu saya besi selalunya dijadikan senjata bukan pendinding. Dinding biasanya orang buat daripada batu dan kayu, kalau tak percaya tanya Tok Syeikh atau Tok Wali. Setiap logam adalah menurut gred tua atau muda, ketulinannya, kemudian besi menjadi kuat jika dicampur dengan bahan lain, contohnya besi biasa di campor dengan carbon untuk menjadi still atau di sebut keluli, disamping kuat ia tahan karat. Senjata klasik samada ditimur atau dibarat biasanya ditempa dengan berbagai logam yang berlapis lapis, kueh lapis pun di buat berlapis lapis supaya sedap. Senjata untuk menjamin ketahanannya dan bisanya. Besi tawar adalah besi yang dijual di air Tawar. Maksud besi tawar besi tulin yang tidak dicampur dengan apa apa. Biasanya logam yangg tidak dicampur(kawin) dengan lain logam adalah lebih lembut seperti besi, timah (bukan Fatimah masayu) dan emas. Emas dicampur dengan tembaga supaya menjadi keras, sebab itu emas ada grednya. Besi paku keretapi buatan Eropah, jika kita lihat besi badan kereta Eropah dengan Jepun pun berbeza, tambahan kereta zaman dulu. Besi sekarang banyak besi kitar semula. Dulu bumper kereta Moris Minor pun kuat dibuat pedang. Botol pun sekarang di kitar semula, boleh dikunyah.
Setiap benda mempunyai auranya yang tersendiri, menurut nama, sifat, afaal dan dirinya.
Cuma manusia tidak dapat mengesan aura setiap benda bila tubuh badannya tercemar dengan najis, dadah dan racun. Sebab itu kita sentiasa dituntut bersuci seperti saya. Contohnya jika tubuh badan kita dibius dengan dadah, doktor belah perut kita pun, kita tidak dapat merasakan auranya. Budaya hidup kita sekarang suka memisahkan jiwa dan raga, dengan makan ubat pin killer, supaya tidak terdengar rintihan tubuh badan yang mengalami kesakitan. Jika tubuh badan kita sihat zahir dan batin iaitu suci dan bersih, kita tenguk perempuan saja sudah terasa auranya apabila lagi di sentuh dan di pagang, begitu juga kita melihat seperti makanan dan kereta mewah seperti BMW, tak percaya tanya Wak Karimon, wasalam.
Asalamualaikum
Suka saya menegaskan pada Wak Karimun yang mengakui sebagai raja besi, berdasarkan kepada pandangan mata halus saya, objek tersebut telah digunakan sebagai peluru meriam yang disertai dengan mentera. Lahar gunung berapi adalah hanya seperti serbuk kapur, saya ada memesannya dari Indonesia untuk campuran baja herba yang terdapat disekitar rumah saya. Lahar gunung berapi yang berwarna hitam seperti batu hanya terjadi dari lahar gunung berapi yang meletup di dasat laut. Kerana apabila lahar gunung berapi yang panas bertindak balas dengan air laut yang masin ia bertukar menjadi batu berwarna hitam. Ahli sains baharu saja mengesahkan fonomena ini walau pun rahsia ini telah diketahui orang Timur dari dahulu kala. Saya lebih suka memberi komentar dihalaman ini berdasarkan keseimbangan keadaan zahir dan batin supaya kita memperolehi pengertian yang mantap. Wasalam.
Betul belaka Pakciklii kalau ianya digunakan sebagai peluru meriam,isi yang didalam yang berwarna hitam adalah dari jenis batu keras dan mungkin ada kandungan logam,kehitamannya seperti yang Pakciklii katakan hasil tindak balas air laut.yang diluar juga mungkin ada campuran logam,berwarna perak/silver kerana bahan yang diluar ada pada saya dalam bentuk hancur seperti pasir/silika dan ianya diberikan kepada saya oleh seorang sahabat dan beliau mendapatnya dari gunung berapi di Indonesia.Kemampatan barang tersebut leebih pada ciri logam dari hanya campuran pasir atau tanah.Apa yang Pakciklii katakan betul jika kemudiannya dibuat peluru.
Asalamualaikum
Peluru mortar ditemui di tebing Sungai Kedah
ALOR SETAR: Dua butir peluru mortar lama yang sudah tidak aktif, ditemui di tebing Sungai Kedah berhampiran Persiaran Tanjung Chali di sini, hari ini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata peluru itu ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ketika melalui kawasan itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
“Polis menerima panggilan daripada pekerja MBAS lalu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati peluru mortar itu tertimbus dalam lumpur di tebing sungai.
“Bagaimanapun, ia tidak aktif serta tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan dipercayai peluru lama yang dibuang oleh pihak-pihak tertentu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya, polis terpaksa menunggu lebih sejam sebelum mengeluarkan kedua-dua peluru berkenaan, kerana Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah membuka pintu tali air, menyebabkan paras air sungai meningkat.
“Polis kemudiannya meminta pihak Mada menutup semula pintu tali air dan menunggu sehingga air sungai surut, sebelum berjaya mengeluarkan peluru berkenaan pada jam 1.15 petang dan dibawa ke unit pemusnah bom untuk dimusnahkan secepat mungkin,” katanya. – Bernama
JANGAN TERUS AMBIL JIKA JUMPA BESI LAMA DIKHUATIRI PELURU HIDUP< PUNAH BIB !!!!
wasalam.
Asalamualaikum
Sesungguhnya saya bukan sekadar ingin mengetahui setiap benda yangberada disekitar saya malah saya cuba menjiwainya. Banyak kelengkapan, peralatan serta ukiran di rumah saya yang terdiri daripada berbagai kayu yang kadangkala terdiri daripada kayu kayan yang cuma biasa terdapat dipersekitaran saya seperti kayu rambai, rembutan, manggis, nangka,durian disamping yang terdapat di hutan seperti halban,tempinis, gegeli serta berbagai jenis spesis cengal seperti cengal emas, batu, pasir ,seluang, tanduk, sabut dan sebagainya supaya saya mudah dapat menatapnya dan merujuknya bila dikehendaki.
Disekeliling rumah saya walaupun didalam bandaraya, tetapi maseh memiliki pokok seperti pokok terap, mengkudu, pokok hujan, rambutan, kelapa, tampu dan sebagainya yang disulami dengan berbgai jenis pokok herba serta orked hutan. Disekeliling rumah saya dipenuhi dengan batu batan yang saya pungut dari berbagai sumber, samada sungai, gunung, gaung serta lurah. Tidak ketinggalan koleksi batu ninsan (kubur) sejak zaman dahulu hingga ke hari ini yang tersusun rapi.Dikeliling rumah saya juga dipenuhi unggas seperti, berbagai jenis ungas dan binatang seperti tupai, musang dan ular sehingga lebih besar dari peha manusia.
Buat masa ini saya berserta isteri saya sedang giat mengumpulkan maklumat mengenai tumbuh tumbuhan disamping mengumpulkan maklumat yang lain di weblog yang tertentu. komentar yang saya beri dihalaman ini adalah berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan pengamatan saya mengenai sesuatu samada yang berada dipersekiaran saya, atau ditemui ketika mengembara. Diharapkan weblog ini boleh membantu kita untuk memahami hakikat sesuatu. wasalam.
Pakciklii nak batu nesan Hang Kasturi tak
Asalamualaikum
Batu nesan koleksi saya perlu mencatatkan nama, tarikh yang tepat dan asli. Batu nisan tidak boleh dicuri. Sejarah mencatatkan pahlawan Aceh menbawa bekalan batu nisan ketika menyerang negara kita satu masa dulu. Saya sudah lupa nama makam tersebut, tapi saya pernah menziarahi sebuah makam di Melaka yang banyak batu pedang (batu besar). Tok Syeikh mungkin tahu kot. wasalam.
Kat kampong REPAH ,Tampin, MEMANG BANYAK BATU PEDANG….Satu lagi makam Pahlawan dan Ulama Acheh SYAHID, di MELAKA tahun 1670 m, iaitu Syeikh Syamsudin Sumateratani, murid Syeikh Hamzah Fansuri, MASJID KAMPUNG HULU dan lagi satu di Pulau Besar..MAKAM TOK JANGGUT ACHEH (SYEIKH MAULANA AHMAD ISMAIL). Memang banyak ULAMA ACHEH SYAHID di MELAKA, cuma orang MELAKA BUTA SEJARAH…Asyik makan cencalok,otak pun dah terok, macam kera dengan berok, dapat bunga di sangka kan batang burok !!!!itu lah dia kalau kita tak tau sejarah, konon nak basmi syirik dan khurafat, habis di roboh habis di bebat,Jadi kan kita terkulat kulat,hilang lah nama menjadi bangsat..FIKIR FIKIR KAN…????
Asalamualikum
Sultan Mansur Shah telah diputerakan di Bentan, Riau, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Melaka. Apabila Sultan Mudzaffar Shah pertama mangkat pada tahun 1549 di Tanah Abang (Telok Bakang), lambor, Daerah Perak Tengah, Baginda Sultan Mansur Shah dilantik menjadi Sultan Perak yang kedua. Baginda kemudian berpindah bersemayam di Kampung Kan Kong (Kota Lama Kanan), Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak.
MENGIKUT SEJARAH: Sultan Mansur Shah dengan diiringi oleh Bendahara Megat Teraweh telah mudik ke Ulu Perak dan menetapkan di sebelah utara Negeri Perak dengan Negeri Reman (Thai). Sempadan itu bertandakan sebuah batu bernama Tapong yang dijadikan sempadan dan dinamakan Batu Belah, kerana kononnya batu itu boleh dibelah oleh Baginda dengan pedang Baginda sendiri. Perjanjian itu telah dipersetujui oleh Raja Negeri Reman hingga ke ahkir tahun masehi yang ke-18.
Hasil daripada biji timah, Kerajaan Perak menjadi kaya. Orang-orang Siam menyerang mengakibatkan kekalahan di pihak Negeri Perak dan Pemantu Baginda Raja Ali terus terbunuh. Negeri Perak terpaksa menghantar Bunga Emas pada tiap-tiap tahun kepada Kerajaan Negeri Siam sebagai ufti dan membenarkan mereka membeli timah sebarang cukai.
MENGIKUT SEJARAH ACHEH: Sultan Ali Riayat Shah (Sultan Hussein), pemerintah Acheh telah dikatakan menyerang Perak lalu mengalahkannya dan dibawa ke Negeri Acheh. Putera Sulung Baginda yang bernama Raja Alauddin dikahwinkan dengan puteri Acheh bernama Raja Puteri dan kemudiannya diangkat menjadi Sultan Acheh. Setelah itu Kerajaan Acheh menghantar Sultan Mansur Shah menduduki Takhta Kerajaan Negeri Perak yang menjadi takluk Kerajaan Acheh.
MENGIKUT SEJARAH RAJA-RAJA PERAK: Sultan Mansur Shah dan isteri serta puteranya tidak ditawan oleh Acheh melainkan Putera Sulung Bainda sahaja dibawa ke Acheh menjadi Sultan Acheh. Kemudian barulah Sultan Acheh menghantar orang-orangnya ke Negeri Perak mengambil Baginda Sultan Mansur Shah dan isteri. Tetapi sebelum Sultan Mansur Shah dibawa ke Acheh, Baginda terus beristerikan anak seorang Batin (Ketua Orang Asli) di Kuala Kinta dan daripada keturunan anak Baginda dengan perempuan orang asli itulah kononnya lahir “Panglima Kinta”, Orang Besar Perak di Daerah Kinta.
MENGIKUR SEJARAH PERAK: Sultan Mansur Shah telah mangkat di Negeri Perak pada tahun 1577. Kemangkatan Baginda tidak diketahui dengan sahnya. Mengikut cerita Baginda sedang Bersembahyang Jumaat di Masjid Kota Lama Kanan, tiba-tiba Baginda ghaib dan rakyat pun menyangkakan Baginda telah Mangkat. Baginda digelar Marhum Kota Lama Kanan.
Sultan Mansur Shah tidak mempunyai makam melainkan Batu Peringatan Sultan Mansur Shah yang terletak di Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Batu Peringatan ini merupakan sebuah nisan yang dipasang dengan perintah Sultan Idris Murshidul ‘adzam Shah (Sultan Perak ke-28) bagi memperingati Sultan Mansur Shah yang hilang ketika menunaikan fardhu Jumaat di masjid itu. Masjid Kota Lama Kanan dibina semula dalam tahun 1916 menggantikan masjid yang asal yang telah dibakar oleh Penjajah Inggeris semasa berlaku Perang Perak dalam tahun 1875-1876.
wasalam