Sejak akhir2 ini kita sering mendapati begitu banyak terdapat teras kelor dipasaran termasuklah yang berada di dalam blog2 yang terdapat di internet.Persoalannya apakah yang ada itu benar2 teras kelor/gamunggal?Kerana kalau kita perhatikan teras kelor dan sameru mempunyai persamaan yang begitu ketara sehinggakan bagi orang biasa seperti kita akan keliru.Saya masih ingat arwah Pak Harun yang berada di Kerteh dulu menceritakan kepada saya beliau sendiri pernah tertipu hampir RM1500.00 kerana terbeli satu jenis kayu yang mempunyai rona dan bentuk yang serupa dengan teras kelor walhal beliau adalah saya kira seorang yang agak mahir selok belok kayu ini.Beliau menunjukkan kepada saya dua jenis kayu yang hampir2 serupa dan menanya saya mana satukah yang dikatakan teras kelor,saya memilih salah satu dari teras tersebut dan rupanya ianya bukan teras kelor seperti yang saya jangkakan.Seperti yang kita sedia ketahui melalui beberapa blog terdapat 3 jenis teras kelor iaitu 1.Kelor kampung 2.Kelor pulau dan Kelor Hutan.Soalan saya apakah bezanya diantara 3 jenis kelor itu,adakah dari sudut rupa pokok,buahnya dan daunnya.Bagaimana pula kita dapat membezakan diantara ketiganya dan soalan cepu emas ialah bagaimana nak mengenali keaslian atau tulen atau tidak  teras kelor itu.Bagaimana cara nak menguji keaslian teras kelor itu.Dari sudut pokok pula bagaimana nak mengenali yang mana satu kelor hutan,kelor kampong dan kelor Pulau dan apakah perbezaan diantara 3 teras tersebut.

Saya ada 3 jenis kelor yang berlainan warna iaitu hitam,coklat dan hitam yang samar.Jelas terdapat perbezaan warna pada teras kayu tersebut .Diharap pengunjung yang mempunyai pengetahuan mengenai kelor sila berikan pendapat anda agar kita semua lebih mengenali kelor dan mungkin tidak lagi tertipu atau terkeliru diantara kelor dan semeru.